Pada 9hb Januari yang lalu, saya berkesempatan menyertai suatu program yang dinamakan sebagai "KMS Grand Reunion 2010", bertempat di Dewan Tun Hussein Onn,Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan (atau ringkasnya KMS, tempat saya mengambil "A-Level"). Program ini bertujuan untuk mengumpulkan bekas pelajar A-Level KMS dari generasi yang pertama hinggalah yang mutakhir untuk bertemu sesama mereka dan guru-guru yang pernah mengajar mereka selama berada di sini.
Blok Akademik KMS
Saya bertolak dari Kuala Selangor seawal jam 5 pagi ke Stesen Komuter Sungai Buloh.Perjalanan dari Sungai Buloh ke Seremban memakan masa selama sejam setengah.Alhamdulillah, tanpa sebarang masalah,saya tiba di KMS pada sekitar jam 8 pagi.Saya sempat meninjau sekitar pekarangan asrama,surau dan dewan selera sebelum pergi ke Dewan Tun Hussein Onn di mana program ini berlangsung.
Dewan Selera (DS)-Sebelah atas ialah Wisma Pelajar dan Bilik MPP.
Surau Al-Furqan
Koperasi(Koop)
Seperti yang saya tulis di awal entri tadi, program ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, iaitu dewan serbaguna yang baru,terletak di bahagian belakang Bangunan Razak.Dewan ini menggantikan Dewan Razak yang kini cuma digunakan untuk sukan dan program domestik sahaja.Ada di kalangan bekas pelajar yang tidak menyedari akan kewujudan dewan baru ini lalu mereka pergi ke Dewan Razak.Mujurlah ada di antara guru dan kakitangan yang memberitahu dan menunjukkan arah ke tempat yang sebenar.
Dewan Razak, dewan lama sebelum Dewan Tun Hussein Onn digunakan.
Dewan Tun Hussein Onn dari pandangan atas.
Panorama Dewan Tun Hussein Onn dari pintu masuk utama.
Antara meja yang disediakan untuk generasi pertama.
Pada sekitar jam 10.30 pagi, sudah ramai bekas pelajar dan guru-guru yang hadir di pekarangan hadapan dewan untuk mendaftar.Sebanyak RM30 dikenakan kepada semua tetamu yang hadir.Generasi tetamu yang hadir boleh dikenalpasti melalui warna pakaian yang dipakai; Saya dan rakan-rakan batch 7 mengenakan pakaian berwarna kuning.
Antara pelajar KMS yang ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran
Bekas pelajar dari generasi pertama.
Antara kawan-kawan yang hadir.
Puan Rodina yang menyelia Hal-Ehwal A-Level di KMS turut hadir.
Majlis bermula sekitar jam 11.30 pagi dengan bacaan doa dan ucapan dari wakil jawatankuasa penganjur.Sedikit gimik "rollcall" turut diadakan walaupun tidak begitu menjadi kerana kesemua tetamu yang hadir lebih teruja untuk berbual sesama mereka.Aktiviti diteruskan dengan ramah mesra sesama tetamu yang lahir dalam bulan yang sama (icebreaking) dan sesi berbual bersama guru-guru.Acara yang paling mencuri tumpuan ialah "Confession" di mana bekas pelajar dipilih secara rawak dari setiap batch masing-masing untuk memberi pengakuan terhadap "salahlaku" yang pernah mereka lakukan sepanjang belajar di KMS.Aktiviti yang terakhir sebelum jamuan ialah
"Pusing kerusi" di mana ia dimenangi oleh batch saya.Selain itu,kami turut juga memenangi hadiah untuk kategori "warna pakaian yang paling seragam".
Pengerusi majlis
Wakil Jawatankuasa Penganjur
Antara bekas pelajar yang hadir
VIP
Ustaz Sofi dan Nadzeri
Cikgu Zainon yang sanggup hadir walaupun kurang sihat.
Cikgu Salizah,mengajar Pure Maths untuk A2.
Akhirnya,menang.
Majlis tamat pada kira-kira jam 2.30 petang, dan saya terus berangkat pulang selepas solat Zohor.
No comments:
Post a Comment