Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Winter Break

  • Alhamdulillah, peperiksaan semester 1 2010 telah tamat pada Jumaat yang lepas. Dengan itu, bermulalah cuti musim sejuk untuk Massey University selama 3 minggu.
  • Ini memberi peluang untuk meluangkan masa dengan hobi saya iaitu fotografi.
  • Semalam, saya telah keluar ke bandar dengan mengayuh basikal sambil membawa D90 saya untuk mengambil gambar-gambar HDR. Kali ini agak berbeza kerana buat pertama kalinya saya menangkap gambar dalam format RAW. Saya agak kurang gemar dengan format ini kerana saiznya yang besar dan cara pemprosesan dan editing nya agak rumit sedikit berbanding dengan format JPEG yang lebih mudah diproses.
  • Tetapi, setelah menggunakan sendiri RAW, saya berasa sangat puas hati dengan hasil yang diperolehi.
  • Daripada aktiviti semalam, saya dapat buat kesimpulan bahawa untuk mendapatkan gambar HDR yang baik, beberapa perkara perlu diambil kira seperti:
- Subjek dan lanskap perlulah mempunyai contrast yang tinggi.
-ISO kamera direndahkan sebanyak mungkin untuk mengurangkan noise.
-Bukaan cahaya (aperture) juga perlu dikurangkan untuk meningkatkan
"depth of field".
- Setelah diproses dengan software "photomatix", hasilnya disimpan dalam
format "16-bit TIFF" untuk retouch dengan photoshop CS4.
  • Berikut adalah contoh gambar HDR yang saya perolehi hasil dari outing semalam.
How beautiful the day ends in New Zealand
Padang tempat lembu meragut di depan kampus

Manawatu River during sunset
Matahari terbenam di Sungai Manawatu (pukul 4petang)

Summerhill Drive
Summerhill Drive, tempat orang2 kaya.

  • Cuti musim sejuk ini, saya akan ke Wellington untuk menghadiri program Jalinan Ukhuwwah New Zealand (JUNZ).

Wednesday, March 10, 2010

Jangan Pernah Putus Asa

Insya Allah, pada besok hari, Khamis 11 Mac 2010, keputusan SPM 2009 akan diumumkan. Tarikh ini bagi mereka yang berkenaan, sememangnya amat dinanti-nantikan. Pelbagai persoalan seperti, berjayakah mereka mendapat keputusan yang cemerlang, mampukah keputusan ini menjamin biasiswa ke luar negara dan kemana pula hala tuju selepas ini sudah pastinya bermain di dalam fikiran masing-masing.

Bagi mereka yang sudah ditakdirkan mendapat keputusan yang cemerlang, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.Banyakkanlah memanjatkan kesyukuran serta memuji Allah S.W.T yang telah memberikan nikmat ini kepada mereka.Namun demikian, jalan sebenarnya masih lagi jauh dan banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi. Ada sahaja yang cemerlang di dalam SPM namun akhirnya kecundang di tengah jalan. Jadikan kejayaan ini sebagai permulaan yang baik di dalam mengharungi "stage" yang berikutnya. Saya tertarik dengan status facebook salah seorang rakan saya, Mohd Ikhwan Ahmad Zaki yang berbunyi;

Tiada guna semua A plus dalam peperiksaan percubaan dan sebenar SPM, tapi kebejatan akhlak. Hilang nilai hormat kepada ibu bapa, dan orang yang lebih tua. Memandang orang lain mungkin sebagai sampah, kerana rasa diri lebih hebat ilmu. Akhirnya orang sebegini terus disesatkan Allah dengan kepandaian ilmu ukuran dunia semata-mata.


Memang benar.Kadang-kadang nikmat yang diberikan Allah itu sebenarnya hanya untuk menguji seseorang itu sama ada dia sentiasa istiqamah dalam mengejar keredhaan Allah, ataupun terus lupa daratan.Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara yang sedemikian.Seperti kata yang pernah diucapkan oleh Sheikhul Islam, Ibnu Taimiyyah;

Suatu kesulitan yang menjadikan kamu kembali kepada Allah adalah lebih baik dari suatu kesenangan yang menyebabkan kamu lupa kepada Allah

Kepada mereka yang tidak bernasib baik, mereka boleh sedih dan kecewa tapi jangan sekali-kali berputus asa. Jatuhnya kita itu bukanlah suatu kekalahan total, tetapi kekalahan itu sebenarnya terjadi jika kita tidak bangun-bangun dari kegagalan tersebut.Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Inshirah ayat 5-6;

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Dua kali Allah mengulangi janji-Nya dan Allah tidak pernah sekali-kali memungkiri janji-Nya.
Percayalah bahawa Allah telah menentukan yang terbaik bagi kita kerana Allah berfirman di dalam surah Baqarah ayat 216 yang bermaksud;

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"



Selamat mengambil keputusan SPM 2009 kepada semua yang berkenaan.Barakallahu feekum wa fi amanillah.