Tuesday, January 5, 2010

Hikayat Bijakseri Kayangan Lestari

Arakian,tersebutlah alkisah kerajaan agung nun jauh terletak di sebuah puncak gunung yang diselubungi kabus dan awan.Dicetirakan bahwasanya kerajaan tersebut ibarat mahligai di awangan.Keindahannya tidak terperi malah ada sesuatu ceritera berkata,keindahannya hanya hadir cuma dalam khayali.Adapun nama kerajaannya ialah Kerajaan Bijakseri Kayangan Lestari : Lebih dimahsyurkan dengan gelaran Bestari.Di bawah penguasaan Sultan Mahkota Alam Muaz Al-Ariff Ibnu Al-Azhari Syah,kemakmuran dan keamanan Negara belum pernah goyah.Dibantu pemangku Sultan juga merupakan adinda kepada Permaisuri Sultan,Tengku Al-Pian Al-Arif Taib,dan Bendahara yang begitu bijaksana mentadbir,Orang Kaya Putera Shahperi Azery Hussein.Tergolong dalam Pembesar Lipatan antaranya Yamtuan Muda Dato’ Faris Rofaai selaku Penghulu Bendahari,Dato’Temenggung iaitu Tun Janaputra Ridzuan Jemaat dan Dato’Laksamana Haji Syafiq Bin Tengku Abdul Wahid.Keluasan kerajaannya seluas saujana mata memandang bak langit dan bumi disatukan.Digeruni dan disegani seluruh pelosok dunia kerana kejayaan melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang seperti ilmuwan hisab yang terkenal,Syed Ahmad Baki Bin Syed Al-Agil Barakbah,tokoh sasterawan,Syafiq Al-Majid,ulama-ulama besar seperti Sahibus-Samahah Al-Fadhil Ustaz Badrul Al-Hisyam,As-Syeikh Nadly Aizat Al-Hafiz,dan Syeikh Waliyuddin An-Nur.Hatta dikenali juga kerana mempunyai pahlawan lima bersaudara
yang terulung seperti Hang Rafi,Hang Daus,Hang Akmal,Hang Muaz,dan Hang Kairul yang telah berguru dengan pendekar terunggul yang bernama Hariri Putra di Gua Musang.Adapun,keamanan kerajaan itu sentiasa terjaga sehinggalah sesuatu berlaku.

Mawar mana tidak berduri,setiap yang indah ada cacat celanya.Sebermula kisah apabila
sultan menyeru kepada Dato’Syahbandar,Orang Kaya Biduanda Fairuz Ibn An Nur,maka bersabda Sultan kepadanya, “Wahai Orang Kaya Biduanda,laksanakanlah titah perintah beta, hentikanlah dagangan bersama Kerajaan Adonis yang terletak di Utara kerana firasat beta bersuara bahwasanya geruh bakal melanda,kerna
kerajaannya sedang gundah gulana”.Hatta didengarinya oleh Tengku Pemangku Sultan lalu dibangga olehnya.Berkata Tengku, “Adalah kurang bijakasana kiranya dihentikan dagangan dengan Kerajaan Adonis kerna perhubungan itu akan mendatangkan kekayaan dan kemajuan yang menghujani kerajaan
kita.Lagipun,keadaan yang tegang di sana,namun kita masih…” “Sudah! Jerkah
Sultan menghentikan hujah Tengku Al-Pian. “Keputusan beta adalah muktamad!Beta
yang berkuasa di sini,oleh itu beta yang berhak membuat keputusan!”.Tengku Al-Pian terpaksa beralah,namun api kemusnahan dalam dadanya terus berbara dengan dendam kesumat yang melimpah ruah.


Syahadan,berlakulah,sesuatu yang tidak disangka-sangka.Kerajaan Bijakseri Kayangan Lestari yang selama ini
aman damai tiba-tiba ditimpa huru-hara;pemberontakan berlaku di setiap
kampung.Kemusykilan melanda Sultan kerana hairan apakah sebab dan musabab serta
siapa yang bertanggunggjawab melakukan pemberontakan tersebut.Ada diberitakan
bahawasa pemberontakan telah diketuai oleh Orang Kaya Gelama Al-Hafiz,Penguasa Sungai Anjal,namun tujuannya masih dibayangi ketidakpastian.Lebih memusingkan kepala Sultan lagi apabila
pembesar-pembesarnya kehilangan tanpa jejak;tinggal beberapa kerat.Sehinggalah
tiba suatu hari,terjawab segala-galanya.Kehadiran seorang perutusan bernama Nadim Seri Fareez Ismail bersama hulubalangnya Anjang Faez Ezwan Shah,menyampaikan perutusan bahawa Tengku Al-Pian Al-Arif Taib,pemangku Sultan berhasrat untuk menggulingkan takhta kerajaan Sultan Mahkota Alam di atas kesalahan sultan tidak berkebolehan untuk memerintah.Mendengar perutusan tersebut lalu Sultan menitah segala mamanda yang masih ada mengumpulkan semua sojar dan menyeru seluruh pendekar di dalam kerajaan untuk bersiap siaga
menghadapi peperangan.


Hatta,tibalah hari durjana yang akan terpahat di dalam ingatan seluruh sarwajagat sekalian.Hari bumi dibasahi darah;hari pertempuran antara sultan dan pemangkunya.Sultan tiba di medan peperangan yang dikelilingi
hutan dan gunung-ganang membawa tenteranya seramai 8000 pahlawan yang gagah perkasa;di bawah pimpinan panglima perangnya Pendekar Mujahid Perkasa Kasturi yang merupakan anakanda pahlawan terbilang,Orang Kaya Setia Pahlawan Semantan,Dato’ Bahaman.Tidak lama kemudian,Tengku Al-Pian bersama 5000 orang tenteranya dan pembesar-pembesar derhaka yang membelot antaranya Dato’Laksamana,ulama-ulama besar,dan pahlawan terunggul ,Hang Muaz dan Hang Daus selaku panglima perang Tengku Al-Pian.Peperangan bermula dengan kedua-dua belah pihak menghantar barisan pertama tentera masing-masing untuk
bertempur.Tetapi,peristiwa yang tidak dijangka di mana barisan pertama Tengku Al-Pian telah berundur apabila menghampiri pertengahan medan pertempuran,tentera sultan pun terus memburu mereka.Tiba-tiba,muncul pasukan pemanah di atas gunung lalu melancarkan beribu-ribu anak panah yang menghujani barisan pertama tentera Sultan;semuanya terkorban.Melihat keadaan tersebut,sultan jadi tidak keruan lalu baginda merujuk kepada panglimanya.Tanpa sebarang kerisauan yang terlakar di mukanya,beliau menjawab’ ‘Serahkan
segalanya kepada patik,Tuanku’.Maka beliau pun menunggang kudanya bergerak ke bahagian belakang tentera sultan,lalu bersuara sesuatu kepada mereka yang menimbulkan kemusykilan Sultan.Tiba-tiba barisan-barisan belakang tentera Sultan bertempiaran lintang-pukang melarikan diri ke dalam hutan;Pendekar
Mujahid turut menyelamatkan diri.Rupanya Pendekar Mujahid turut membelot.Dilihatnya Sultan gelagat mereka maka bergununglah kemurkaan Sultan.Hatta,keadaan jadi tegang bagi Sultan.Lebih separuh dari tenteranya
telah menderhaka,baginda mula jadi kebingungan.

Maka,resah bergelora,sultan dirundung kesugulan,baginda pun terkedu.Perasaan pun berbaur di dalam hatinya;amanah,dukacita dan lara.Untuk seketika,sultan hanya membatu di atas kudanya.Diperhatinya sekeliling,lalu robek hatinya memikirkan nasib yang menimpa.Lasykarnya tinggal 3000 orang yang setia,manakala lawannya seluas saujana ramainya.Berderai jatuh harapan,ingin sultan mengundur diri;menyerah.Dapat dirasakan Sultan,kejemawaan Tengku Al-Pian mencincang sanubari,namun apakan daya,takdir memusuhi dirinya.Hampir diserahkan segala,hinggalah sesuatu yang menarik perhatian segala makhluk yang hadir,dalam diam ubi berisi;rupa-rupanya Pendekar Mujahid telah membawa tentera yang melarikan diri ke gunung,lalu bertempurlah mereka dengan pasukan pemanah Tengku Al-Pian.Maka,dilihat Tengku Al-Pian keadaan tersebut,lalu diambil keputusan untuk terus menyerang sementara peluang masih bercahaya.Lalu,maralah mereka bagai taufan melanda tentera Sultan.Maka,bermulalah pertempuran tergempar antara sultan dengan Tengku Al-Pian.Pedang bergemerencing bagai halilintar menyambar,jemparing beterbangan dan banjir merah membasahi medan
pertempuran.Ramai yang terkorban dalam pertempuran dahsyat itu,termasuklah Panglima Perang Tengku Al-Pian ,iaitu Hang Daus yang mahir dalam segala ilmu persilatan berjaya mencabut beratus nyawa lasykar sultan dalam pertempuran tersebut hinggalah takdir menentukan beliau bertemu dengan lawan setandingnya;iaitu teman seperguruannya,Hang Rafi.Pertarungan itu bukan sahaja menyeksa zahir,malah batin kerna suatu ketika dulu,mereka merupakan sahabat yang akrab.Namun akibat taat setia yang berbeda,mereka terpaksa menentang
sesama sendiri.Pertarungan yang maha hebat lagi penuh dengan kedahsyatan itu telah melihat kedua-dua pahlawan bertarung dengan sengit sekali.Hand Daus yang bagai dirasuk syaitan menyerang Hang Rafi dengan bertubi-tubi.Maka,akibat keasyikan menyerang menyebabkan beliau tersilap langkah lalu diambil kesempatan oleh Hang Rafi;ditusuknya dada Hang Daus dengan kerisnya.Maka dengan tertitisnya darah
Hang Daus ke bumi,begitulah juga tertitisnya air mata Hang Rafi.Pertarungan tersebut diakhiri dengan naungan kekesalan Hang Rafi yang penuh derita dan penyiksaan.


Syahadan,kematian Hang Daus tidak mendatangkan kesan;perang berlanjutan.Namun demikian,ketegangan memuncak kerna tentera Sultan yang lebih kecil dibanjiri tentera Tengku Al-Pian,dan lama-kelamaan akan ditenggelami mereka.Tiba-tiba,bagai Sultan dikurniakan mandat;takdir menyebelahinya.Muncul di sebalik saujana,kelibat dua insan yang menunggangi kuda telah mencuri tumpuan mereka.Laksana bulan jatuh ke riba,rupanya mereka adalah panglima-panglima besar,Dato’Tenggara Muzakkir Al-Idris dan Dato’ Baisana
Farhan Ar-Rafee,dari kerajaan Terengganu.Tuah memihak kepada Sultan kerna bersama mereka adalah tentera bantuan yang diutuskan Kerajaan Terengganu yang merupakan sekutu utama Baginda Sultan.Kehadiran mereka telah mengimbangi pertempuran antara kedua-dua pihak.


Pada ketika yang sama,keadaan di gunung;tentera Sultan telah berjaya menundukkan pasukan pemanah Tengku Al-Pian dengan kematian Pendekar Mahseri Zulfadli yang merupakan tandilnya Hang Daus oleh pendekar Mujahid,lalu mengakhiri segala pertarungan di situ.Turut tertawan,pembekal senjata dari Baghdad,iaitu Syeikh Faris Ali As-Saffah dan pembantunya,Syeikh Falihin Al-A’lim.Namun,kemenangan yang dicapai amatlah mendukacitakan kerna kerugian yang dialami amatlah besarnya;terlalu ramai yang terkorban termasuklah pendekar Mujahid sendiri.Diriwayatkan oleh pembawa ceritera,bahawasanya setelah pertikaman
dengan pendekar Mahseri Zulfadli,beliau terjatuh ke lututnya.Keadaannya amat menyedihkan;pedang ditangan kanannya,panji di tangan kirinya,enam anak panah tertusuk di badannya;beliau berjeluas dengan darah.Ibarat sungai yang mengalir,darahnya membanjiri bumi.Tiba Hang Kairul membawa seorang tabib terkenal bersamanya Maulana Bakri Al-Zubir,untuk merawatinya.Namun,beliau berbicara,”Rawatilah tentera-tentera hamba dahulu,biarkanlah hamba di sini.Diri sahaya tiada lagi kepentingan,kehadiran hamba tidak membawa makna,pemergian hamba tidak meninggalkan kesan”,Lalu,dipenuhi hasratnya oleh Hang Kairul lalu
dibiarkan beliau bersemadi di situ.

Telah pun senja,maka pertempuran di medan pertempuran masih berterusan walaupun kedua-dua pihak telah kehilangan panglima perang masing-masing.Sojar-sojar masih bertikaman tanpa henti,nyawa yang melayang-layang berketi-keti dan bertambah dengan setiap detik yang berlalu.Hingga munculnya seorang insan:melompat lalu berdiri di tengah-tengah medan pertempuran,lalu dipacaknya panji kebesarannya,maka dilaungkan dengan lantang laksana dentuman guruh agar peperangan dihentikan.Maka,pertempuran terhenti.Disedari kemudian rupanya insan tersebut adalah panglima terbilang kerajaan Jawa yang berketurunan Siam,Raden Anduri
Anas Awang,lalu muncul seorang pembesar kerajaan Jawa yang bernama Ratna Seri Shahairul Sairi,mengumumkan ketibaan seorang srikandi puteri Mahkota Seri,merangkap Ratu Kerajaan Jawa,Gusti Indera Seri Rosemawati yang dihormati dan disegani seantero dunia.Turun baginda Ratu dari tandunya,lalu dilihat keadaan sekelilingnya.Lalu demikian sebak dadanya lalu ditangiskan air mata dan disuarakan isi hatinya.

Diriwayatkan oleh sahibul hikayat,antara kata-katanya,”Apakah
yang kalian semua kejarkan?Jikalau ianya kuasa sememangnya terbukti tuan-tuan
sekalian amat berkuasa.Lihatlah sendiri nyawa yang telah dikorbankan.Apakah
berbaloi semua ini?Mereka adalah rakyat jelata tuan-tuan sendiri.Tiada
bergunanya keamanan dicari dengan memusnahkan keamanan yang sedia ada”.Tersentuh
sanubari semua insani yang mendengarinya;termasuklah baginda Sultan dan Tengku
Al-Pian sendiri.Mendengar kata-kata Gusti Indraseri tersebut,Tengku Al-Pian dan
Sultan telah menjatuhkan pedang masing-masing lalu Al-Pian telah akur terhadap pemerintahan
Sultan dan menarik balik tuduhannya.Selepas peristiwa tersebut,baginda Sultan telah
mengisytiharkan agar rakyat berkabung selama sebulan bagi mengingati jasa-jasa pahlawan
yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka seperti Hang Daus,Pendekar Mahseri
Zulfadli,Pendekar Mujahid serta sekalian pejuang-pejuang yang lain.Hatta,selepas
peristiwa tersebut juga,Kerajaan Bijakseri Kayangan Lestari telah mencapai keamanan
dan kedamaian berlandaskan kata-kata Gusti Inderaseri Rosemawati selama 1000 tahun.

~TAMAT~


Ditujukan kepada semua kawan-kawan kelas 5 Bestari 2005, SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.

Hasil nukilan saudara Mujahid Bahaman dan Muaz Azhari.

DSC_2282

1 comment:

.::R A F I::. said...

terbaeks lah
hahah!!
credit to all bestarian 05