Saudaraku,
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan
ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan
semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau
jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan
rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang
kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh
dengan segala tipu helah.Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan
pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang
dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….berfikirlah….
dan berkomunikasi dengan Allah sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment