Sunday, March 29, 2009

Pengumuman Blog-29 Mac 2009

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak kerap mengemaskini blog ini.Kesibukan mula saya rasai sebagai pelajar Massey University ini.Dengan pelbagai tugasan,ulangkaji dan lebih-lebih lagi bermulanya musim Ujian Pertengahan Semester (Fizik pada Rabu ini),agak sukar bagi saya untuk menulis di dalam ruangan ini.

Insya Allah,saya akan cuba sedaya yang boleh untuk mengemaskinikan blog ini jika ada kelapangan.

Antara ruang masa yang agak senggang bagi saya ialah pada cuti Easter yang akan datang, di mana saya merancang untuk berkunjung ke Wellington (sekitar 11-12 April), dan juga ke Auckland (sekitar 17-19 April).

Mudah-mudahan tiada masalah,Insya Allah.

Dan,berikut adalah sedikit sedutan dari www.youtube.com, di mana Imam besar Masjid Kuwait City,Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy sedang membacakan surah Taha,ayat 1-55.

No comments: