Tuesday, April 21, 2009

Easter Trip 2 (Edutrip)- Auckland

Alhamdulillah,saya sudah pun menyudahkan dua trip yang saya rancang untuk cuti Easter ini,iaitu ke Wellington (13-15 April) dan juga ke Auckland (17-20 April).Sila baca entri saya di blog Rentaka Malawati untuk membaca kisah saya di Wellington.

Trip ke Auckland ini sebenarnya bukanlah suatu trip makan angin semata-mata.Perginya saya ke sana adalah untuk menghadiri suatu program ceramah anjuran bersama Belia Cergas Auckland (BECA),Kelab UMNO New Zealand,dan Ikatan Persaudaraan Islam Malaysia (ISMA).Program selama dua hari yang bertajuk "Antara Hari ini Dan Semalam" ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang juga merupakan seorang ahli ISMA dari Malaysia.Beliau juga menulis di dalam blog peribadinya, Satu Perkongsian .

Saya pergi ke sana dengan empat orang lagi kawan-kawan iaitu saudara Lutfi,Hafezz,Hafiz dan juga Afnan.Kami bertolak pada pagi Jumaat 17 April dari Palmerston North dengan kereta milik Hafezz dan mengambil masa sekitar 10 jam sebelum tiba di Auckland.Kami singgah di beberapa tempat seperti di Napier dan kemudian di Lake Taupo untuk mengisi minyak,solat jamak dan makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan.

Sebelum sampai di Auckland,kami singgah sebentar di rumah pelajar Malaysia di University of Waikato,Hamilton.Mereka merupakan rakan kepada Hafezz dan juga Lutfi.Kami dijamu sedikit makanan sebelum terus ke Auckland yang mana perjalanannya mengambil masa sekitar sejam setengah.

Rumah pelajar Malaysia di Hamilton

Kami sampai di Auckland dalam pukul 8 malam.Saya dan Afnan menginap di apartment milik Syafiq Ashraf dan Shariful Fadzli (senior saya di KMS).

Program bermula keesokan harinya pada sekitar jam 9.30 pagi.Ustaz Fauzi menyampaikan ceramah pertamanya yang bertajuk "Inilah Sejarah Kita" yang meliputi sejarah jatuh bangunnya umat Islam dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang.
Ceramah ini tamat sekitar jam 4 petang.Kami mengambil peluang atas kelapangan masa pada petang dan malam selepas ceramah itu untuk berjalan-jalan di sekitar Auckland.Destinasi kami pada hari itu ialah sekitar Queen Street yang menjadi tarikan pelancong ke Auckland,Sky Tower,
dan beberapa tempat lagi yang lain.



Ceramah ke dua bermula pada hari Ahad pagi,kali ini bertempat di Bangunan Kejuruteraan University of Auckland.Ceramah ini bertajuk "Usul 20" yang mana asalnya di usulkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.Ceramah ini berakhir pada sekitar jam 4 petang.Slot terakhir pula bermula pada jam 8 malam di University Lodge iaitu dengan tajuk "Selamat tinggal jahiliyah".Ustaz Fauzi bertolak ke Melbourne,Australia pula pada jam 6.30 pagi keesokan harinya untuk suatu program yang lain.

Bangunan Kejuruteraan University of Auckland

Auckland pada waktu malam


Kami bertolak pulang ke Palmerston North pada pagi Isnin jam 9 pagi.Di dalam perjalanan pulang,kami singgah di Rotorua untuk solat,makan tengahari dan bermain "luge".Sebenarnya,saya ingin mencuba "bungy jumping",tapi dek kerana hujan lebat dan angin kencang sepanjang hari dari Auckland sehingga ke Rotorua,saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas faktor keselamatan.

Ketika di I-Site,Rotorua
Bergambar sebelum bermain "luge"
Luge (go kart turun bukit yang xde enjin)

Bergambar di Rotorua Spring Park yang banyak di Rotorua.

Kami bergerak pulang pada sekitar jam 5 petang,singgah di Taupo untuk solat Maghrib dan mengisi minyak.Kami melalui jalan yang lain pula untuk pulang ke Palmerston North,iaitu melalui Desert Road dan Tongariro National Park.Pemandangan di sini cukup menarik,tapi tidak dapat saya lihat kerana hari sudah malam.

Alhamdulillah,kami selamat sampai di Palmerston North pada sekitar jam 10.30 malam iaitu setelah 13 jam perjalanan.Insya Allah,pada kesempatan yang lain saya akan menjelajah ke Pulau Selatan pula ( yang mana telah dijelajahi Cik Siti Fairuz dan juga Ain Haris).Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Lutfi Sheikh Ghazali dan Khairul Afnan kerana mengajak saya menyertai trip kali ini.

Friday, April 10, 2009

Pelik

1.Kenapa orang sekarang lebih percaya fitnah dari fakta?

2.Kenapa orang sekarang lebih terikut-terikut akan persepsi yang dangkal terhadap seseorang berbanding prestasinya?

3.Kenapa orang sekarang lebih terikut-ikut akan emosi masing-masing dari pertimbangan akal yang waras dan matang walhal belajar tinggi-tinggi semuanya?

Pelik

Pelik

Pelik.........

Saturday, April 4, 2009

Muslim Gathering at Massey

Pada hari Sabtu 4 April yang lalu,telah diadakan suatu majlis barbeku anjuran Massey Muslim Society (MMS).Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara ahli-ahli dalam komuniti Muslim di Massey University ini.

Majlis ini bertempat di International Community Centre (ICC) yang tidak jauh dari asrama penginapan saya.Majlis bermula pada jam 5 petang,iaitu lebih kurang selepas solat Asar.Kira-kira 50 orang yang telah datang untuk menjayakan program ini.

Majlis bermula dengan ucapan ringkas daripada jawatankuasa MMS sendiri dan sedikit tazkirah.Selepas itu barulah hadirin menjamu selera.Majlis tamat sekitar jam 7 malam sebelum solat Maghrib.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang aktiviti ini berlangsung.