Pada hari Sabtu 4 April yang lalu,telah diadakan suatu majlis barbeku anjuran Massey Muslim Society (MMS).Majlis ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara ahli-ahli dalam komuniti Muslim di Massey University ini.
Majlis ini bertempat di International Community Centre (ICC) yang tidak jauh dari asrama penginapan saya.Majlis bermula pada jam 5 petang,iaitu lebih kurang selepas solat Asar.Kira-kira 50 orang yang telah datang untuk menjayakan program ini.
Majlis bermula dengan ucapan ringkas daripada jawatankuasa MMS sendiri dan sedikit tazkirah.Selepas itu barulah hadirin menjamu selera.Majlis tamat sekitar jam 7 malam sebelum solat Maghrib.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang aktiviti ini berlangsung.
3 comments:
alhamdulillah
seronok tgk benda2 mcm ni.. muslim saling bersatu.. buat majlis sama2 n opened.. dekat france ni, smua ni agak mustahil.. tersgtlah sensitif isu² agama kat sini...
pape pun, insyaALLAH smua ni ada hikmah, n betullah, Islam itu akan dtg dlm keadaan asing, n kembali dtg keadaan asing juga.. maka beruntunglah org² asing itu...
Alhamdulillah...beruntung sket coz kat cnie Muslim Association dye sangat aktif...mcm2 aktiviti ade dirancang spanjang taun n lg best sume take part xkira dye tuh Mesia,Pakistan or Arab...
seronoknya...
wahhhhhhhh...
tetiba teringin nak ke luar negara rase camne kehidupan kat sana..
at other side of view..
you are so lucky nadly..
(eh betul ke aku speaking nih.)
ahhahaa
(^_^)
Post a Comment