Friday, February 5, 2010

10 Ciri-Ciri Peribadi Muslim Menurut As-Syahid Hassan Al-Banna

Imam Hasan al-Banna adalah tokoh besar dalam sejarah dakwah dan perjuangan menegakkan Islam. Beliau pernah menggariskan 10 ciri-ciri penting dalam usaha pembentukan peribadi Muslim. Moga Allah sentiasa merahmati beliau dan memberi kekuatan untuk setiap pendakwah yang mengambil suntikan motivasi perjuangan beliau.
Weekend@ASiS 237w

1. Salimul Aqidah.
Masjid Zahir
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah S.W.T dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang maksudnya: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162). Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam dakwahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah S.A.W mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Sahihul Ibadah.
Weekend@ASiS 085w
Ibadah yang benar (sahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul S.A.W. yang penting.Dalam satu hadisnya; baginda menyatakan: 'solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ibadat haruslah merujuk kepada sunnah Rasul S.A.W. yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan (bidaah).

3. Matinul Khuluq.
Weekend@ASiS 229w
Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Kerana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah S.A.W. diutus untuk menyempurnakan akhlak dan baginda sendiri menjadikan akhlaknya sebagai contoh kepada kita sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman yang maksudnya: 'Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi.
Weekend@ASiS 021w
Hockey-Malaysia vs New Zealand
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimum dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apatah lagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim, dan mencegah lebih baik dari mengubati. Justeru,jangan sampai seorang muslim selalu dalam keadaan lemah dan kesakitan. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk perkara yang penting, maka Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: 'Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah' (HR. Muslim).

5. Muthaqqoful Fikri.
Weekend@ASiS 233w
Pintar dalam berfikir (muthaqqoful fikri) merupakan salah satu peribadi muslim yang penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fathonah (cerdas) dan Al-Qur'an banyak menyebut ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang ertinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: 'pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.' Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan.'Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Untuk itu seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Biasakah kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh kerana itu Allah bertanya kepada kita tentang peringkat kecerdasan pemikiran seseorang sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).


6. Mujahadatun Linafsihi.
TS 015
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada dengan seseorang itu berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh kerana itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harithun 'ala Waqtihi.
Weekend@ASiS 022w
Mengurus dan menghargai masa (harithun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah S.W.T banyak bersumpah di dalam Al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah S.W.T memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu ada suatu pepatah yang menyatakan: 'Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.' Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh kerana itu setiap muslim amat dituntut untuk memanfaatkan waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang ditekankan oleh Nabi S.A.W. adalah memanfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan kaya sebelum miskin.

8. Manazim fi Syu'unihi.
Weekend@ASiS 240w
Teratur dalam suatu urusan (manazim fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an mahupun sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama,maka perlulah kita bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kesinambungan dan penguasaan ilmu pengetahuan merupakan antara yang ditekankan dalam menyusun segala urusan ini.

9. Qodirun 'alal Kasbi.
Lutong-11
Memiliki kemampuan untuk berusaha sendiri atau yang juga disebut dengan berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya untuk dilaksanakan memerlukan seseorang itu mempunyai kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Ada diantara kita yang mengorbankan prinsip yang telah dipegangnya kerana tidak memiliki kebebasan dari segi ekonomi. Peribadi muslim tidaklah semestinya miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang perlu kaya agar dia mampu untuk menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, sedekah, dan menyediakan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an mahupun hadis dan hal ini amat dituntut. Dalam hal inilah seorang muslim amat dituntut memiliki kebolehan (skills) tentang apa saja yang baik, agar dengan kebolehannya itu menjadi kelebihan baginya untuk mendapat rezeki dari Allah S.W.T, kerana rezeki yang telah Allah sediakan harus dicari dengan kebolehan yang ada.

10. Naafi'un Lighoirihi.
lenses55-200mm 024
Bermanfaat bagi orang lain (nafi'un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksudkan semestinya manfaat yang baik dimanapun kita berada sehingga orang disekitarnya merasakan kehadirannya kerana bermanfaat besar kepada mereka. Maka jangan sampai seorang muslim itu yang adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya sehabis baik untuk memberi manfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak boleh memainkan peranan yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang ertinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).

No comments: