Saturday, March 14, 2009

Tahniah

Assalamualaikum,

Saya dengan ini ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar SM Sains Alam Shah (ASiS) generasi ke-5 (ReformasiV) di atas kejayaan di dalam peperiksaan SPM yang baru sahaja diumumkan.

Secara tidak rasmi,lebih kurang 100 orang pelajar mendapat semua A dalam 10 subjek yang diambil,dan ASiS berjaya mengekalkan kedudukan selaku antara 3 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terbaik.

Mudah-mudahan ASiS akan terus menempa kecemerlangan dan kegemilangan pada masa yang akan datang,Insya Allah.


"Kamilah penuntut yang setia,
Rajin usaha asas kita semua,
Bersatu kita teguh usaha bersama,
Majulah Sains Alam Shah.."

No comments: