Sunday, June 20, 2010

Winter Break

  • Alhamdulillah, peperiksaan semester 1 2010 telah tamat pada Jumaat yang lepas. Dengan itu, bermulalah cuti musim sejuk untuk Massey University selama 3 minggu.
  • Ini memberi peluang untuk meluangkan masa dengan hobi saya iaitu fotografi.
  • Semalam, saya telah keluar ke bandar dengan mengayuh basikal sambil membawa D90 saya untuk mengambil gambar-gambar HDR. Kali ini agak berbeza kerana buat pertama kalinya saya menangkap gambar dalam format RAW. Saya agak kurang gemar dengan format ini kerana saiznya yang besar dan cara pemprosesan dan editing nya agak rumit sedikit berbanding dengan format JPEG yang lebih mudah diproses.
  • Tetapi, setelah menggunakan sendiri RAW, saya berasa sangat puas hati dengan hasil yang diperolehi.
  • Daripada aktiviti semalam, saya dapat buat kesimpulan bahawa untuk mendapatkan gambar HDR yang baik, beberapa perkara perlu diambil kira seperti:
- Subjek dan lanskap perlulah mempunyai contrast yang tinggi.
-ISO kamera direndahkan sebanyak mungkin untuk mengurangkan noise.
-Bukaan cahaya (aperture) juga perlu dikurangkan untuk meningkatkan
"depth of field".
- Setelah diproses dengan software "photomatix", hasilnya disimpan dalam
format "16-bit TIFF" untuk retouch dengan photoshop CS4.
  • Berikut adalah contoh gambar HDR yang saya perolehi hasil dari outing semalam.
How beautiful the day ends in New Zealand
Padang tempat lembu meragut di depan kampus

Manawatu River during sunset
Matahari terbenam di Sungai Manawatu (pukul 4petang)

Summerhill Drive
Summerhill Drive, tempat orang2 kaya.

  • Cuti musim sejuk ini, saya akan ke Wellington untuk menghadiri program Jalinan Ukhuwwah New Zealand (JUNZ).

2 comments:

saye kerink said...

Salam Bro Nadly, woahhh!! cantik nya gambar gambar tuh... fuhhh memang puas hati la kalau dapat hasil gambar mcm tuh. btw, NZ memang summer cuti 3weeks je eh? tak macam UK lain lain? humm.. by the way, selamat bercuti! haha. ;]

Nadly said...

Salam....

Skang ni cuti winter.Opposite dgn north yg tngah summer skang.

So cuti xbape pnjang mcm ujung taun ni.

Thanks:)