.
Seorang atuk menegur cucunya yang tak cemerlang dalam pelajaran.
Atuk : Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ni asyik Internet, TV, main bola....Internet, TV, main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atuk marah tahap tertinggi).
Cucu : Atuk ni asyik bandingkan saya dengan kawan-kawan yang lain. Saya tak pernah pun marah bila atuk tak sama macam kawan-kawan sebaya atuk yang lain.
Atuk: Tak sama apanya?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atuk semuanya dah jadi arwah, kan?
Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang.
Suami: Ini dah melampau, gunakan telefon sesuka hati! Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja!
Isteri: Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak: Oh sorry....saya gunakan SMS aja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Pembantu rumah @ Bibik : Loh, apanya kalian ribut-ribut? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja, sama juga dengan saya!
No comments:
Post a Comment