Tuesday, December 22, 2009

Kisah Tok Imam dan Tiga Lelaki

Di sebuah kampung, ada tiga orang remaja yang suka melepak. Seorang bernama Ali, seorang Budin, dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian tiga pemuda yang suka melepak tidak mengira masa, menyebabkan seorang tok imam di kampung itu tak senang duduk.

Pada suatu petang, tok imam datang ke tempat mereka lepak dengan niat hendak tarbiah tiga pemuda ini.

Maka ketika itulah berlaku beberapa insiden cabar mencabar.Tok imam mencabar si mangkuk hayun tiga ekor itu berjemaah di surau, bila masuk waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?Tak apa, nanti kami buktikan yang kami bukan jahil seperti yang disangka."

Maka, apabila masuk waktu Maghrib pergilah si mangkuk hayun tiga serangkai itu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus Ali laungkan azan sekuat hati, "Allah Taala...Allah Taala...".

Segera Tok imam merampas mikrofon dari tangan Ali dan suruh tok bilal azan semula. Tok imam bengang, Ali jahil tak pandai azan.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang, tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk juga.

Masuk kali ke-3, Budin panggil tok imam: "Tok! Tok! Duduk kat belakang,biar saya jadi imam!"
Tok imam pun undur setapak ke belakang.Budin pun maju setapak ke depan, lalu angkat takbiratul ihram: "Allahu Akbar!"

Maka, para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Tiba-tiba saja si Budin pusing ke belakang sambil berkata: "Aaaaa, tengok! Sekali je tokkkk!!"

Batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak kerana solat sudah terbatal.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam.Si Ciko pun terus ke depan, jadi imam solat Maghrib, bermula dari takbir sampai tahiyat akhir. Siap dengan wirid-wiridnya sekali, selepas sembahyang. Tok imam yang tengok pun punyalah respek dengan si Ciko ni.

Lepas solat, tok imam tak habis-habis memuji si Ciko. Bagi tok imam, si Ciko layak menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampung itu.

Si Ciko, selepas mendengar tok imam memujinya terus jadi bongkak.Dengan penuh bangga Ciko pun berkata,

"Hehe, itu belum saya ambil wuduk lagi tok.Kalau dah ambil wuduk, lagi dahsyat saya sembahyang!"

Tok imam yang mendengar terkedu.Jadi, tadi kamu sembahyang tak ambil wuduk lah?" soal tok imam.

Apa lagi, selepas itu teruk tiga orang anak muda tersebut ditarbiah oleh tok imam.Akhirnya ketiga-tiga anak muda itu insaf dan mula belajar agama dengan tok imam.



NOTA: Kisah kelakar begini bukan ditulis untuk ketawa semata mata.Baca kisah tersebut dari sudut positif.Jangan sesekali memandang ringan hal hal agama.

Sunday, December 20, 2009

My new Gear ; A gun.

SB600

This is my new photography gear, Nikon SB600.I bought this yesterday from Lowyat for RM920(NZD 380) including battery and its charger.

Perhaps this new flashgun will help me to take better pictures, especially for indoor activities.But,before that I have to at least learn how it's gonna works and on how I can optimize the quality of pictures taken.

The following pictures are few of my first trial using this flashgun.These are pictures of my youngest bro,Nazarul.

SB600-Test2

SB600-Test3

SB600-Test1

It looks better,I think.

Thursday, December 10, 2009

ASiS Zindabad

Last week I went to a place where my heart it is,

Weekend@ASiS 101w



To visit and refreshing my memories about life in

Weekend@ASiS 207_8_9_tonemappedw



And also to visit teachers,

Weekend@ASiS 249w



And my juniors,the Saviours

Weekend@ASiS 239w


I will writing further in my next entry soon,Insya Allah.

Tuesday, December 1, 2009

Jogging Track

It was a cloudy day last morning when I came up here, for the first time after being months away abroad.I used to spend every mornings here with jogging and see-sighting.Bukit Malawati is already known across the nation for its historical values and the beauty of nature that surrounds it.
(And also known as a home of hundres of primat species up there).

Baitul Hilal_1
View of Baitul Hilal,with the background of Malacca Straits.

The hill provided a vantage point to monitor ships in the Straits of Malacca. Even with a strategic hold, the Melawati Fort yielded to the Dutch cannons. It was again destroyed during the Selangor Civil War, when warring factions fought for tin-rich lands. All that remains of the fort now are its cannons, its original foundation stones and fabled execution block. The landscaped hill offers a panoramic view of the Selangor coastline.

About the lighthouse,it's located on an ideal site for monitoring shipping in the straits of Melaka, first by the sultans of Selangor, then by the Dutch and British.

Rumah Api Bukit Malawati

It is now also a place for sighting the "New Moon". A latticed structure called, "Baitul Hilal" has been constructed for the purpose of sighting the new moon to determine the date of fasting month of Ramadhan.

Baitul Hilal,Bukit Malawati.

After about an hour, I headed back downhill to my home which is not too far from there.Wish to come there again sooner or later,maybe to catch out few sunset pictures.

Monday, November 30, 2009

Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas itu, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke‐2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di
hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar
dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap
manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru‐hara yang amat dahsyat.

8. Tiba‐tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit‐bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masingmasing.Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al‐Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin
akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini
lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada
Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan
Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua
makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( آرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang
malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang.
Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing‐masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing‐masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing‐masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata‐kata, kaki akan menjadi
saksi. Tiada dolak‐dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha
Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing‐masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan
terjatuh ke dalam neraka.


Susunan ; http://blogustazsufi.blogspot.com/
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al‐Fathani. Pustaka
Nasional Singapura 2004.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Masjid Zahir , originally uploaded by Nadly Aizat.

Eid Mubarak everybody.

Tuesday, November 24, 2009

Moving Back

As I mentioned before, I am now living at Kuala Selangor since my father working here until his retirement.We are staying at the quarters located at the Bukit Melawati's foothill, known as Jalan Tanjung Keramat since last year.

Home sweet home.
My current house.

But,from next year (around September 2010), my family will be moving to Taiping, the town where I was grown up. So the new house is located at Taman Pengkalan Makmur II, Simpang,Taiping,Perak.It's construction was already completed last April and my parents used this house for a temporary home when they going back to "kampung" at Batu Kurau and Selama, just about 15 miles from there.

Rumah Taiping

I went there for the first time last week and stayed there for two nights before continue the journey to Langkawi.Although it is not a luxury-styled bungalow, but at least it is comfortable and not too much big since I don't like a huge house.And the best thing is that now I got my own room after had to share with my brother at the previous houses.

Well, it is also means that, this summer holidays I have right now is the last holidays I will have in Kuala Selangor and next year I will going back to Taiping.Kuala Selangor is a nice place,but Taiping also keeps a lot of my childhood memories there.

Saturday, November 14, 2009

Back to my Whenua

As usual,I'm not slept last night until Fajr prayer.Around 7.30 am,after finished the last spot check of my room (now my ex-room),I handed over the key at RSO and Afnan brought me to the Palmerston North Airport,accompanied also by Lutfi.I'm supposed to be there by 7.50 am since I got luggage to check-in,but we arrived lil bit late.Alhamdulillah,my luggage still can be checked in,and I arrived at the nick of time when the announcement made for the boarding.

DSC_0083

Plane left Palmy for Auckland around 8.20 am and arrived one hour later at Auckland.As usual,I walk from the Domestic Terminal to the International Terminal eventhough there's inter-terminal bus service.

Malaysia Airlines (MAS) counter then was opened at 10.30 am and without any further delay,I checked my luggage in and Alhamdulillah,it went very well without any obstruction.Same also with the custom clearance where I got no problem.

After that,I met with Mr Oliver, who's a New Zealand PR from Kuching,Sarawak.He's going back to Malaysia just for two weeks to visit his father who is sick.I spent most of my time before boarding with him,discussing a lot of topics,like from Malaysian politics to the assimilation of Kai Feng Jews in China.

Finally,the I went on-board at 1.45pm and I met brother Aminuddin Yahya who just arrived.MH130 departed at 2.30 pm,leaving Auckland for Kuala Lumpur.It took me about 10 hours where I spent it with sleeping and watching few movies.

MH130 finally arrived at KLIA at 8.00 pm.Alhamdulillah,after about 1 year being abroad,now I'm back at my home country again.What's next?Well,let's see.

Home sweet home.

Home sweet home.

Friday, November 13, 2009

The Final Call

Before


After

Today was a very tiring day.I had lack of sleep from yesterday just to cleaning and packing up stuff in my room.Alhamdulillah by last morning I finished packing and send the boxes to the storage.

And just now I went to brother Faisal's house because he invited me to have dinner there.Thanks to him and his wife because inviting me.It was very nice to know them and Pakistani since they are friendly and helpful.

Now I'll have my rest,maybe take a nap before tomorrow morning.I'll be leaving Palmerston North for Auckland at 8.20 am and wait until 2.15 pm for flight to Kuala Lumpur from Auckland.
Please pray for my safety during this journey back to my hometown.Insya Allah.

Tuesday, November 10, 2009

Vet Tower


Vet Tower , originally uploaded by Nadly Aizat.

I took this picture yesterday.It's very near to the Islamic Centre I used to go for prayer.Vet Tower is the only building in Massey University that can be seen far from the Windfarm and Foxton Beach.Perhaps one of the tallest buildings in Manawatu Region.

The 'stagnant' water Vet Pond?Nothing special about it.It is a home for ducks around campus and one of Bio lab session I attended last semester used a sample from this pond for introductory of microorganism.Other than that,urhm.....Jonathan Au-Young in one of his facebook status said that he want to do swimming here after finished with the last paper.I bet he didn't :P

Oh,forgot to tell.This is also an HDR picture I made,thanks to Photomatix.

Friday, November 6, 2009

Kairanga Court


Kairanga Court, originally uploaded by Nadly Aizat.

I was being introduced to High Dynamic Range (HDR) by my friends in Auckland before.Interested, I tried to do it using my CS4,but had no luck.

Just a few weeks ago,my ex-school friend told me about a software for HDR named Photomatix.And I'm satisfied with the result.

This picture I snapped this afternoon at my hall.The only thing that I don't like is that I have to do it manually (setting the exposures of the pictures) since my D60 doesn't have auto-bracketing for different exposures.But it still OK for me so far.

Insya Allah,after finished the last paper this Monday,I will going around campus and Palmy and try to create HDR pictures.

P/S=It's now officially a week left to going back to my tangata whenua~Malaysia.

Sunday, November 1, 2009

Mastika.


It's being almost a year I missed to read Mastika.Being a subscriber from 2005, I'm surely want to spend my past time again with this magazine.

And it will be just around the corner,about 2 weeks from now. :)

Alright then.Let's study some ANOVA and normal distribution.

Thursday, October 29, 2009

Saudaraku,

Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan
ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan
semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau
jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan
rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang
kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh
dengan segala tipu helah.Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan
pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang
dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….berfikirlah….

dan berkomunikasi dengan Allah sepanjang masa.

Tuesday, October 27, 2009

Couple of weeks more

I just finished my first paper last afternoon,that is paper 123.102 (Chemistry and the Material World).My comment? Alhamdulillah, I can do it, eventhough it will be a slight chance to get A compared to my last semester (maybe due to the fact that I like Organic Chemistry much than Inorganic).I noticed a few flaws in the questions given such as there not enough info given on how to determine the packing density (or it's actually asking for packing efficiency) and everybody know that pure aluminium was not extracted from cryolite.

The next exam will be on next Saturday,which is Calculus 1 followed by Principle of Stats on Tuesday.I will emphasize my revision more on Stats than Calculus (think that everybody will do the same).The last paper is on Monday 9th November,which is open-book (and I don't know which book should I open as there are no reference book in this paper).

After that? I'm successfully finished my first year in Massey University.Few days before leaving for Malaysia will be used to packing up my stuff (still wondering with my friends on the storage during the summer).I'm also thinking for another walking journey.Maybe to walking beside Mangaone Stream (ended at Milson Line) or accomplish my cycling journey to Te Apiti Windfarm or tramping trip at Manawatu Gorge.Right now?It depends.

I'll be leaving New Zealand for Malaysia this 13th November.Departing from Palmy that morning at 8am and my flight will be at 2.00 pm from Auckland.First thing that come in my mind (about going back for holidays) is:

Photobucket

This is my most favourite "lauk", ikan keli masak cili.Last week, I asked my mom to cook this for dinner when I arrive soon.Haha, can't wait to be at home (eventhough I'm not feeling any "homesickness" along the year ,away from my hometown).And it is just couple of weeks more from now.

Ok,now let's study.(I'm listening to Nancy Ajram,Cyrine Abdelnour,Mohamed Hamaki and Hamada Helal).

Saturday, October 24, 2009

Fotopages

I'm thinking to move to fotopages, since I can store most of my photos there for blogging.

For the beginning and trial purpose, I have created a fotopages account and wrote few entries,most of it were my experiences in New Zealand.

To visit my fotopages, simply click HERE.

Wednesday, October 21, 2009

Kairanga Court


Kairanga Court, originally uploaded by Nadly Aizat.

I will leaving this court within a month from now.

After that?I don't know whether I will return back to Kairanga Court or not.

Sweet past memories here,perhaps should be remembered.

Kairanga Kings!

Thursday, October 15, 2009

Rahbar

Seringkali kita dengar kebelakangan ini,manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kedudukan dan pangkat.Tidak kira di peringkat sekolah mahupun hingga ke peringkat pimpinan negara,kita memandang jawatan sebagai suatu bentuk kelebihan ataupun aset kepada diri kita untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang lain seperti harta dan populariti.

Hakikatnya,menjadi seorang pemimpin secara automatiknya kita telah membuat perjanjian dengan Allah S.W.T untuk memegang amanah dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.Dan ini bermaksud seorang pemimpin perlu menjadi contoh kepada mereka yang dipimpin.

Firman Allah dalam Surah As-Saff,ayat 2-3 :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Setiap pemimpin perlu mempunyai kualiti sebagai orang yang mampu menjadi contoh dan ikutan.Sekiranya mahu menghapuskan rasuah,maka perlu bebas dari sebarang anasir rasuah.
Jika mahu mengajak ke arah meningkatkan ilmu pengetahuan, maka pemimpin perlu menjadi role model.

Ikutilah contoh terbaik kita, iaitu Rasulullah S.A.W.Bila mana Aisyah R.A. ditanya mengenai budi pekerti Rasulullah,maka Aisyah menjawab, "Akhlak Rasulullah S.A.W. ialah Al-Quran." Ini bermaksud, segala bicara, perlakuan, dan cara hidup Rasulullah adalah manifestasi daripada ajaran Al-Quran.

Sebagai seorang pemimpin, Rasulullah sentiasa berjuang menegakkan kebenaran biarpun berdepan pelbagai cabaran.Baginda menolak semua tawaran kekayaan dan pangkat serta sentiasa bersedia untuk mempertahankan Islam.

Berbalik pada situasi masa kini, yang mana akhirnya akan mengakibatkan perbezaan di antara aspirasi dan realiti.Matlamat yang sepatutnya dicapai sebagai pemimpin akhirnya akan menjadi terlalu jauh dengan pencapaian sebenar.Kesilapan yang berlaku ini akan menyebabkan mereka yang dipimpin menjadi mangsa.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Baqarah ayat 44 :

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

Bayangkan jika situasi-situasi berikut berlaku:

Seorang pemimpin yang secara aktif menyeru ke arah demokrasi,tetapi tidak mahu mendengar pandangan dan pendirian orang lain yang berbeza dengannya.

Seorang pemimpin yang mengajak ke arah penyatuan dan perpaduan,tetapi dia sendiri mengamalkan kepimpinan secara pilih kasih dan autokratik.

Percanggahan di antara kata-kata dan tindakan ini semestinya akan membawa ke arah kekeliruan yang lebih besar.Kekeliruan ini akan membawa kepada persoalan-persoalan seperti yang mana yang betul dan yang mana yang salah?

Oleh yang demikian,apabila kita diberi pilihan untuk menjadi pemimpin,perlulah kita berfikir sedalam-dalamnya sama ada kita bersedia mahupun tidak untuk menerima amanah dan tanggungjawab tersebut.

Saya akhiri entri kali ini dengan suatu kisah yang mana kita boleh mengambil pengajaran tentang peri pentingnya tanggungjawab sebagai pemimpin di mana setiap apa yang berlaku akan ditanggung keseluruhannya.

Kisah ini berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.Seorang Kristian Koptik dari Mesir datang kepada Sayyidina Umar dan mengadu bahawa dia dipukul kepalanya oleh anak Gabenor Mesir (Amru bin Al-As) dan dia tidak dapat pembelaan sewajarnya di Mesir.Sayyidina Umar kemudiannya bertindak memanggil Amru dan anaknya datang kepada beliau.

Sayyidina Umar kemudiannya memerintahkan Kristian Koptik itu tadi memukul kembali kepala anak Amru.Dan kemudiannya disuruhnya pula memukul kepala Amru.Lalu Kristian Koptik itu berkata kepada Sayyidina Umar, "Anaknya (Amru) yang menganiayai aku,bukan ayahnya".Lalu Sayyidina Umar berkata, "Anaknya menganiayaimu dengan kekuasaan yang ada pada ayahnya".

Nota : Rahbar adalah perkataan Parsi yang bermaksud "pemimpin".

Saturday, October 10, 2009

Sports Photography


Hoki Malaysia 048, originally uploaded by nadlyjohnson.

Nothing much to say in this entry.Just want to mention that the first sports photography I have when I'm using SLR was at the friendly hockey match between New Zealand and Malaysia.(the 2nd was during the weekend cricket match held by MUPSA).

And this picture I snapped is my favourite picture from all of my sports pics.

Will going taking sports photos again next Thursday.This time will be the cricket matches at The Oval,Massey University.

Wednesday, October 7, 2009

MUMSA Open House 2009


Open House Mumsa 2009 123, originally uploaded by nadlyjohnson.

It was a huge success, congratulations to all MUMSA members,especially to the new-appointed committee.

Keep it up.

p/s:It was also my first task/assignment as a MUMSA photographer.

Thursday, October 1, 2009

Qasidah Burdah



The reason for writing this poem

The writer Imam Sharafuddin Muhammad Al-Buseeri had become paralysed. His doctors and physicians gave up all hope of his recovery. Eventually in this state of complete helplessness and despair he composed this poem expressing the grandeur and excellence of Prophet Muhammad (Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam). Using this as his sole means of asking Allah Ta'alaa to cure him from his illness. He isolated himself in a quiet place one Thursday night and with complete devotion, concentration and sincerity/ began reciting this poem. While reciting it sleep overcame him. He had a vision of Prophet Muhammad. He told the prophet of his illness whereupon the prophet passed his blessed hand over Imam Busairi's body. Through the barakat (powers) and blessing of the prophet, Allah Ta’alaa granted him complete cure from his paralysis. When he awoke he found a scarf or shawl on his body which he had seen the holy prophet place on his paralysed limbs. This resulted in the poem being named "Qasidah Burdah" (The Poem of the Scarf).

In the morning when due to some necessity. he went to the bazaar, a pious dervish greeted him with salaam and requested him to recite the qasidah which he had composed in praise of Prophet Muhammad. The poet said that I have composed many poems in praise of Rasuluallah (saw), which one do you wish to hear? The dervish replied: 'The one which begins with, A-min Tazak-kurin (i.e. Qasidah Burdah)".

Upon this request the poet became wonder struck and said, "I take an oath that no one knows about this poem. Tell me the truth, from whom did you hear about it?" The dervish replied, "I take an oath by Allah that I heard it from you last night when in a dream you had recited it to Muhammad (saw), whereupon the prophet became attentive towards you and because of its blessings Allah Ta'alaa granted you complete cure from your ailment".

When the poet gave this poem to the dervish his secret became known to all the people and its barakat and blessings too became general for all.

When this poem reached Baha-ud-deen the governor of the country named Taah'r, he so highly regarded and respected it that he would stand while listening to it.

Saturday, September 26, 2009

Kembali

It's been a long time that I haven't write anything about one of my past time hobby,that is comparative religion.

From this hobby actually that this blog was started.Obviously,I really missed the time when I'm reading lotsa stuff such as Ahmed Deedat's books and videos,Dr Zakir Naik,Yusuf Estes,Abdur Rahim Green and my ex-comparative religion mentor, Bro Shahkirit Kakulal Govindji's blogs and then done a few topics to be published in this blog.

Some of my entries were concluded with "to be continued",but unfortunately I can't finished it due to the time constraint and another priorities I have.

But I don't know why,without any initial plan I went last afternoon to library to borrow "Revised Standard Version" of Holy Bible and a few commentary books.It looks like I'm going to start again.

Maybe for the time being,I'll be looking for the past "unconcluded" entries and try to finish it,Insya Allah.

And they say: "None shall enter paradise unless he be a Jew or a Christian." Those are their (vain) desires. Say: "Produce your proof if ye are truthful." Sura 2 Verse 111.

Friday, September 25, 2009

Salji Musim Bunga


Winter @ Spring in Palmy, originally uploaded by nadlyjohnson.

Rupa-rupa nya inilah hasil daripada cuaca yang pelik semalam di Palmerston North ni.

Subhanallah.

Tuesday, September 22, 2009

Flickr

I had upgraded my Flickr account to Flickr Pro, few days before Eid-ul-Fitri.It costs me around USD45,means about NZD69.

With this upgrade,I can upload an unlimited amount of pictures I've taken for two years.

So,I'm inviting all of you to have a visit to my Flickr's page to see all of my pictures.All comments and feedbacks are most appreciated.It can be said that I'm always updating my Flickr.

You can go to my page HERE.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Pada waktu entry ini ditulis,New Zealand masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan,iaitu pada hari yang terakhir sedang di negara-negara yang lain seperti di Malaysia dan Australia telah menyambut kedatangan bulan Syawal.

Oleh itu,atas kesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada kedua ibubapa saya,Haji Mohd Nudri Mohd Nordin dan Azizah Ku Isahak serta adik beradik dan sanak saudara saya di Malaysia.Tidak dilupakan juga kepada bekas guru-guru saya di SK Selama Jalan Menteri,SMK Dato Haji Hussein,SM Sains Alam Shah dan juga Kolej MARA Seremban.Akhir sekali ditujukan kepada semua yang mengenali saya.

Mudah-mudahan dengan berlalunya madrasah Ramadhan kali ini,hidup kita akan menjadi lebih bermakna dan senantiasa berada di bawah perlindungan-Nya,Insya Allah.

Sunday, August 16, 2009

Qaumi Tarana




Pada 14 Ogos yang lepas,Persatuan Pelajar-Pelajar Pakistan Massey University (MUPSA) telah mengadakan pertandingan kuiz bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Pakistan pada hari yang sama.Pertandingan ini disertai oleh bukan sahaja pelajar-pelajar Pakistan,malahan juga dari negara-negara yang lain.Saya juga menyertai pertandingan ini atas ajakan housemate saya,saudara Tariq Mahmood.Acara ini bermula pada jam 2 petang.

Terdapat sebanyak 9 kumpulan yang mengambil bahagian di dalam acara ini.Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Pakistan, "Qaumi Tarana" dan diikuti oleh lagu kebangsaan New Zealand, "God Defend New Zealand".Saudara Ibrar Ahmed merupakan pengacara majlis kemudiannya menerangkan sedikit sebanyak tentang peraturan dan format pertandingan sebelum kuiz bermula.Di dalam kuiz ini terdapat lima kategori iaitu Sejarah Dunia,Geografi,Sukan,Pemikiran Kritis,dan Pakistan.



Selama setengah jam diperuntukkan untuk menjawab kuiz ini.Sementara menantikan keputusan,para peserta dijamu dengan makanan Pakistan dan diperdengarkan dengan lagu-lagu patriotik Pakistan.Beberapa lama kemudian,saudara Ibrar kemudiannya terus mengumumkan keputusan.Alhamdulillah,kumpulan saya memenangi pertandingan kuiz ini selaku johan dengan keputusan sebanyak 33/40.



Program ini tamat sekitar pukul 4 petang.Dapat saya rumuskan di sini bahawa acara yang julung-julung kali diadakan oleh MUPSA ini berjaya di dalam objektifnya,iaitu memperkenalkan Pakistan di kalangan warga Massey University dan yang paling penting merapatkan hubungan sesama kita,lebih-lebih lagi sesama saudara seIslam.

Saturday, July 25, 2009

One Journey Ended,Another Will Begin

Kak Hani's Farewell





Manawatu Malaysian Society's Potluck






Unity In Diversity......

Saturday, July 18, 2009

Inilah saya,anda siapa pula?

Pada hari Khamis 16 Julai sehingga hari Sabtu 18 Julai yang lalu, Ukhwah Palmy (uPalmy) telah mengadakan suatu majlis ilmu yang dinamakan "Inilah saya,Anda siapa pula?".Tiga orang ahli Belia Cergas Auckland (BECA) telah dijemput dari Auckland untuk menyampaikan ceramah dan perbincangan ilmiah ini.Program ini bermula dari hari Khamis malam dengan slot "10 Wasiat Imam Hassan al-Banna" oleh saudara Syukri Ab Rahim,dan diikuti dua slot pada hari berikutnya,iaitu slot "Realiti dulu dan masa kini" oleh saudara Shafiq Asyraf dan slot "Mukadimah;Inilah sejarah kita" pada sebelah malamnya.Slot terakhir ialah "Fikrah kita" yang telah diadakan pada pagi hari Sabtu.Berikut adalah beberapa "snapshot" yang saya ambil sepanjang program berlangsung.








Mudah-mudahan kita sama-sama beroleh manfaat dari program ini, Insya Allah~

Sunday, July 5, 2009

Bible Prophecies of Muhammad :Witnesses of Scholars

Preliminary Issues

The Bible is the sacred scripture of Judaism and Christianity. The Christian Bible consists of the Old Testament and the New Testament, with the Roman Catholic and Eastern Orthodox versions of the Old Testament being slightly larger because of their acceptance of certain books not accepted as scripture by Protestants. The Jewish Bible includes only the books known to Christians as the Old Testament. Furthermore, the arrangements of the Jewish and Christian canons differ considerably.Prophet Muhammad has been prophesized in both the Old Testament and the New Testament.Jesus and the Apostles are believed to have spoken Aramaic. Aramaic continued in wide use until about AD 650, when it was supplanted by Arabic. The present day Bible is not, however, based on the Aramaic manuscripts, but on Greek and Latin versions.

Quoting the Bible prophecies does not entail that Muslims accept the present day Bible in its entirety as God’s revelation. For the Islamic belief on previous scriptures.
It is not a pre-condition of acceptance that a prophet be foretold by an earlier prophet. Moses was a prophet to Pharaoh even though he was not prophesized by anyone before him. Abraham was God’s prophet to Nimrod, yet no one prophesized his coming. Noah, Lot, and others were true prophets of God, yet they were not foretold. The evidence of a prophet’s truth is not limited to old prophecies, but it includes the actual message brought by him, miracles and more.Discussing prophecies is a delicate matter. It requires sifting through Bible versions and translations, recently discovered manuscripts and searching out Hebrew, Greek, and Aramaic words and investigating them. The task becomes especially difficult when: “prior to the printing press (15th century), all copies of Bibles show textual variations.”This is not an easy subject for lay people. For this reason, the best testimony comes from ancient and modern experts in the area who acknowledged the prophecies.
We have records of early Jews and Christians, both monks and rabbis, who witnessed that Muhammad was the fulfillment of specific Bible prophecies. The following are some examples of these people.

The Awaited Prophet
Pre-Islam Jews and Christians of Arabia were awaiting a prophet. Before the appearance of Muhammad, Arabia was home to Jews, Christians, and pagan Arabs who, on occasion, went to war with each other. The Jews and Christians would say: “The time has come for the unlettered prophet to appear who will revive the religion of Abraham. We will join his ranks and wage fierce war against you.” When Muhammad actually appeared, some of them believed in him, and some refused. This is why God revealed:

“And when there came to them a Book [Quran] from God confirming that which was with them – although before they used to pray for victory against those who disbelieved – but [then] when there came to them that which they recognized, they disbelieved in it; so the curse of God will be upon the disbelievers.” (Quran 2:89)

The first witness was Buhaira, the Christian monk, who recognized Muhammad’s prophethood when he was still young and told his uncle:

“…a great fortune lies before your nephew, so take him home quickly.”

The second witness was Waraqah bin Nawfal, a Christian scholar who died soon after a solitary meeting with Muhammad. Waraqah attested Muhammad was the Prophet of his time and received revelation exactly like Moses and Jesus.
The Jews of Medina were anxiously awaiting the arrival of a prophet. The third and fourth witnesses were their two famous Jewish rabbis, Abdullah bin Salam and Mukhayriq.
The sixth and seventh witnesses were also Yemeni Jewish rabbis, Wahb ibn Munabbih, and Ka’b al-Ahbar (d. 656 CE). Ka’b found long passages of praise and the description of the Prophet prophesized by Mosesin the Bible.

The Quran states:

“Is it not a sign to them that the learned men of the Children of Israel knew it (as true)?” (Quran 26:197)