Tuesday, December 30, 2008

Pengumuman Blog-Berpindah

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu,saya ingin memohon maaf kerana sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog ini.Untuk pengetahuan rakan-rakan semua,saya baru sahaja berpindah dari Teluk Intan ke Kuala Selangor,di mana ayah saya telah ditugaskan.Sudah adat orang berpindah,banyak perkara yang perlu disiapkan seperti mengemaskan barang-barang dan membersihkan rumah-sebelum,ketika dan selepas berpindah.Dan jika sebelum ini saya hanya online di kafe siber berhampiran rumah di Teluk Intan,kali ini saya berpeluang untuk online lebih lama di rumah apabila streamyx baru sahaja dipasang.Dengan itu,saya berharap agar dapat mengemaskini blog ini dengan lebih kerap,Insya Allah..

Berkenaan dengan urusan perjalanan ke New Zealand pada tahun hadapan,kini saya hanya perlu menunggu visa untuk diluluskan sahaja.Mungkin ini akan mengambil masa dalam seminggu dua kerana visa pelajar diproses di Singapura.Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian,banyak dugaan telah saya hadapi sepanjang tempoh dari mula persiapan ini dibuat sehinggalah sekarang.Antaranya,passport dan surat tawaran dari Massey’s hilang di dalam kecurian kereta ayah saya pada bulan lalu.Namun mungkin atas ikhtiar dan doa saya sepanjang tempoh itu,akhirnya passport dan surat itu dijumpai semula termasuk dengan barang-barang saya yang lain,walaupun hingga kini kereta ayah saya masih belum dijumpai.Sebenarnya,ada beberapa dugaan yang lain namun tetap saya tabahkan hati.Mungkin Allah S.W.T mahu menguji diri ini……..

Di dalam kesempatan ini,saya ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan blog peribadi saya yang baru,iaitu www.nadlyaizat.blogspot.com (Rentaka Malawati)

Ini bermaksud,blog Tinta Al-Walid ini akan dijadikan wadah penulisan ilmiah sepenuhnya,merangkumi isu perbandingan agama,politik,dakwah dan lain-lain lagi.Manakala yang berkaitan dengan diri saya secara peribadinya akan dimasukkan ke dalam blog Rentaka Malawati.Harapan agar rakan-rakan pembaca sekalian mengunjungi kedua-dua blog tulisan saya ini.

Akhir kata,salam muhibah dan jumpa lagi,Insya Allah.

-Mohd Nadly Aizat Mohd Nudri-

Friday, December 26, 2008

Walimah Kakak








After this will be my turn pulak......but I dunno when...=)


Wednesday, December 24, 2008

Financial Affidavit



Finally.......

Tuesday, December 2, 2008

Berdepan soalan golongan tak mahu berdakwah-Akhir

Soalan 5:

Bila kita fokus tenaga kita pada bagaimana hendak menjawab soalan dari non Muslim, itulah yang kita dapat. Adakah itu yang kita hendak? Makin banyak kita belajar menjawab soalan, makin banyak soalan yang kita dapat dan kita akan berdebat dengan mereka. Adakah ini yang kita mahukan?


Jawapan:

Gerakan Kristian atau missionary dibuat dengan amat terancang dan teratur. Mereka mengkaji Islam. Sebahagian daripada mereka mendapat petunjuk hasil dari kajian yang dibuat, dan sebahagian yang lain pula terus sesat lagi menyesatkan. Antara perkara yang mereka usahakan ialah menimbulkan keraguan tentang kebenaran Islam. Malah ada yang memutarbelitkan ayat dari Quran untuk mengelirukan umat Islam! Andainya tiada di kalangan umat Islam yang berusaha menjawabnya dan menyampaikan kepada penggerak-penggerak Islam yang lain, maka bukankah ini akan memudahkan gerakan missionary?

Kita kena ingat, gerakan missionary hari ini tidak sama seperti 10-30 tahun dahulu. Mereka sekarang makin agresif, cuma mungkin kebanyakan daripada kita yang tidak pernah sedar perkara ini. Satu contoh, seorang pelajar lelaki Twintech pernah didatangi oleh seorang missionary perempuan berbangsa Korea di Mid Valley pada sabtu 14/7/2007. Bersama pelajar ini ialah kawan lamanya (juga lelaki).

Pada mulanya missionary ini menyamar ingin membuat survey tentang budaya di Malaysia, kemudian mula bertanya tentang tudung. Katanya kenapa ada yang pakai tudung dan ada yang tidak pakai tudung. Kata missionary itu lagi, dia takut hendak bersembang dengan orang bertudung (ini adalah salah tanggapan terhadap Islam). Kemudian tidak lama selepas itu, dia mula bertanya tentang Isa Al Masih dan bercakap tentang trinity. Dia diajar untuk menggunakan perkataan Isa Al Masih dan bukannya Jesus Christ. Kemudian pelajar ini bertanya semula beberapa soalan. Apabila missionary tersebut tidak dapat menjawab, 4 orang lagi kawan missionary itu datang. Akhirnya apabila kumpulan missionary ini sudah tiada idea, mereka pun kata yang mereka ada hal dan terpaksa pergi.

Jadi, adakah kita fikir bahawa peristiwa di Mid Valley tadi itu berlaku hanya sekali dan hanya kepada pelajar Twintech itu seorang sahaja? Bayangkan mereka buat “amali” di negara kita! Tidak cukup rakyat Malaysia sendiri di kalangan Cina, India, Melayu, Iban dan sebagainya menjadi missionary di negara kita, tapi sekarang orang Korea pun datang nak “berdakwah” kepada orang-orang kita. Mereka dilatih untuk menyoal soalan-soalan tertentu kepada kita, adakah kita patut berdiam diri saja? Adakah kita patut jadi defender saja? Sesekali kita perlu juga “menyerang” mengikut acuan Quran (3:64-65, 16:125 dll).

Satu perkara perlu diingatkan di sini ialah kita berdialog bukanlah untuk menang hujah, tetapi kita hendak menang hati. Sebab hujah daripada Maha Pencipta akan sentiasa mengatasi hujah ciptaan manusia. Dalam kata lain, hujah Quran akan sentiasa mengatasi hujah Bible. Ini bermaksud, melalui kajian, kita akan menemui banyak simpang siur yang cacat di dalam Bible, dan akan sentiasa mampu menjawab walaupun sejuta persoalan terhadap Islam melalui panduan Quran, hadis malah logik akal!

Monday, December 1, 2008

Berdepan soalan golongan tak mahu berdakwah 4

Soalan 4 :
 
Kita sudah ada ustaz dan ustazah yang melakukan kerja-kerja amar maaruf nahi mungkar ini, kenapa perlu kita buat juga?

 
Jawapan:
 
Ustaz/ah dan imam sentiasa melakukan kerja-kerja islah samada di masjid, surau, sekolah, IPT, radio, tv dll. Malah kita ada badan NGO contohnya seperti IIS, IPSI, ABIM, JIM, ISMA, group usrah (friendster) , tabligh dll juga lakukan perkara yang sama. Walaupun jemaah-jemaah yang disebutkan tadi juga "pernah" lakukan dakwah kepada non Muslim, tetapi adakah ia mencukupi berbanding keperluan? Kita percaya bahawa ia adalah amat jauh daripada mencukupi kerana mereka kekurangan tenaga.

Kenapa amat sedikit berbanding keperluan? Mari kita kaji perkara ini. Tahukah kita, bahawa di luar sana terdapat ramai orang yang belum Islam tetapi mereka ini sebenarnya berminat dengan Islam.Malangnya mereka tidak tahu nak bertanya pada siapa, dan kita juga tidak tahu siapakah mereka itu (padahal mungkin kawan kita sendiri!). 
 
Malah ada juga secara terang-terangan menunjukkan minat (sebahagian yang lain tunjukkan minat cara kabur atau hanya memberi isyarat saja) terhadap Islam, tapi malangnya kawan-kawan Muslimnya tidak pernah “menjemput” atau “memperkenalkan” Islam. Bertambah malang lagi, ada juga orang Islam yang tidak menggalakkan mereka ini memeluk Islam. Ini adalah pengalaman-pengalam an orang-orang yang sudah pun memeluk Islam dan mereka mendedahkan perkara ini. Selain daripada itu, ada juga yang berminat dengan Islam tapi apabila melihat perangai orang melayu khasnya, mereka tidak jadi memeluk Islam.

Jadi, dari sini kita dapat melihat bahawa islah dan dakwah perlu berjalan serentak. Bukan islah sahaja.

Sunday, November 30, 2008

Berdepan soalan golongan tak mahu berdakwah 3

Soalan 3 :

5 tahun kerja di syarikat antarabangsa cuma ada 3 orang Islam sahaja disitu. Yang lain semua India, Serani dan foreigners. Macam-macam agama ada, Hindu, Kristian, Buddhist. Kebanyakan mereka adalah kuat pegangan agamanya. Mereka tidak pernah pun bertanya tentang Islam dan mempersoalkan kebenaran Islam. Malah ketika bekerja di situ peristiwa 9/11 terjadi.



Jawapan:

Tidak bertanya soalan bukan bermakna tiada soalan! Ramai Muslim yang berkongsi pejabat, kerja, minat dan sebagainya dengan non Muslim, malah ada yang berusaha mendapatkan undi daripada non Muslim, tapi majoriti (bukan semua) golongan Muslim ini tidak pernah terfikir untuk berkongsi rahmat Allah, yang Nabi saw bawa kepada seluruh alam ini kepada golongan non Muslim tadi (Quran 21:107). Malah mereka mungkin tidak menyedari bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan bukan hanya untuk Muslim sahaja, sebaliknya untuk semua manusia (Quran 34:28).

Begitu juga majoriti golongan Muslim ini tidak pernah terfikir untuk menyampaikan peringatan di dalam Quran, yang Nabi saw bawa kepada seluruh alam ini kepada golongan non Muslim tadi. Malah mungkin mereka tidak tahupun bahawa naskhah Al Quran yang ada pada mereka sebenarnya juga milik semua non Muslim (Quran 2:185, 14:52, 25:1).

Sekarang, cuba kita pejamkan mata seketika, bayangkan jikalau selama ini kita dilahirkan sebagai seorang non Muslim, kemudian kita dikelilingi oleh kawan-kawan yang beragama Islam. Setiap hari kita bercampur dengan orang-orang Muslim ini. Semua topik kita boleh sembang, tapi tiada seorang pun Muslim yang pernah mengajak dan mengajar kita tentang Islam.

Apabila saat kita berada di padang mahsyar, kita yang sudah tahu di mana bakal tempat kita pergi, iaitu neraka, pasti akan berasa MARAH kepada kawan-kawan Islam yang kita kenali semasa di dunia dulu. Pastinya kita akan beritahu kepada Allah bahawa orang-orang Islam yang kita kenali selama hidup di dunia ini TIDAK pernah mengajar dan mengajak kita kepada agama Islam.

Adakah kita boleh terima jawapan orang-orang Islam yang mengatakan bahawa mereka tidak ajak kita kepada Islam disebabkan mereka masih belum mahir Quran, mereka masih belum cukup ilmu, mereka masih belum bersedia dan pelbagai alasan lagi? Jadi sekarang, adakah kita masih mahu “menyimpan” rahmat yang di bawa ke seluruh alam oleh Nabi saw hanya sesama kita yang sudah Islam sahaja? Mulakan perkongsian rahmat ini dengan non Muslim dan kita pasti akan temui banyak persoalan yang disembunyikan selama ini daripada mereka.

Saturday, November 29, 2008

Berdepan soalan golongan tak mahu berdakwah 2

Soalan 2:

Dari kita memikirkan cara-cara hendak mengatasi murtad, atau cara-cara nak memerangi dakyah Kristian atau Yahudi, lebih baiklah kita fokus pada mengajar anak-anak kita mengaji, sembahyang. Kerana itulah akarnya. Bila akar dah kuat, insyaAllah pokok yang tumbuh pun kuat berdiri.

Jawapan:

Fokus pada mengajar anak-anak kita mengaji, sembahyang dan sebagainya adalah menjadi kewajipan kepada ibubapa. Jadi perkara ini tidak perlu dipersoalkan. Tapi cuba kita tanya pada diri kita, sejak akhir-akhir ini adakah kes murtad di Malaysia semakin kurang atau semakin bertambah? Kemudian cuba kita tanya pada diri kita, adakah selama ini pengajian di surau, masjid, sekolah, IPT, TV dan radio tidak dilakukan oleh orang yang sepatutnya? Jawapannya sudah semestinya pengajian-pengajian ini wujud dan ianya berterusan dan tidak pernah putus, malah ia memang patut diteruskan sampai kiamat. Tetapi, kenapakah dalam keadaan pengajian-pengajian ini tidak pernah dihentikan, tiba-tiba sahaja kes-kes murtad di negara kita semakin menjadi-jadi?

Sudah tentu banyak puncanya. Antaranya adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam pengenalan di atas tadi iaitu disebabkan usaha "dakwah" orang Kristian yang meyakini "aqidah" mereka dan ingin "menyelamatkan" umat bukan Kristian termasuklah umat Islam dari api neraka!

Jadi,andainya “SETIAP” ibubapa Muslim lakukan apa yang sepatutnya, iaitu "fokus pada mengajar anak-anak kita mengaji, sembahyang (beserta roh-roh di dalamnya)", maka InsyaAllah masalah yang sedang melanda kita di Malaysia ini tidak seteruk sekarang. Tetapi apakah realitinya? Adakah kita masih "HANYA" perlu menyebut ayat yang sama (fokus pada mengajar anak-anak kita mengaji, sembahyang) sedangkan realitinya "orang-orang kita" semakin ramai yang "bertukar angin"?

Bukankah golongan yang mengkaji agama mereka diperlukan (pada 10-20 tahun lepas mungkin usaha mengkaji ini tidak diperlukan) sebagaimana yang mereka lakukan terhadap agama kita sejak sekian lama di Malaysia?

Friday, November 28, 2008

Berdepan soalan golongan tak mahu berdakwah 1

Soalan 1:

Orang Islam masih ramai lagi yang tidak betul, mengapa perlu berdakwah pada non Muslim pula?

Jawapan: Surah Ali Imran ayat 104 menyuruh supaya sebahagian daripada kita melakukan dakwah untuk mengembangkan Islam. Dalam ayat ini diperintahkan supaya hendaklah ada sebahagian daripada masyarakat Islam di sesuatu kawasan untuk menjalankan kerja-kerja mengembangkan Islam sebagai kerja khusus mereka. Namun, ini bukanlah bermakna apabila telah wujud kumpulan yang khusus yang menjalankan aktiviti dakwah kepada non Muslim, maka umat Islam yang lain tidak perlu “menjual” Islam kepada non Muslim. Tetapi hakikatnya, setiap orang Islam perlu melakukan amar maaruf nahi mungkar.

Ini dapat dilihat di dalam Quran 3:110 yang menyatakan bahawa setiap orang di kalangan umat Nabi Muhammad saw, iaitu sebagai umat terakhir, perlu “bekerja” sebagaimana nabi-nabi yang diutuskan kepada setiap umat yang terdahulu (Quran 13:7, 16:36). Para nabi ini bertugas mengajak manusia kepada tujuan penciptaan manusia iaitu serve atau worship hanya kepada Allah (Quran 51:56). Apabila nabi sudah tidak ada lagi, maka setiap individu yang mengaku hamba kepada Allah lah yang menyambung tugasan tadi mengikut kemampuan masing-masing, iaitu tugas "amar maaruf nahi mungkar" tadi.

Timbul satu persoalan di sini, apakah perkara mungkar terbesar di sisi Allah? Jawapannya semestinya mensyirikkan Allah. Siapakah yang mensyirikkan Allah? Jawapannya sudah semestinya orang-orang non Muslim (dan sebahagian umat Islam sendiri). Adakah kita (umat Islam) mencegah KEMUNGKARAN NOMBOR SATU ini secara yang secukupnya? Jika tidak, adakah kita fikir Allah tidak akan menyoal kita tentang perkara ini di akhirat nanti? Malah jika kita lihat perkara makruf terbesar pula ialah MENGESAKAN Allah. Jika kita lihat di surau-surau, masjid-masjid, sekolah-sekolah dan IPT, setiap hari kita diajak kepada kebaikan (amar maaruf) dan diingatkan tentang kemungkaran (nahi mungkar) beserta dengan hukum hakam dan lain-lain perkara oleh ustaz/ah dan imam. Tetapi, malangnya soal aqidah amat kurang menjadi fokus hinggakan ramai di kalangan umat Islam bersolat tapi tiada roh di dalamnya, berpuasa tapi seolah-olah menjadi adat, bertudung tapi hanya ikutan. Sebab itulah ada yang bergelar "ustaz, ustazah, imam" yang hafal yasin, tidak pernah tinggal solat, puasa, tapi masih terbabas menjadi kafir.

Walaubagaimanapun, sebenarnya kita tidak perlu hairan tentang perkara ini kerana sedangkan syaitan yang pernah tinggal di dalam syurga dan tahu tentang kebenaran Allah, Nabi Muhammad saw, nikmat di syurga dan siksaan di neraka pun boleh menentang Allah, inikan pula manusia yang bernama "ustaz/ah dan imam".

Monday, November 24, 2008

Humaira'

Baru-baru ini,seorang pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat,Syeikh Yusuf Estes (gambar) telah mengadakan “roadshow” ceramah di Malaysia.Dalam kunjungannya kali ini,beliau telah menyampaikan ceramah di USM Pulau Pinang,dan juga sempat menyampaikan sedikit tazkirah sebelum solat Jumaat baru-baru ini di Masjid Jamek,Jalan Duta,KL.Kunjungi laman web beliau yang terbaru,www.whatislam.com untuk maklumat lanjut tentang perjalanan beliau sebagai seorang pendakwah yang mana sebelumnya merupakan seorang ‘minister’ Kristian yang alim.



Antara yang menarik perhatian saya di dalam ceramah beliau kali ini ialah beliau berkongsi pendapatnya bahawa Saidatina Aisyah r.a sebenarnya tidak berkahwin pada umur enam tahun.Apa yang berlaku ialah bapa Saidatina Aisyah iaitu Saidina Abu Bakar r.a mempelawa kepada Nabi untuk memperisterikan Saidatina Aisyah dan pelawaan itu berlaku sebanyak dua kali.Turutnya,perkahwinan ini berlangsung hanya ketika Saidatina Aisyah berumur sekitar sembilan tahun.Nabi menerima pelawaan kali kedua kerana pada umur itu,perempuan Arab kebiasaannya sudah mencapai akil baligh.

Dan seperti yang kita sedia maklum,ekstremis agama lain menggunakan situasi ini untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Rasulullah S.A.W.Dan berikut adalah hujah balas yang boleh kita gunakan untuk menangkis segala tohmahan mereka ini.

Mengikut sirah,pelbagai cara digunakan oleh Musyrikin Mekah ketika itu untuk menjatuhkan Nabi,termasuklah mengatakan Nabi sudah gila dan cubaan membunuh Nabi.Tetapi,mereka tidak pula menjatuhkan Nabi dengan menuduh Nabi gila seks kerana berkahwin dengan 12 orang isteri,dan fidofilia kerana berkahwin dengan budak.

Cuba tanyakan mereka kembali.Di negara-negara Barat yang kononnya bertamadun,berapa umur purata mereka yang melakukan seks?Dan sekarang ada yang berumur 9 tahun pun sudah melakukan seks.Kenapa ini tidak pula mereka ’highlight’kan?Kenapa Nabi juga yang disasarkan?Kalau anda masih ingat,ibu yang termuda di dunia telah direkodkan di Amerika Utara (tak ingat Mexico atau USA),yang mana majoritinya bukan Islam.Kenapa ia tidak berlaku di Jazirah Arab yang mana kahwin awal ini menjadi kebiasaan?

Buka kembali kitab Bible.Suruh mereka cari dan jawabkan pada umur berapa Joseph the Carpenter dan Virgin Mary berkahwin?Joseph berkahwin pada umur 90 tahun dan Virgin Mary berumur 12 atau 14 tahun.Mungkin mereka kata tidak sama seperti kes Nabi dan Aisyah tetapi kita lihat balik,’proportion’nya tetap sama.


P/S:Humaira’ bermaksud ‘kemerah-merahan’.Ia adalah panggilan Nabi terhadap Saidatina Aisyah r.a.

The Abrahamic Covenant and Prophet Muhammad in the Bible

The following logic is what is contributing to the alarming conversion rate among Christians to Islam. Jews, Christians and Muslims have a common father, Prophet Abraham, the patriarch of monotheism. For example, Abraham married Sarah and it is through her Jewish children over generations that the following prophets came: Isaac, Jacob, Joseph, Moses, David, Solomon and Jesus. Abraham also married Hagar and it is through her Muslim children over generations that the following prophets came: Ishmael and Muhammad.

When Christians realize that the Bible was manipulated by biased writers to unfairly exclude Ishmael, the son of Hagar, they realize that their religion may be nothing more than the result of innocently mislead people who wrote from the time Jesus left earth in 30 AD until about 350 AD when the formation of the New Testament came to an end (1). The following analysis of biblical scriptures illustrates that Ishmael was part of God's covenant, thereby proving Islam a divine religion. God made an important promise to Abraham before any children were born to him.

(Genesis 12:2-3) And I will make of thee a great nation, and I will bless thee, and make thy name great; and thou shall be a blessing. And I will bless them that bless thee, and in thee shall all families of the earth be blessed.

Abraham was first married to Sarah who happened to be a barren woman and bore him no children.

(Genesis 16:1). Now Sarai, Abram's wife, had borne him no children
Later in the book of Genesis (16:2) we are told that Sarah gave Abraham a handmaid (Hagar) to be his wife, in the hope that she may bear a child to Abraham. Hagar did indeed bear Abraham's first child, and the Angels of God told Hagar to name him Ishmael (Gen 16:11), which means God Hears. Clearly, this is a divine child as God is intervening and sending angels down to name him; this is a clear indication that the child is divine and important. Moreover, we are told in Genesis (21:20) that, God was with the boy as he grew up. Ishmael, the firstborn child is very important. As a matter of fact, this is indeed consistent with the bible. In Hebrew traditions, the first-born son is to have double portions of honor, even inheritance and that right is not changed by the status of his mother.

For example in (Deuteronomy 21:15-17) we are reminded that a firstborn son is to be given a double share of inheritance regardless of the circumstances since the first born is the first sign of his father's strength. For the following 14 years, Ishmael was Abraham's only child. Later, Abraham's first wife Sarah bears him a son, Isaac (Gen 21:1-5). After the birth of Ishmael and before the birth of Isaac, God's promise to bless the families of the earth through Abraham's descendants was repeated:

(Genesis 17:4) As for me, behold, my covenant is with thee, and thou shall be a father of many nations.

According to Jews and Christians only Isaac was the son of promise and covenant. The following verses are referenced.

(Genesis 17:21) But my covenant will I establish with Isaac.
(Genesis 21:12) For in Isaac shall thy seed be called.


An interesting thought arises, is it possible that the writer(s) of this book (Genesis) inserted such statements to favor his own clan, himself being an Israelite? When these two verses (Gen 17:21 and 21:12) are examined in context with other verses of this same book, it becomes obvious that the Ishmaelite were included in God's promise and his covenant with Abraham. God's covenant with Abraham was made before he had any children (Gen 12:2-3). It was reiterated after the birth of Ishmael and before the birth of Isaac (Gen 17:4). Moreover, Ishmael is also specifically blessed, and, hence, included in God's promise. For example, God stated:

(Genesis 21:13) Of the son of the maidservant (i.e. Ishmael) I will make a great nation because he is thy seed.

The above promise was further confirmed a few verses later:

(Genesis 21:18) Arise, lift up the lad, and hold him in your hand; for I will make him a great nation.
(Genesis 21:20) God was with the boy as he grew up.


When God speaks of greatness, he does not merely refer to numbers. Greatness by God's own criterion is founded on faith, spiritual heritage and religious leadership. One may wonder at this point why there should be only one child as the heir of the divine promise? Why not both sons in view of the evidence discussed already? What type of divine justice punishes the rites of the firstborn to satisfy Sarah's ego and bless her jealously? Was Sarah dictating her desires to God, too?

(Genesis 21:10) Get rid of that slave woman and her son, for that slave woman's son will never share in the inheritance with my son Isaac.

This statement was made after Ishmael allegedly mocked Isaac on the day Isaac was weaned (Gen 21:8-9). Can one imagine Hagar and her 17 year old son Ishmael expelled to the desert because Ishmael allegedly mocked the 3 year old boy Isaac on the day of a great feast when Isaac was weaned (Gen 21:8) What did Ishmael say to the 3-year-old baby to warrant such a harsh punishment? Did he mock him in the presence of a large group of people who attended the feast? One can only wonder what he said to the lad. Moreover, it is doubtful Abraham would send his wife and son off into the desert (a virtual death sentence) at the request of his other moody wife Sarah; the story does not seem plausible.

Will be continued…………..

Tuesday, November 18, 2008

Penghujung Rindu



Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu



Ketika sedang sibuk melayani tetamu yang hadir pada kenduri perkahwinan kakak saya yang lalu,tumpuan saya teralih seketika ke arah DJ bertugas yang memainkan lagu Jamal Abdillah ini.

Terkenang semula saya pada kenangan yang lalu semasa belajar di SM Sains Alam Shah (ASiS) dan Kolej Mara Seremban (KMS).

Lagu inilah antara lagu yang saya nyanyikan dalam kelas semasa prep malam di ASiS bagi menghilangkan tekanan dan kebosanan mengulangkaji pelajaran.Teringat juga sedara Badrul dan Fareez (5 Bestari) yang turut sama “melalak”.Yang seronoknya,tiada suara-suara rungutan malah kadangkala disahut dengan tepukan.Cuma kami terpaksa senyap seketika tatkala Ustad Khai atau Cikgu Shafrin lalu melintasi kelas ketika itu.

Kalau di KMS pula,lagu inilah yang seringkali didendangkan sedara Aiman di bilik air Burhanudin aras bawah.Kadangkala dinyanyikan beramai-ramai sehinggakan boleh kedengaran sebatu jauhnya.

Lagu ini juga antara rangkaian beberapa lagu Jamal Abdillah,Saleem,Ramli Sarip,Rahmat Ekamatra,Lefthanded,Febians,Alleycats,BPR,XPDC,Wings…(dan banyak lagi) yang sering saya nyanyikan bersama sedara Amin di bilik MPP.Masih ingat lagi saya ketika itu,sehinggakan terjadi satu “pertandingan nyanyian” pula antara saya dan Amin yang mana sedara Hakim menjadi ketua juri.Namun Hakim terpaksa menghentikannya kerana katanya;

“Udoh ler tuh.Kome tengok si Mimi tuh.Tension bebeno die mendengo kome tak habih-habih melalak”

Dek kerana menghormati orang yang sedang menelaah pelajaran,terpaksa juga saya hentikan,walaupun hati masih lagi rasa tercabar dengan sedara Amin yang bersuara macho itu.”Mungkin lain kali” bisik hati saya.

Saya sebenarnya meminati lagu-lagu berunsur sentimental dan slow rock (boleh juga dipanggil sebagai rock kapak ataupun jiwang) sejak kecil lagi.Terutama bila sedang tension ,saya suka mendengar lagu Sekuntum Mawar Merah-Alleycats atau Umpama Mimpi di dalam Mimpi-Damasutra.Dan tension tadi pun hilang begitu sahaja.

Saya pernah cuba untuk melayan lagu yang berentak keras seperti lagu-lagu indie,emo,gothic dan juga heavy metal,tetapi entah mengapa hati saya tidak berkenan dengan muzik yang sedemikian.

Mungkin juga ada benarnya kata-kata Ustaz Hanafi (PERKID);

“Muzik ini adalah alunan hati.
Jika dialun dengan lembut,maka lembutlah hati ini.
Akan tetapi,jika muzik ini dialun dengan keras,
maka keraslah hati kita ini.”


“Ili,hang pi tengok sat kalau-kalau ada sapa-sapa tak dapat lagi souvenir.Pastu hang pi habaq sat kat abah,kata Tok Wan dah nak balik dah”-Kata ibu,yang mengejutkan saya dari lamunan lagu Jamal Abdillah itu tadi………………..

Monday, November 17, 2008

Metodologi Berdakwah Kepada Atheis

Secara ringkasnya,cara berdakwah kepada golongan atheis ini terbahagi kepada tiga peringkat:

i)Buktikan Tuhan itu wujud.
ii)Buktikan Tuhan itu satu dan Maha Hebat.
iii)Buktikan Allah itu satu dan Islam adalah satu-satunya agama yang dari Allah.


Permulaannya,berbincang secara santai dengan mereka.Minta mereka menceritakan dahulu mengapa mereka berpendirian sebegitu.Jangan sesekali mencelah lebih-lebih lagi membantah ketika mereka sedang bercakap.Pastikan mereka berpuas hati,kemudian baru kita pula yang bercakap,itupun kalau mereka bersedia.Jikalau tidak,mungkin kemudian hari sahaja.

Apabila sampai pada giliran kita,minta mereka mendengar dahulu.Benarkan mereka mencelah,tetapi jangan jawab dahulu,sebaliknya anda salin soalan-soalan yang ditanya.Jawab soalan-soalan itu selepas kita selesai dengan penjelasan atau hujah kita.Kita perlu lakukan sebegini sebab semasa kita berhujah nanti,memang kita akan masukkan beberapa ”soalan lazim” daripada golongan atheis ini.

Peringkat Pertama:Kebenaran Bahawa Tuhan itu Wujud

Andaikan bahawa kita setuju dengan pendirian atheis bahawa tuhan itu sebenarnya tiada.Dan andaikan juga bahawa semua manusia sejak dulu,kini dan selamanya juga tahu dan percaya bahawa tuhan itu tidak wujud,dan kepercayaan ini sememangnya benar.Maka manusia yang paling bijak ialah orang yang paling jahat,dan yang paling bodoh ialah orang yang paling baik.

Mengapa begitu?Sebagai contoh,andaikan kita mencuri dan berjaya melepaskan diri,kita takkan rugi apa-apa pun sampai mati.Malah,tiada sesiapa yang mahu menangkap kita kecuali mangsa yang kita rompak tadi.Tetapi kalau ditangkap juga,cuba lepaskan diri.Tidak berjaya juga,maka bunuhlah orang yang menangkap kita itu.Tidak berjaya juga,maka bunuhlah diri.Walau apapun kesudahannya,kita TIDAK RUGI APA-APA PUN.

Kenapa?Kerana tiadanya ”follow up” kepada perbuatan kita itu selepas kita mati.

Begitu juga dengan jenayah-jenayah lain seperti membunuh,menipu,rogol dan lain-lain.Malahan,jika kita kecewa dengan sesuatu perkara seperti putus cinta,hutang bertimbun,gagal dalam peperiksaan dan lain-lain lagi,lebih baik kita bunuh diri dan masalah kita akan selesai.Kenapa sedemikian?Sebabnya tidak akan ada ”follow up”.Seolah-olah kita akan hilang begitu sahaja.Dan perlu diingatkan bahawa bukan kita sahaja akan berpendirian sebegini,malah jutaan manusia yang lain juga akan memikirkan perkara yang sama.

Mungkin timbul persoalan tentang wujudnya golongan atheis yang baik perangainya hari ini (dan sekaligus menafikan kemungkinan yang disebut diatas tadi).Kewujudan golongan sebegini (atheis yang baik) pada hari ini sebenarnya mudah untuk kita faham.Majoriti masyarakat di dunia mempunyai pegangan agama masing-masing.Walaupun orang beragama juga buat perkara jahat,tapi tidak boleh dinafikan bahawa sedikit sebanyak,agama-agama inilah yang menjadi pengasuh kepada penganut masing-masing supaya berbuat baik.

Penganut agama-agama ini meyakini bahawa mereka akan mendapat pembalasan di atas perlakuan mereka mengikut kepercayaan masing-masing.Jadi secara tidak langsung,golongan manusia yang baik pasti akan wujud di dalam kumpulan yang mempercayai agama ini.Maksud baik di sini ialah golongan yang tidak merompak ”lebih kurang” daripada golongan yang merompak.Maka kesannya akan dirasai juga oleh atheis dan memotivasikan mereka ke arah kebaikan.

Tetapi,cuba kalau kita berbalik semula dengan andaian awal tadi,iaitu tuhan memang benar-benar tidak wujud,maka adakah semua orang dalam golongan beragama tadi akan mempunyai sikap yang sama baik berbanding dengan keadaan mereka percaya kepada balasan tuhan selepas mati?Sudah semestinya TIDAK! Maka ini sekaligus akan mewujudkan masyarakat yang amat kacau bilau sejak dulu,kini dan selamanya,kerana setiap individu meyakini bahawa sebaik sahaja mati,mereka akan pupus begitu sahaja.

Maka boleh atau tidak akal mengatakan bahawa Tuhan itu tidak wujud?

Bersambung kemudian hari, Insya Allah.

Sunday, November 16, 2008

Selamat Pengantin Baru

Entri ini ditujukan khas kepada kakak saya yang tercinta,Nadia Azura Binti Mohd Nudri@Kak Ya yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihannya,Mohd Nazimuddin Bin Basir pada tanggal 16 November 2008 bertempat di rumah saya di Teluk Intan.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian,kakak saya kini bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Saraan dan Pencen,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya,manakala abang ipar saya bekerja sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) di sebuah syarikat produk berasaskan herba di Jalan Medan Tunku,Kuala Lumpur.

Insya Allah,pada 22 November 2008 yang akan datang,keluarga saya pula yang akan bertandang ke rumah pengantin lelaki di Taman Permata,Ulu Klang,Selangor untuk majlis yang sama di pihak lelaki.

Berikut,adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada majlis akad nikah dan perkahwinan ini.Insya Allah dalam entri yang akan datang,saya akan cuba masukkan lebih banyak gambar dan rakaman yang diambil(oleh jurugambar-jurugambar khas) dalam majlis ini untuk tatapan pembaca sekalian.Nota-Mohon maaf atas kualiti kurang memuaskan gambar yang diambil dalam entri kali ini.

Mekap-Akad Nikah


Sebelum mula majlis-Akad Nikah


Kadi menerangkan tertib-tertib perkahwinan-Akad Nikah


Gambar Keluarga-Majlis Perkahwinan




Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas

Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya


Akhir kata,Selamat Pengantin Baru kepada Kak Ya dan Bro Nazim.Mudah-mudahan ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat,Insya Allah.

Friday, November 14, 2008

Trilogik Cinta

SALEEM TRILOGIK CINTA (CINTA TIGA SEGI)



Setahun sudah ku menunggu dirimu
akhirnya kau menjadi milikku
susahnya untuk ku melupakanmu
kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang...
kehadiran kekasih lamamu
datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
apakah ini semua kerna diriku
sedangkan akulah penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat...
terperangkap di tengah lautan
tak tahu mana arah untuk kau menuju...
Andai kau pinta untuk melepaskanmu
terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
di dalam percintaan...


P/S:I will probably not be in touch until next week since my sister's wedding "walimah" is just around the corner.

Wednesday, November 5, 2008

Corat-Coret

Wajarkah matapelajaran Sains dan Matematik diajar semula di dalam Bahasa Melayu?Ataupun dikekalkan medium pembelajaran dalam Bahasa Inggeris?

-Realitinya,Bahasa Inggeris adalah bahasa sains dan teknologi dan penguasaannya adalah sangat penting terutama di zaman globalisasi ini.

-Para pelajar lambat-laun akan juga belajar subjek berkaitan sains dan matematik di peringkat kolej dan universiti,di dalam Bahasa Inggeris.Persoalan timbul apabila pembelajaran di dalam Bahasa Melayu pada peringkat awalnya terbuang begitu sahaja,dan tidak digunapakai dalam amalan pekerjaan.

-Peluang pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi yang terhad dan kompetitif kini mengehadkan kepada individu yang benar-benar berdaya saing sahaja.Penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap adalah salah satu dari kriteria yang tersebut.Permulaan yang awal yakni di peringkat sekolah rendah diyakini mampu menyediakan para pelajar dengan kriteria tersebut.

-Bahasa Melayu sendiri terpaksa mengimpot terminologi-terminologi daripada Bahasa Inggeris untuk menerangkan fakta-fakta dan konsep sains.Contoh yang paling mudah,perkataan Inggeris dimelayukan dengan menambah ‘si’ dihujungnya seperti perkataan “aplikasi” dari “application”.Ini juga salah satu isu lain yang dibangkitkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu apabila terlalu banyak perkataan yang terpaksa dicedok dari bahasa asing yang lain dan ini dikhuatiri akan “merosakkan” keaslian Bahasa Melayu dalam tempoh masa yang panjang.Langkah seperti menterjemahkan perkataan Inggeris secara langsung kepada Bahasa Melayu (seperti “joystick” kepada “kayu ria” ) juga dilihat bukan penyelesaian yang sesuai.

-Langkah ini (pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu) dilihat bertujuan untuk memartabat dan menaikkan imej Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Tetapi pada pendapat saya,ia mungkin tidak perlu kerana perkara-perkara yang telah disebut di atas.Langkah lain yang dilihat sesuai untuk tujuan tersebut termasuklah mengajar subjek berkaitan kesusasteraan Melayu secara khusus berbanding Komponen Sastera (KOMSAS) yang diajar di dalam subjek Bahasa Melayu pada masa sekarang.Orang Melayu perlulah sedar akan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian di samping menyeimbangkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua serta bahasa sains dan teknologi.Dalam erti kata yang lain, “Berbahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan orang Malaysia (termasuklah dengan orang Cina dan India),dan berbahasa Inggeris dengan orang asing”.


Bagaimana pula pendapat anda?Fikir-fikirkanlah sendiri.

Monday, November 3, 2008

Melayu Raya

Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dibentuk itu sebenarnya membayangkan ada negeri-negeri Melayu dibawahnya.

Asas di dalam Perlembagaan ialah Persekutuan terdiri daripada Negeri-Negeri Melayu seperti Selangor,Perak,Kedah dan lain-lain serta mengekalkan Perlembagaan Persekutuan sebagai Perlembagaan Melayu.Ini termasuklah mensyaratkan Menteri Besar dari kalangan orang Melayu beragama Islam.

Malaysia pula merupakan gabungan negeri-negeri Melayu kecuali Sabah,Sarawak,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Itupun negeri-negeri ini masih berajakan Yang Dipertuan Agong,dan Ketua Menteri sepatutnya mesti juga orang Melayu beragama Islam.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia itu negara Melayu pada asasnya.Maka kerana itu,Perlembagaan Persekutuan itu disusun dengan meletakkan Melayu sebagai teras seperti:

-Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
-Pentadbiran dengan orang Melayu sebagai majoriti kakitangan awam
-Ekonomi Melayu diberikan keutamaan di dalam DEB
-Majlis Raja-Raja Melayu berfungsi menjaga hak keistimewaan Melayu.


Oleh yang demikian,pemimpin-pemimpin Melayu mesti memberi hujah yang meyakinkan bahawa:

-Negara ini negara Melayu pada asasnya
-Akan tetapi,semua orang mempunyai jaminan hak-hak tertentu di dalam negara ini seperti hak-hak persamaan,ekonomi,hak asasi dan hak berpolitik.


Untuk merealisasikan perkara ini,kita perlulah mendidik anak-anak kita sejak dari awal lagi bahawa Malaysia ini adalah negara Melayu.Tetapi apa yang berlaku sekarang,pemimpin kita tidak mempunyai visi itu dan yang lebih mengecewakan,mereka sendiri tidak faham dengan baik isi kandungan Perlembagaan.

Kesannya dapat kita lihat hari ini.Sejak kebelakangan ini,sudah ada suara-suara menuntut supaya diwujudkan kesamarataan.Mereka mempersoalkan hal-hal lain di dalam tuntutan tersebut dan mentafsirkan Perlembagaan secara selektif,dalam erti kata lain mereka menyokong sekiranya ia menguntungkan mereka.Begitu seriusnya tuntutan kesamarataan ini sehinggakan mereka menekankan hak asasi manusia.

Yang menghairankan hingga kini,mengapa pemimpin Cina boleh bercakap dengan bebas tanpa dibelenggu perbezaan politik?Pemimpin-pemimpin Melayu kini tidak lagi membentuk pemikiran rakyat.Yang membentuk pemikiran kita hari ini ialah orang-orang Cina dalam Gerakan dan MCA yang menuduh pemimpin Melayu tidak berlaku adil kepada mereka.Ironiknya,pemimpin Melayu seolah-olah tidak tahu menjawab bahawa 50 tahun mereka ini diberi kebebasan untuk membesar.Kita tidak pun memberi secara terperinci data keuntungan bukan Melayu di bawah DEB.Tapi kita sibuk dengan 20% ini sahaja.Selebihnya itu siapa?Oleh yang demikian,tidak adillah jika pemimpin Cina ini kerap kali menyalahkan orang Melayu atas tuduhan yang tidak berasas ini.

Jika kita berbicara mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB),sebenarnya hingga kini ia masih menguntungkan orang bukan Melayu kerana orang Melayu hanya baru hendak berubah daripada ekonomi tani dan nelayan kepada ekonomi bandar.Itupun hanya berasaskan perniagaan gerai dan kecil-kecilan.Orang Melayu tidak dapat lagi restructure ekonomi kaum Cina yang sudah menguasai Industri Kecil Sederhana (IKS).

Justeru,kalau kita masih gagal dalam membentuk pemikiran bangsa seperti yang kita mahu dan membiarkan Gerakan dan MCA membentuknya dulu,maka kita akan kalah,yang mana ini bakal menjadi masalah besar kepada kita.Contohilah pendekatan yang digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya membentuk pemikiran dan rakyat dapat memegangnya seperti membuat Wawasan 2020.

Oleh itu,kita kini perlu bertindak dalam multi-dimensi.Kita mesti faham dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada orang dan parti politik Melayu untuk menjamin kestabilan politik di negara kita ini.Golongan pemimpin terutamanya harus faham kedudukan sebenar mereka dalam peruntukan Perlembagaan dan undang-undang.Ini dapat dilakukan dengan usaha untuk mentafsir kembali peluang-peluang dalam Perlembagaan dan bagaimana untuk membentuk kembali negara Malaysia yang sepatutnya-Melayu Raya seperti mana yang dibayangkan Perlembagaan Persekutuan dalam semua sudut.

Saturday, November 1, 2008

Kewajipan Berdakwah

Beza Dakwah & Islah

Dakwah dari segi bahasa adalah menjemput masuk
Dakwah dari segi syarak adalah usaha menjemput seseorang kepada agama Islam

Islah pula adalah bermaksud usaha membaikpulih amalan & kepercayaan Muslim mengenai Islam

Realiti Islah & Dakwah Di Malaysia

Islah - Sentiasa berjalan dengan pesat melalui 
Sistem pendidikan (sekolah hingga universiti)
Rancangan TV & Radio
Forum, kuliah & ceramah di masjid & surau
Tulisan di akhbar & buku
Pelbagai persatuan Islam (IPT hingga NGO)

Dakwah - Wujud sejak dahulu tetapi amat sedikit berbanding usaha Islah

Pendekatan Berdakwah

Berlandaskan Quran & Sunnah
Semua pendekatan dalam melakukan Dakwah mestilah berlandaskan cara yang Allah dan Nabi Muhammad saw ajarkan melalui Quran & Sunnah, dan bukannya cara yang kita fikirkan sendiri tanpa merujuk 2 sumber tadi.

Melalui akhlak
Ini adalah salah satu daripada pendekatan yang amat berkesan. Tetapi dalam keadaan realiti sekeliling kita sekarang, kita perlu tahu untuk menerangkan tentang salah faham non Muslim terhadap akhlak majoriti Muslim yang amat berbeza dengan ajaran Islam.

One To One 

Secara umumnya, pendekatan cara beginilah yang paling berkesan. Pada zaman moden ini, pendekatan One To One ini terbahagi kepada 2 cara, iaitu

Lisan: Bersemuka

Internet: Chatting & Emel

Dialog antara agama (Interfaith dialogue)

Selain daripada peranan penceramah untuk menerangkan mengenai kecantikan, sempurna dan logiknya ajaran Islam, para pendengar (participant) Muslim juga mempunyai tugas yang besar. Mereka sepatutnya bergaul dengan para pendengar non Muslim. Berkenalan dengan mereka. Ambil nombor handphone dan emel. Dan lakukan follow up secara One To One.

Program “Presenting Islam to non Muslim"
Program berbentuk begini sebenarnya baru sahaja wujud di Malaysia . Selalunya program begini hanya dibuat di dalam gereja. Seperti program Interfaith dialogue, program ini juga memberi peluang kepada individu Muslim untuk mengenali individu non Muslim yang memang berminat untuk berbincang mengenai perkara keagamaan.

Blogging
Adakah pendekatan begini dan pendekatan melalui emel terdapat di dalam Quran & Sunnah? Jika kita membaca surah An Nahl ayat ke 125, jelas Allah menyuruh kita menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah kebijaksanaan. Tambahan pula Nabi Muhammad saw dan Nabi Sulaiman as sendiri pernah menulis surat menyeru pembesar non Muslim supaya menyembah Allah.

Mosque Tour Guide
Setiap tahun ramai pelancong dalam dan luar negara yang datang melawat beberapa masjid di seluruh negara. Setakat ini, bilangan volunteer yang mengambil kesempatan yang amat luas ini hanyalah sedikit bilangannya. Ini adalah salah satu peluang  untuk melakukan Praktikal Dakwah dengan menerangkan perkara aqidah kepada pelancong non Muslim.

Penerangan melalui risalah
Pendekatan begini boleh dilakukan di dalam banyak program seperti Interfaith dialogue, Presenting Islam to non Muslim dan Mosque Tour.Di dalam risalah tersebut, kita boleh meletakkan emel atau nombor handphone kita supaya kita boleh melakukan follow up dengan sasaran kita.

Perbandingan agama
Pendekatan begini hanya digunakan apabila keadaan memerlukan. Dalam pendekatan ini, kita akan membuktikan kepada non Muslim mengenai kebenaran Quran dan Sunnah melalui kajian terhadap sumber rujukan non Muslim itu sendiri seperti Sains dan Teknologi bagi golongan Atheist, Bible bagi Kristian, Kitab Hindu dll.
Apabila seseorang sudah meyakini Islam 100% dan sudah bersedia untuk bersyahadah, maka pendekatan perbandingan agama ini mungkin tidak perlu digunakan bergantung kepada keadaan dan kes. Kita hanya perlu menerangkan perkara aqidah Islam semata-mata.

Assignment: Bolehkah Begini?
Bolehkah kita mendakwa pendekatan kita adalah terbaik berbanding pihak lain? Contoh
Nabi berdakwah dengan bersemuka, maka blogging dan internet bukanlah terbaik
Nabi hanya cerita tentang kecantikan Islam, maka tidak perlu tahu kepercayaan agama lain dan tidak perlu cerita keburukan agama lain

Kelebihan Berdakwah
Perbaiki diri sendiri
Menyediakan skill 
Berdialog dengan misionari Kristian dan golongan non Muslim yang lain
Menangani kes Murtad
Potensi untuk murtad
Mualaf
Muslim bermasalah (berislah)


Kenapa Dakwah?
34:28 “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya”
Sahih Bukhari Vol 1 Hadis 331: Muhammad saw adalah Nabi untuk semua manusia
21:107 Nabi saw adalah menjadi rahmat kepada semua manusia
2:185 Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia 
14:52 Quran diturunkan adalah untuk semua manusia 
25:1 “…Tuhan yang menurunkan Furqan kepada hambaNya, untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam”


Bagaimana?
3:64 Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun…”
Ayat ini mengajar kita supaya mencari persamaan semasa berdakwah
16:125 “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik…”
Hikmah kebijaksanaan - berakhlak, nada suara yang sesuai, teknik bercakap, kreativiti hujah dari pelbagai sumber, dll
29:46 “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka…”
Kita dibenarkan berbahas dengan non Muslim tetapi hanya dengan cara yang baik
Bagi golongan yang zalim di antara mereka, cara yang lebih tegas patut digunakan
6:108 “Dan janganlah kamu cerca sembahan mereka yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan …”


Selain larangan mencerca sembahan mereka semasa berdakwah, kita juga ditegah daripada mencerca amalan mereka yang lain

Limitation

88:21-22 “Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (dan janganlah berdukacita jika ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (untuk menerima Islam)”

Tugas kita hanyalah SHARE Islam

10:99 “Dan jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau (Muhammad) pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”

Tugas kita ialah menyampaikan message Islam dan bukan convertkan orang

2:6 “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman”

Kita pasti akan menemui golongan sebegini apabila kita aktif berdakwah, dan kita tidak perlu bersedih jika menemui mereka ini

18:29 Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya"

Selepas kita berusaha menerangkan kebenaran Islam dengan bersungguh-sungguh dan kemudian tetap ditolak, maka kita tak perlu berasa bersalah. Tugas kita sudah selesai untuk individu tersebut.

Alasan Tidak Berdakwah

Tak Cukup Ilmu

Ilmu tak akan cukup sampai ke mati

Banyak perkara lain (yang tiada kaitan dengan dakwah) yang boleh dan telah dipelajari, maka kenapa tidak belajar untuk berdakwah?

Sahih Bukhari Vol 4 Hadis 667: “Sampaikan kepada yang lain walaupun satu ayat”

Kalimah syahadah juga adalah satu ayat, maka sebarkan
Ramai Muslim yang faham surah Al Ikhlas dengan jelas, tetapi kenapa tidak mahu dikongsi dengan non Muslim?

Tidak perlu jadi pakar baru boleh berdakwah 

Teknik jika tak tahu jawab soalan
Mengaku tidak tahu jawab dan jangan “goreng”
Teknik berdialog apabila tidak tahu menjawab soalan
“Saya tak tahu jawapannya, tapi saya akan carikan jawapan”
“Bagus soalan itu, nanti saya akan carikan jawapan”
“Soalan awak membantu saya belajar agama saya sendiri, nanti saya carikan jawapan”
“Biar saya kumpulkan soalan awak, nanti saya akan berikan jawapan”


Diri Sendiri Belum Baik
Mereka mensyirikkan Allah, maka siapa lebih baik di sisi Allah?
Berdakwah akan membantu kita mengislah diri
Adakah selama ini semua misionari Kristian lebih baik daripada kita dari semua segi?
Tidak semestinya! 
Maka jika mereka boleh lakukan “dakwah”, kenapa kita tidak boleh? Sedangkan kita yakin bahawa kita di pihak yang benar

Baiki Muslim Dahulu
Benarkah dakwaan begini? “Contoh buruk Muslim menjadi halangan kepada dakwah, maka islahkan Muslim dahulu!”
Adakah perlu tunggu semua Muslim menjadi baik, baru hendak berdakwah?
Sampai kiamat benda ini tak akan berlaku
Oleh itu, lebih baik kita pelajari cara menjawab salah tanggapan terhadap Islam, dan bukannya dengan meninggalkan dakwah
4:48,116 Syirikkan Allah adalah kemungkaran nombor SATU di sisi Allah
Walaupun ramai orang yang mencegah pelbagai jenis kemungkaran semasa berislah tetapi AMAT SEDIKIT yang lakukan pencegahan KEMUNGKARAN nombor SATU di sisi Allah!
Nabi SAW lakukan Islah & Dakwah serentak walaupun ketika Islam kuat di Madinah
Kewujudan golongan munafik dan yang tidak bersolat jemaah di masjid membuktikan Muslim belum sempurna, TETAPI usaha dakwah masih diteruskan
Maka, dakwah dan islah adalah sama penting

Dakwah adalah Fardu Kifayah?

3:104 “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah”

- Sebahagian golongan yang tidak mahu berdakwah menjadikan ayat di atas sebagai alasan.

Ayat ini merujuk kepada kerja fulltime sebagai pendakwah
3:110 Umat Muhammad adalah umat paling mulia kerana ciri-ciri Amar Maaruf Nahi Mungkar tiada pada umat-umat terdahulu
Setiap Muslim wajib mencegah kemungkaran dalam tiga peringkat mengikut kemampuan, iaitu dengan kuasa, atau lisan, atau hati
Oleh itu, setiap Muslim wajib mencegah kemungkaran mensyirikkan Allah jika peluang itu datang kepada kita
Contoh: Kawan sepejabat, sekelas, serumah, kenalan-kenalan lain
“Tiada Paksaan” Dalam Agama

Ya, memang benar tiada paksaan dalam beragama

2:256 “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)…”

Ayat ini merujuk kepada keadaan di mana usaha dakwah telahpun dilakukan terlebih dahulu, dan kemudian jika ia ditolak, maka kita tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam

Jaga Urusan Sendiri
Adalah menjadi urusan setiap Muslim untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran
Dakwah adalah menjadi tugas yang wajib bagi setiap Muslim
Oleh itu, apabila ada yang berkata “jaga urusan kamu sendiri”, dia adalah betul, kerana itu adalah apa yang kita sedang lakukan, iaitu kita sedang menjaga urusan kita sendiri

Apa Lagi Alasan?

Lihatlah ayat ini:-

Sesungguhnya orang-orang yang kufur engkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu 4:56

Maka, tiadakah perasaan kasihan?
Bayangkan Sejenak...Seandainya Kita Adalah Seorang Non Muslim Yang Sedang Berada Di Padang Mahsyar, Sanggupkah Kita Terima 1001 Alasan Untuk Tidak Mengajak Kita Kepada Islam Oleh Kawan Muslim Kita Semasa Sama-sama Hidup Di Dunia Dahulu?

MOGA KITA INSAF BERSAMA

Thursday, October 30, 2008

Sama Rata,Sama Rasa?

Kita kini berhadapan dengan suatu masalah besar,iaitu terdapat cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk meruntuhkan politik berasaskan kaum dan digantikan dengan politik kelas.

Politik kelas ini berkonsepkan semua kaum itu sama,tidak kiralah mereka itu pendatang mahupun bumiputera,ataupun berapa ramaikah jumlah mereka di Malaysia ini.Hak yang sama rata diberikan.Mungkin dari sini bunyinya cukup bagus dan adil,tetapi benarkah sedemikian?

Ia berasal dari ideologi sosialis yang diamalkan beberapa lama dahulu oleh negara-negara komunis dan segelintir kuasa besar di rantau Eropah.Dan kita melihat di Malaysia,ia diperjuangkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang juga meneruskan perjuangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura.PAP itu sosialis,dan DAP itu juga sosialis.Akan tetapi,jika kita mengkaji sejarah,sosialisme ini sudah lama runtuh di Eropah dan digantikan dengan sistem kapitalis.Namun,kebanyakan kuasa Eropah bersembunyi di sebalik nama sosialis ini biarpun menegakkan ideologi kapitalis.

Jika politik Malaysia pada masa depan berasaskan kelas,maka runtuhlah perjuangan bangsa selama ini.Mungkin di sini,bunyinya agak perkauman,akan tetapi hakikatnya racialisme itu betul kerana sememangnya kestabilan politik di Malaysia adalah berdasarkan bangsa,iaitu keharmonian perhubungan antara kaum yang dijalinkan selama ini.Tetapi umum perlu mengetahui bahawa orang Melayu tidak boleh dilabelkan sebagai racist,hanya kerana mereka memperjuangkan hak-hak mereka sebagai mana yang termaktub di dalam Perlembagaan.Sekiranya orang Melayu ini racist,mereka sudah pastinya tidak akan memberi hak kepada kaum lain untuk berpolitik sepertimana yang dilakukan oleh Klu Klux Klan di Amerika Syarikat.

Perjuangan ke arah politik kelas ini sudah lama muncul sebenarnya di Malaysia apabila dibawa pertama kali oleh Lee Kuan Yew.Tetapi,kesan penerimaannya itu kurang ketara akibat tidak begitu dihiraukan oleh orang Melayu.Namun kini,kelihatan anak-anak muda kita yang terlalu liberal,lalu diterima pakai tanpa memikirkan kesan penerimaan tersebut.Dan mereka memahaminya dari sudut Barat.

Kesamarataan Barat

Banyak pendatang di negara-negara Eropah umpamanya tidak akan dianggap sebagai pendatang kecuali di Jerman dan Perancis.Akan tetapi,mereka ini diasimilasikan ke dalam budaya tempatan.Contohnya,Menteri Kehakiman Perancis merupakan orang Morocco asalnya,tetapi kini diasimilasikan kedalam budaya Perancis.

Tetapi situasi di Malaysia adalah amat berbeza.Walaupun keturunan kaum pendatang ini lahir di sini,tetapi budaya mereka masih asing.Mereka tidak tahu pun tentang sejarah Tanah Melayu dan lebih ironiknya lagi,ada di kalangan mereka tidak tahu pun berbahasa Melayu.

Masalah Budaya

Situasi yang disebutkan tadi terjadi kerana sikap liberal kita sehinggakan pendatang ini tidak tahu sejarah dan tidak mahu ambil endah soal Bahasa Melayu.Itu sebabnya mereka dipanggil sebagai pendatang,kerana tiada perubahan yang radikal berlaku dalam diri dari segi budaya dan penampilan.Mereka masih mendukung budaya dan sikap pendatang.Orang Cina umpamanya,mementingkan pendidikan Cina.Mereka belajar sastera,budaya dan sejarah asal mereka melebihi apa yang mereka patut belajar di sini.Kesannya,kaum-kaum yang berbeza identiti ini akan terus terpisah dalam compartment racist ini.

Daripada satu sudut,politik kelas adalah jalan untuk memecahkan gap antara kaum ini.Tetapi,dari sudut jangka masa panjang ia akan merugikan bumiputera buat selama-lamanya dimana mereka akan terus duduk di bawah.Tidak perlu pergi jauh;lihat sahaja Melayu di Singapura,apa jadi?Dengan itu,mungkin sudah tidak akan ada lagi golongan menengah dan atasan dari kalangan bumiputera.

Kesedaran

Adakah golongan Melayu Elit ini sedar akan kesan perubahan politik ini?Ya.Oleh itu,Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO berusaha sejak sekian lama untuk membina dan mengukuhkan kelas Melayu menengah,iaitu memperbanyakkan golongan profesional dari kalangan Melayu.UMNO sedar akan hal ini,tetapi tidak mampu untuk mengelak sekiranya ini berlaku.Hasilnya?Ramai bumiputera akan jadi golongan bawahan.
Itu sebabnya kerajaan perlu campur tangan di dalam mempertahankan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.Jika tidak,generasi bumiputera pada masa akan datang sudah tidak mampu untuk mendapat pendidikan tinggi,dan akhirnya,kelas menengah dan atasan bumiputera tadi,tidak mampu untuk dibentuk.

Perkara 153 dan relevansinya

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan diperuntukkan sebagai pembelaan untuk pembangunan sosio-ekonomi kaum bumiputera.Ini dijalankan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pelaksanaan DEB adalah bertujuan untuk:
Membela sesiapa sahaja yang tidak mampu
Akan tetapi kebetulan yang lemah itu majoritinya orang Melayu
Namun demikian,DEB masih relevan untuk semua kaum

Kita lihat senario politik dewasa ini,pembangkang cuba berusaha untuk menghapuskan Perkara 153 atas nama kesamarataan.Masalahnya kini,pemimpin-pemimpin UMNO tidak pandai berhujah dalam isu ini.Kerajaan sebenarnya membela semua lapisan dan golongan masyarakat tanpa mengira kaum.Tetapi UMNO tidak mendedahkan semua itu dan hanya menyebutkan Melayu sahaja.Sepatutnya ini perlu merangkumi kaum bumiputera Sabah dan Sarawak,barulah ia dapat menangkap imaginasi pelbagai kaum.

Di dalam suasana perpecahan antara orang Melayu sekarang,parti politik dan NGO Melayu perlulah merintis ke arah penyatuan secara total.Ini perlu dilakukan dengan memperjelas dan mempertahankan perkara 153 Perlembagaan.Hak ini perlu dipertahankan sehinggalah ke tahap kita boleh menuntut untuk membahagikan kekayaan negara.Yang salah ketika ini,kita membahagi-bahagikan ekuiti yang sebenarnya tiada makna.Kita perlulah adil mengikut populasi.

Melayu Liberal

Golongan ini adalah mereka yang tidak terlibat di dalam sejarah bangsa ataupun tidak tahu sejarah bangsa.Kebanyakannya lahir selepas merdeka.Mereka cuma tahu modern legal politics yang secara jelasnya terpengaruh dengan prinsip-prinsip kebebasan Amerika Syarikat.
Sebenarnya,jikalau kita lihat Amerika sekalipun tidaklah mengamalkan liberalisasi secara total.Hanya sekarang barulah orang Afro-Amerika baru mendapat tempat yang tinggi di dalam sistem politiknya.Itu pun,Barack Obama di dalam Parti Demokrat.Dia tidak akan dapat tempat yang serupa jika berada di dalam Parti Republikan.Ini kerana Republikan juga masih mempertahankan sistem politik berasaskan kaum.

Akan muncul juga suatu hari nanti di Malaysia,dua golongan politik.Salah satunya memperjuangkan politik kelas seperti Demokrat dan yang lain mempertahankan racial politics seperti Republikan di Amerika dan Parti Konservatif di England.

Perlu kita mengetahui bahawa semua ini bakal terjadi bukanlah kerana lemahnya politik Melayu,tetapi lemahnya pemikiran pemimpin-pemimpin Melayu,terutamanya pada masa sekarang.Mereka tidak dapat menterjemahkan Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya mempertahankannya.Kita mampu mengatasi kepincangan yang berlaku pada masa kini sekiranya ramai pemimpin yang berfikiran seperti Tunku Abdul Rahman.Tetapi Tunku sendiri menjadi liberal sehinggalah tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.Jikalau kita dapat memperjelaskan Perlembagaan kepada rakyat Malaysia,masalah yang kita hadapi kini sudah semestinya tidak akan sampai ke tahap sebegini.

Tuesday, October 28, 2008

Kontrak Sosial Malaysia-Dipetik dari Chedet.com

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Saturday, October 25, 2008

Pengumuman Blog

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman pengunjung-pengunjung blog ini,saya baru sahaja menamatkan kursus kenegaraan anjuran Biro Tatanegara (BTN) di KBN Tanjung Rhu,Sepang yang telah bermula pada 20 Oktober yang lepas.Oleh yang demikian,sepanjang tempoh ini saya tidak mengemaskinikan blog ini.

Insya Allah,dalam penulisan yang akan datang,saya akan memasukkan input serta pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini.

Dan seterusnya,saya ingin memaklumkan bahawa permohonan saya untuk mendapatkan penginapan tahunan di Massey University telah pun diterima.Saya akan tinggal di Kairanga Court yang lebih kurang 2 minit berjalan kaki ke dewan kuliah Bangunan Riddet.Sekarang ini,saya hanya perlu melengkapkan beberapa dokumen untuk mengesahkan penerimaan tawaran ini.

Urusan-urusan yang lain selepas ini ialah pemeriksaan kesihatan dan melengkapkan borang permohonan untuk mendapatkan visa.

Jadi sama-sama kita doakan agar saya dan rakan-rakan lain berjaya akhirnya untuk melanjutkan pelajaran ke Australia dan New Zealand pada tahun depan,Insya Allah.....

Sekian,terima kasih.

Mohd Nadly Aizat Mohd Nudri.

Tuesday, October 14, 2008

Al-Quran atau Bible,manakah Kalam Allah sebenar?-Bahagian Akhir.

Pada bahagian perbincangan yang terakhir ini,saya akan mengupas secara umum perbandingan di antara Bible dan Al-Quran,dek kerana kesuntukan masa dan kesempatan,di samping memberi peluang kepada topik-topik yang lain pula untuk diperbincangkan.Saya akan cuba menulis dengan cara yang mudah difahami oleh pembaca sekalian,Insya Allah….
Penekanan diberikan atas berapa aspek.Ayuh,kita mulakan.

Percanggahan (contradiction)

Allah SWT sebenarnya telah menyatakan kepada kita,bagaimana hendak mengenalpasti sesuatu inskripsi agama,sama ada ia datang dari Allah,mahupun tidak.Ujian ini ada di dalam Al-Quran,iaitu di dalam surah Nisaa,ayat yang ke-82;

Photobucket

Ujian ini boleh dilakukan terhadap mana-mana buku yang didakwa Kalam Allah.Kita cuma perlu melihat sama ada ia konsisten dengan dirinya sendiri.

Tetapi,ada pihak di kalangan umat Kristian sendiri yang mendakwa terdapat lebih 50 000 kesilapan fakta di dalam Bible!

Photobucket

Di dalam entri ini,saya akan berikan satu contoh kontradiksi daripada The New Testament,iaitu dari Gospel of John,Chapter 18,verse number 9 (John 18:9);

That the saying might be fulfilled,
which He spoke;
"Of those whom You gave Me,
I have lost none."


Di dalam ayat ini,Jesus berdoa kepada Tuhan dan menyatakan bahawa dia tidak akan kehilangan "mereka",iaitu kesemua 12 orang pengikutnya (Twelve’s Disciples) setelah apa dan yang akan berlaku terhadap dirinya.

TETAPI,di dalam Bab sebelumnya,iaitu Bab ke-17,di dalam ayat ke-12 (John 17:12) :

While I was with them in the world,
I kept them in Your name.
Those whom You gave me;
I have kept;And none is lost,
EXCEPT the son of perdition.


‘Son of perdition’ di sini merujuk kepada Judas Iscariot.Bermaksud,di dalam bab ini,Jesus kehilangan Judas Iscariot yang berpaling tadah terhadapnya dan menyertai pendita Yahudi,seterusnya membawa kepada penyaliban Jesus.

Di dalam Bab 18 tadi Jesus berkata dia tidak kehilangan mana-mana pengikut Dua Belas nya.Tetapi di dalam Bab 17 pula,Jesus berkata dia hilang seorang pengikutnya.

MANA SATU YANG BETUL?

Sekiranya situasi ini berlaku di mahkamah,di mana seorang saksi memberi kenyataan yang bercanggah pada dua masa yang berlainan,dia boleh didakwa atas kesalahan memberi kenyataan palsu.Fikir-fikirkan……..

Sifat Allah SWT

Di dalam Bible,iaitu mulanya di dalam Book of Genesis,kita diberitahu bahawa Allah menciptakan alam semesta ini dalam tempoh enam hari.Dan,menurut Book of Exodus,Chapter 31,verse number 17,Allah telah ‘berehat’ dan ‘tidur’.Bermaksud apabila setelah kerja keras selama enam hari mencipta alam ini, Allah terpaksa berehat pula?

Ini adalah karut sepenuhnya dan menghina Allah sebagai Tuhan sekalian alam.

Menurut Al-Quran pula,di dalam Surah Qaf,ayat 38 yang berbunyi;

"We created the heavens and the earth and all between them in six Days; nor did any sense of weariness touch Us"

Ayat ini membuktikan sifat ketuhanan Allah yang sebenar,iaitu suci daripada rasa letih dan lemah yang mana ia merupakan sifat manusia.

Jadi,pilihan terserah kepada anda;sama ada sifat Tuhan yang diterangkan di dalam Bible yang mana perlukan rehat dan tidur,mahupun Al-Quran yang mengesahkan kekuasaan-Nya sebagai Tuhan sekalian alam.

The Omnipotence of God

Ini adalah yang terakhir.

Di dalam Bible,iaitu di dalam the New Testament,Mark menceritakan di dalam Injilnya; (Mark 10:27);

But looking at them,Jesus said;
"With men it is impossible,
but not with God;for with God
all things are possible."


Setuju di situ.Al-Quran mengesahkannya kerana apabila Allah inginkan sesuatu itu terjadi (Kun), maka jadilah ia (Fayakun).

Akan tetapi,di dalam Old Testament ada ayat yang menafikannya.
Di dalam Book of Judges,Chapter 1,verse number 19 (Judges 1:19);

So the Lord was with Judah.
And they drove out the inhabitants of the mountains,
but they COULD NOT drive out the inhabitants of the
lowlands;because they had the chariots of iron.


Lord yang dimaksudkan ialah Tuhan,manakala Judah adalah dari keturunan Israel.Adalah suatu bentuk anomali apabila Tuhan tidak berkuasa menghalau penduduk tanah rendah hanya kerana mereka mempunyai ‘kereta kebal’??

Sedangkan di dalam Al-Quran tertulis di dalam surah Buruj;

"Doer of all that He intends"

Sekali lagi,pilihan terletak di tangan anda.

Al-Quran ataupun Bible,yang manakah Kalam Allah yang sebenar??
Sekian sahaja untuk kali ini.Mudah-mudahan anda memperoleh manfaat daripada hasil penulisan saya ini.Insya Allah,saya akan terus menulis pada masa yang akan datang dengan topik yang lain pula,sama ada di dalam skop perbandingan agama ataupun yang luar.

Jazakallah...

Monday, October 13, 2008

Pertahan Perkara 153

Perkembangan politik negara selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-12 menyaksikan pelbagai perkara yang sepatutnya tidak menjadi pertikaian kini mula dipersoalkan.Satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam terus menjadi sasaran pihak tertentu terutama parti pembangkang dalam usaha kononnya untuk mewujudkan kesamarataan antara kaum di negara ini.

Akibatnya, apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mula menjadi sasaran serangan, malah demi kepentingan politik, parti-parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus melakukan tindakan yang cenderung kearah menggugat apa yang sudah ditentukan oleh Perlembagaan.Antara yang paling menjadi sasaran ialah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu.Kononnya atas menegakkan prinsip kesamarataan dan keadilan,peruntukan ini cuba diganggu gugat.Tanpa mahu menoleh kepada sejarah pahit getir mewujudkan perkara 153,desakan terus ditujukan seolah-olah mahu menjadikan peruntukan ini hanya menjadi catitan sejarah.

Perkara 153 bukan sebarangan peruntukan dalam Perlembagaan,malah ia menjadi tonggak utama dalam penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Justeru,sebarang usaha untuk menghapuskan DEB sama seperti ‘membunuh’ perkara 153 yang memberi peruntukan istimewa kepada orang Melayu.

Kaitan

Penggubalan DEB dicetuskan pada era Tunku Abdul Rahman.Ini adalah suatu permulaan perjuangan ekonomi bangsa setelah 450 tahun di dalam sejarah ketamadunan Melaka.
Melaka pada ketika itu merupakan suatu tamadun yang cemerlang.Ia adalah usaha bagi menterjemahkan satu kehebatan Melayu menjadi tamadun yang diikhtiraf oleh ahli-ahli sejarah dunia.

Perjuangan ekonomi di Melaka bermula apabila orang Melayu menunjukkan kebolehan dengan mentranformasikan sebuah kampung nelayan yang kecil di muara sungai Melaka menjadi suatu bandar kemakmuran yang mampu menarik pelabur-pelabur di rantau ini dan luar sehingga ke Timur Tengah.

Tidak mungkin orang Melayu dapat menjadikan Melaka sebuah kuasa penakluk dan pusat ilmu kecuali kebolehan orang Melayu mengeluarkan pemimpin,pengurus,dan pekerja yang baik-inilah yang menyusun sesebuah tamadun.

Apabila kalah pada Portugis pada tahun 1511,kita lihat orang Melayu mula dipinggirkan dengan tinggal di kampung-kampung dan mengusahakan aktiviti yang kurang produktif.
Oleh kerana ketika itu sistem feudal diamalkan,orang Melayu tidak mampu jadi produktif kerana kerana hasil mereka sebahagian besarnya terpaksa diberikan kepada raja dan bangsawan.Akibatnya,mereka jadi miskin dan papa kedana.

Hanya pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein,penggubalan terhadap DEB dibuat atas kefahaman bahawa adanya perkara 153 dalam Perlembagaan yang memberikan hak istimewa orang Melayu.Peruntukan itu termasuklah dari segi pemberian permit,biasiswa,agama Islam,bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Semua itu telah mendorong DEB digubal.Langkah mewujudkan DEB itu bertujuan bagi memastikan pembelaan terhadap orang miskin yang selama 450 tahun tertekan di bawah tapak kaki penjajah.

Atas sebab itulah dalam sejarah moden Malaysia,perjuangan ekonomi bangsa bermula apabila DEB digubal.Ini kerana DEB bertunjangkan pembanterasan kemiskinan dan juga penyusunan semula masyarakat.Ia wujud daripada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan ia mampu dipertahankan biarpun menghadapi pelbagai cabaran dan kecaman daripada pihak tertentu hari ini.

Pengikhtirafan kepada Pribumi

Mungkin ada yang bertanya kenapa Melayu jadi penduduk asal?Kenapa tidak orang Asli yang lebih awal tidak diikhtiraf sebagai memulakan tamadun?Mengikut pengukuran sejarah sesuatu bangsa itu kebolehan mewujudkan tamadun akan menjadi asas pengikhtirafan.Dari segi sejarah,pengikhtirafan pribumi diberikan kepada orang Melayu kerana kita terawal,biarpun ada orang Asli.Ini kerana mereka tidak mewujudkan ketamadunan.

Dalam mewujudkan perkara 153 dalam Perlembagaan,ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.Perjuangan mewujudkan Perlembagaan Malaysia yang di dalamnya terkandung perkara 153 ialah perjalanan sejarah yang lebih jauh daripada ketika wujudnya kumpulan Tunku Abdul Rahman mengambil alih pentadbiran daripada Dato’ Onn Jaafar.

Ia lebih awal kerana Tunku muncul di penghujung.Apa yang ingin saya katakan,perjuangan untuk mewujudkan perkara 153 ini sudah wujud sejak zaman komunis lagi.Inilah cabaran pertama.Apabila Bintang Tiga keluar dari hutan ia adalah permulaan kepada suatu usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Bintang Tiga telah membunuh orang Melayu kerana disyaki bersubahat dengan Jepun.Kemudian apabila Bintang Tiga sudah membalas dendam dia berhasrat untuk mengisi kekosongan pemerintahan negara ini.Maknanya,langkah itu bakal memberi pengikhtirafan yang sama rata kepada orang Melayu,Cina,dan India.Walaupun Bintang Tiga ditentang keras namun masih berjaya juga mempengaruhi segelintir orang Melayu.

Seandainya republik diwujudkan maka dengan sendirinya Perkara 153 tidak akan wujud.
Malang dalam usaha itu,orang yang sama menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi dengan babak yang berbeza.Inilah cabaran kedua kepada orang Melayu kerana matlamat PKM sama iaitu menjadikan Malaya sebuah republik.Darurat terpaksa diisytiharkan dari tahun 1946 hingga 1960.

Perbuatan PKM ini adalah suatu pukulan kepada sistem politik yang berasaskan kepada Keluhuran Perlembagaan yang mana perlembagaan itu mempunyai suatu peruntukan yang memberi pengikhtirafan kepada penduduk pribumi.Ribuan warga keselamatan kita gugur sepanjang darurat tersebut,dan mereka ini bukannya mati katak.Mereka mati untuk mempertahankan Malaya yang harus dibentuk dengan Perlembagaan tertentu yang mana ia memberikan pengikhtirafan kepada pribumi.

Titisan darah wira-wira yang terkorban harus dikenang dengan pengikhtirafan tersebut.Kita mesti menghargai pengorbanan mereka yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan.Orang ini menjadi asas yang membolehkan pemimpin-pemimpin bergerak untuk mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu merdeka.

Siapa mereka ini,jarang sekali atau tidak pernah disebut.Walaupun mereka dilihat berjuang demi mempertahankan kedaulatan Malaya,tetapi di jiwa sanubari mereka ialah untuk melihat kewujudan sebuah Malaya yang mana Melayu menjadi tonggaknya.

Cabaran ketiga yang dihadapi oleh DEB berkaitan perkara 153 ialah apabila British cuba mewujudkan Malayan Union.Ia sebenarnya suatu konsep republik sebagaimana yang diperjuangkan oleh PKM dan Bintang Tiga.Sebab itulah dalam Malayan Union,terdapat peruntukan untuk memberi hak kerakyatan berdasarkan jus soli-ertinya siapa saja yang berpijak di bumi Malaya maka ia akan menjadi rakyat Malaya.

Menggugat

Gabenor British pada ketika itu mempengaruhi Dato’ Onn Jaafar untuk memastikan parti UMNO yang menggabungkan kekuatan orang Melayu itu dapat dibendung.British mempengaruhi Dato’ Onn dan mendesak beliau supaya UMNO mesti membuka keahlian kepada bukan Melayu.Secara harfiahnya,dengan berbuat demikian bererti menerima Malayan Union.British menjalankan satu politik yang memperalatkan Dato’ Onn Jaafar melalui platform UMNO.

Konsep Malayan Union ini sama seperti mana konsep yang diperjuangkan oleh PKM dan Bintang Tiga.Gabenor British memberi syarat kalau Dato’ Onn ingin melihat Tanah Melayu merdeka,orang lain harus mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.

Pendekatan ini juga cuba membuka keahlian UMNO pada masa itu kepada orang bukan Melayu supaya UMNO menjadi landasan untuk memilih kemerdekaan melalui gagasan Malayan Union.
Tetapi,apabila orang Melayu tahu bahawa sekali lagi kedudukan raja tidak dihormati,hak keistimewaan orang Melayu tidak dihargai dan soal agama dipinggirkan maka mereka menolak idea tersebut dan Dato’ Onn Jaafar.Semua itu adalah cabaran ketiga dalam mempertahankan Perkara 153.

Ini adalah hasil pengorbanan Orang Melayu;orang Melayu ditindas selama 450 tahun,orang Melayu kena bunuh bersubahat dengan orang Jepun dan Bintang Tiga,dan kemudiannya diperkudakan British dengan cubaan memanipulasikan UMNO.

Malaysian Malaysia

Ini merupakan cabaran keempat didalam usaha mempertahankan perkara 153.Ia berlaku apabila Lee Kuan Yew yang menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperkenalkan konsep Malaysian Malaysia.-konsep ini sebenarnya dijenamakan semula kerana matlamatnya sama iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Ertinya,mereka tidak dapat menerima kewujudan Perkara 153,apabila mereka berbuat demikian bermakna mereka tidak dapat menerima DEB.PKR kata hendak ganti DEB kepada Agenda Ekonomi Malaysia.

Jika dikaji, Kuan Yew pada masa itu menggempur kekuatan UMNO dan Perikatan di Semenanjung.Kedudukan itu menyebabkan orang Melayu tercabar buat kali keempat dalam sejarah kita.Apa yang dikemukakan Kuan Yew pada masa itu disokong oleh semua orang Cina Singapura dan jika ia disokong oleh orang Cina Semenanjung,Sabah dan Sarawak mungkin falsafah Malaysian Malaysia itu bakal menjadi kenyataan.

Kini kita cuba menempuh cabaran kelima apabila secara terang-terangan konsep Malaysian Malaysia atau konsep ’sama rata sama rasa’ cuba diperjuangkan oleh pembangkang.Dengan menjadikan perkara itu sebagai tonggak kenegaraan,bererti Melayu tidak lagi menjadi tonggak.
Dalam sejarah dunia tidak ada banyak negara dalam tempoh 30 tahun boleh mentransformasikan negara kepada keadaan yang lebih elok.Terlalu banyak negara yang mencapai kemerdekaan sebelum Malaysia terus dicengkam dan diabdikan oleh kuasa besar dunia.

Langkah Terbaik

Kita perlu memperkukuhkan ekonomi negara ini.Ia kerana ekonomi menjadi ukuran kekuatan dan maruah sesebuah negara.Lihatlah Singapura, saiznya mungkin sama besar dengan negeri Melaka tetapi saiz ekonominya sama dengan saiz ekonomi Malaysia.Begitu juga dengan Jepun berbanding China.Semua ini didorong oleh saiz ekonomi.

Kita melihat bahawa pembangkang menganggap dengan adanya perkara 153 dan DEB ia adalah suatu unsur yang mengukuhkan dominasi orang Melayu dalam sistem politik kita.Sejarah telah meletakkan Perlembagaan kita yang dalamnya ada Perkara 153 dan dari situ melahirkan DEB yang membawa pembelaan kepada orang miskin,daif dan terhina ini.Peminggiran golongan ini yang dilakukan sejak 1511 telah meningkat pada tahap yang begitu hebat.Walaupun sama-sama naik tetapi masih banyak lagi lompang antara kaum, jurang antara bandar dan luar bandar.

Pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) melihat ada bukti-bukti yang boleh dieksploitasi kerana perjuangan orang-orang dulu melahirkan satu perlembagaan yang ada perkara 153.Selagi DEB yang mentransformasikan golongan miskin ini menjadi kumpulan sederhana dan makmur terus wujud, selagi itulah tiada parti yang dapat menggantikan UMNO.Maknanya,dominasi Melayu dalam sistem politik kita akan kekal sampai bila-bila.

Strategi pembangkang ialah,mesti memperlekehkan DEB dan mengubah dasar ini supaya jangan menjadi suatu pembuktian yang kuat bahawa perjuangan kita memberi kerakyatan kepada bukan Melayu ini dapat diketepikan untuk membolehkan pembangkang mendominasikannya.
Mereka menggunakan alasan kononnya globalisasi dan nilai-nilai universal, ini telah banyak mempengaruhi golongan muda kita yang buta tentang laluan sejarah. Kalau kita sendiri tidak memberikan penghargaan terhadap pejuang-pejuang terdahulu yang gugur bagi membolehkan pembentukan asas Perlembagaan,generasi muda kita akan mudah dipengaruhi.Itulah sebenarnya rasional penggantian DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia.

Agenda Ekonomi Malaysia ini harus ditolak.Filosofi dalam agenda itu ialah memberi pengikhtirafan kepada semua kaum dengan metodologi yang bertentangan dengan DEB.DEB lebih kepada status sosial sesuatu kaum.

Kalau populasi bumiputera 65 ,peratus haknya lebihlah dengan kaum yang 25 peratus atau dengan yang tujuh peratus.Kita mestilah mengikut keadilan kependudukan.Tetapi asas Agenda Ekonomi Malaysia ialah pengagihan yang sama rata.Itu bukan keadilan tetapi kesamarataan yang diasaskan oleh agenda berkenaan dengan DEB.

Penutup

Perkara ini perlu disebutkan supaya rakyat Malaysia faham akan laluan dan rentetan sejarah.Dalam memahami cita-cita untuk lebih makmur dan berilmu, pada masa yang sama kita telah lupa pengorbanan golongan terdahulu terutama wira-wira kita dan orang Melayu yang telah banyak berkorban dan terkorban dalam menegakkan Perlembagaan ketika itu.
Seharusnya ada satu penghargaan terhadap apa yang telah kita buat pada masa yang lalu tentang cita-cita, pengorbanan dan titisan darah sehingga Tunku Abdul Rahman berjaya menuntut tarikh kemerdekaan kita pada 31 Ogos 1957.Jika kita tahu laluan sejarah,kontrak sosial dan DEB sudah pasti tidak akan jadi persoalan.Tetapi kini,bukan sahaja debat yang berlaku tetapi nak menghapuskan kedudukan.

DEB bukanlah bertujuan menindas kaum lain sebaliknya untuk membela mereka yang lemah tanpa mengira kaum.Kebetulanlah pula,banyak yang lemah dan miskin itu adalah orang Melayu.Justeru,ideologi bawaan pembangkang ini harus difahami oleh rakyat Malaysia yang rasional dan mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

Tetapi mengapa pula sokongan orang Melayu kini kelihatannya diberi kepada pembangkang?Mungkin mereka tidak tahu sejarah,atau mungkin juga tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku ketika ini.Orang ini lebih mudah dikembalikan kefahaman dan penghayatan bagaimana kita harus membina semangat patriotisme berasaskan kepada kronologi sejarah yang jelas.
Akhir kata,kita harus menghargai sejarah mengenai betapa susahnya menghadapi keganasan dan kepayahan untuk menegak apa yang ada pada hari ini yang telah teruji sejak 51 tahun kita merdeka.