Trip ke Auckland ini sebenarnya bukanlah suatu trip makan angin semata-mata.Perginya saya ke sana adalah untuk menghadiri suatu program ceramah anjuran bersama Belia Cergas Auckland (BECA),Kelab UMNO New Zealand,dan Ikatan Persaudaraan Islam Malaysia (ISMA).Program selama dua hari yang bertajuk "Antara Hari ini Dan Semalam" ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang juga merupakan seorang ahli ISMA dari Malaysia.Beliau juga menulis di dalam blog peribadinya, Satu Perkongsian .
Saya pergi ke sana dengan empat orang lagi kawan-kawan iaitu saudara Lutfi,Hafezz,Hafiz dan juga Afnan.Kami bertolak pada pagi Jumaat 17 April dari Palmerston North dengan kereta milik Hafezz dan mengambil masa sekitar 10 jam sebelum tiba di Auckland.Kami singgah di beberapa tempat seperti di Napier dan kemudian di Lake Taupo untuk mengisi minyak,solat jamak dan makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan.


Kami sampai di Auckland dalam pukul 8 malam.Saya dan Afnan menginap di apartment milik Syafiq Ashraf dan Shariful Fadzli (senior saya di KMS).
Program bermula keesokan harinya pada sekitar jam 9.30 pagi.Ustaz Fauzi menyampaikan ceramah pertamanya yang bertajuk "Inilah Sejarah Kita" yang meliputi sejarah jatuh bangunnya umat Islam dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah sekarang.

dan beberapa tempat lagi yang lain.


Ceramah ke dua bermula pada hari Ahad pagi,kali ini bertempat di Bangunan Kejuruteraan University of Auckland.Ceramah ini bertajuk "Usul 20" yang mana asalnya di usulkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.Ceramah ini berakhir pada sekitar jam 4 petang.Slot terakhir pula bermula pada jam 8 malam di University Lodge iaitu dengan tajuk "Selamat tinggal jahiliyah".Ustaz Fauzi bertolak ke Melbourne,Australia pula pada jam 6.30 pagi keesokan harinya untuk suatu program yang lain.


Kami bertolak pulang ke Palmerston North pada pagi Isnin jam 9 pagi.Di dalam perjalanan pulang,kami singgah di Rotorua untuk solat,makan tengahari dan bermain "luge".Sebenarnya,saya ingin mencuba "bungy jumping",tapi dek kerana hujan lebat dan angin kencang sepanjang hari dari Auckland sehingga ke Rotorua,saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut atas faktor keselamatan.




Kami bergerak pulang pada sekitar jam 5 petang,singgah di Taupo untuk solat Maghrib dan mengisi minyak.Kami melalui jalan yang lain pula untuk pulang ke Palmerston North,iaitu melalui Desert Road dan Tongariro National Park.Pemandangan di sini cukup menarik,tapi tidak dapat saya lihat kerana hari sudah malam.

1 comment:
cantiknye NZ...bile la nak pergi sana ni..hihi
Post a Comment