Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Pada waktu entry ini ditulis,New Zealand masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan,iaitu pada hari yang terakhir sedang di negara-negara yang lain seperti di Malaysia dan Australia telah menyambut kedatangan bulan Syawal.

Oleh itu,atas kesempatan ini,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada kedua ibubapa saya,Haji Mohd Nudri Mohd Nordin dan Azizah Ku Isahak serta adik beradik dan sanak saudara saya di Malaysia.Tidak dilupakan juga kepada bekas guru-guru saya di SK Selama Jalan Menteri,SMK Dato Haji Hussein,SM Sains Alam Shah dan juga Kolej MARA Seremban.Akhir sekali ditujukan kepada semua yang mengenali saya.

Mudah-mudahan dengan berlalunya madrasah Ramadhan kali ini,hidup kita akan menjadi lebih bermakna dan senantiasa berada di bawah perlindungan-Nya,Insya Allah.

No comments: