Tuesday, December 22, 2009

Kisah Tok Imam dan Tiga Lelaki

Di sebuah kampung, ada tiga orang remaja yang suka melepak. Seorang bernama Ali, seorang Budin, dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian tiga pemuda yang suka melepak tidak mengira masa, menyebabkan seorang tok imam di kampung itu tak senang duduk.

Pada suatu petang, tok imam datang ke tempat mereka lepak dengan niat hendak tarbiah tiga pemuda ini.

Maka ketika itulah berlaku beberapa insiden cabar mencabar.Tok imam mencabar si mangkuk hayun tiga ekor itu berjemaah di surau, bila masuk waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?Tak apa, nanti kami buktikan yang kami bukan jahil seperti yang disangka."

Maka, apabila masuk waktu Maghrib pergilah si mangkuk hayun tiga serangkai itu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus Ali laungkan azan sekuat hati, "Allah Taala...Allah Taala...".

Segera Tok imam merampas mikrofon dari tangan Ali dan suruh tok bilal azan semula. Tok imam bengang, Ali jahil tak pandai azan.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang, tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk juga.

Masuk kali ke-3, Budin panggil tok imam: "Tok! Tok! Duduk kat belakang,biar saya jadi imam!"
Tok imam pun undur setapak ke belakang.Budin pun maju setapak ke depan, lalu angkat takbiratul ihram: "Allahu Akbar!"

Maka, para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Tiba-tiba saja si Budin pusing ke belakang sambil berkata: "Aaaaa, tengok! Sekali je tokkkk!!"

Batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak kerana solat sudah terbatal.

Tok imam pun minta pulak si Ciko jadi imam.Si Ciko pun terus ke depan, jadi imam solat Maghrib, bermula dari takbir sampai tahiyat akhir. Siap dengan wirid-wiridnya sekali, selepas sembahyang. Tok imam yang tengok pun punyalah respek dengan si Ciko ni.

Lepas solat, tok imam tak habis-habis memuji si Ciko. Bagi tok imam, si Ciko layak menjadi contoh kepada anak-anak muda di kampung itu.

Si Ciko, selepas mendengar tok imam memujinya terus jadi bongkak.Dengan penuh bangga Ciko pun berkata,

"Hehe, itu belum saya ambil wuduk lagi tok.Kalau dah ambil wuduk, lagi dahsyat saya sembahyang!"

Tok imam yang mendengar terkedu.Jadi, tadi kamu sembahyang tak ambil wuduk lah?" soal tok imam.

Apa lagi, selepas itu teruk tiga orang anak muda tersebut ditarbiah oleh tok imam.Akhirnya ketiga-tiga anak muda itu insaf dan mula belajar agama dengan tok imam.



NOTA: Kisah kelakar begini bukan ditulis untuk ketawa semata mata.Baca kisah tersebut dari sudut positif.Jangan sesekali memandang ringan hal hal agama.

1 comment:

Uncle said...

hahaha. best sial citer nih. xley blah.