Tuesday, February 2, 2010

Bittawfiq,F4 ASiS 2010

Photobucket

Marilah pelajar kita semua,
Menuntut Ilmu Amalan Mulia,
Samalah kita usaha sampai berjaya,
Itulah harapan semua,

Kamilah penuntut yang setia,
Rajin usaha asas kita semua,
Bersatu kita teguh usaha bersama,
Majulah Sains Alam Shah,

Dengarlah dan ingatlah,
Pesanan semua,
Harapan Ayah Bonda,
Semoga berjaya,

Kamilah penuntut yang setia,
rajin usaha asas kita semua,
Bersatu kita teguh usaha bersama,
Menuju cita semua.


Hari ini ialah 2 Februari 2010.Hari di mana ASiS bakal menerima sejumlah pelajar baru dari serata negara untuk meneruskan pengajian di peringkat SPM.Mereka ini ialah generasi yang ke-8 semenjak ASiS ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2003.

Ada beberapa orang bakal pelajar baru ini menghubungi saya secara peribadi, bertanyakan serba sedikit tentang kehidupan di ASiS.Ada juga yang menyatakan bahawa ada rasa gusar di dalam hati mereka yang mereka bakal kecundang terlebih awal dek kerana perkhabaran yang sampai pada mereka bahawa hidup di ASiS bukanlah "A bed of roses".

"No pain,no gain".Tidak akan ada kejayaan sekiranya kita tidak mahu berusaha keras."To gain some, you have to give some".Masuk ke SBP secara umumnya bukanlah semata-mata untuk menjadikan kita pelajar yang berjaya dari sudut akademik, tetapi dari semua segi.

"Kita punya tanggungjawab berikut:

Tanggungjawab ke atas diri; untuk menuntut ilmu supaya diri tidak dibiarkan kosong.

Tanggungjawab ke atas ibu bapa; untuk tidak mengecewakan mereka.

Tanggungjawab ke atas sekolah; untuk bersama-sama menaikkan nama sekolah. bukanlah kerana mahu dipandang orang, tetapi untuk menjaga prestasi sekolah.

Tanggungjawab kepada agama; Kenali diri! pastinya agama memerlukan anda untuk menyebarkannya." - Credit to
Bernafas dalam Jiwa Hamba

Insya Allah, sekiranya tujuan dan niat kita ketika melangkah masuk dan seterusnya bergelar pelajar ASiS itu betul dan jelas, maka Allah akan kurniakan kita petunjuk dan seterusnya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup.Gunakan peluang sekali seumur hidup ini untuk mencari dan mengenal siapa diri anda yang sebenarnya ; Seorang Juara.

Akhir kata, selamat mendaftar kepada bakal-bakal teknokrat, pelajar-pelajar tingkatan empat 2010, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.Semoga anda beroleh kejayaan dan kecemerlangan yang diwarisi sejak zaman berzaman di ASiS, Insya Allah.


No comments: