Saturday, February 14, 2009

Minggu Orientasi Tingkatan 4 ASiS 2009

Pada hari Khamis yang lepas,saya telah dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar di ASiS pada Selasa yang lalu.Program ini bermula pada jam 9 malam,bertempat di Dewan Besar ASiS.Turut sama memberikan ceramah ialah saudara Izzat A.Rahman dan saudara Zulfadli Zakaria.Mereka berdua adalah rakan saya semasa bergiat di dalam Lembaga Pengawas dahulu.Kedua-dua mereka kini menuntut di Australia (Izzat di UWA,manakala Zul di UniMelb.) dan pulang ke Malaysia untuk bercuti dan melakukan "internship".

Dari kiri;Izzat A Rahman,SAYA,Zulfadli Zakaria

Idea untuk mengadakan program ini pada awalnya diilhamkan oleh saudara Izzat sendiri.Kebetulan pada minggu lalu,Cikgu Shafrin juga menyatakan idea yang sama kepada saya berkenaan program ini.Jadi,setelah dirancang akhirnya dapat juga dilaksanakan akhirnya.

Antara lain,aktiviti ini antaranya bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tingkatan 4 bahawa mereka sebenarnya amat-amat bertuah kerana terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP),di samping berkongsi pengalaman yang diperolehi penceramah semasa belajar di ASiS sendiri.

Program dimulakan dengan kata alu-aluan serta mukadimah daripada Cikgu Shafrin selaku pengerusi majlis.Kemudian,sesi ceramah dimulakan dengan saya selaku penceramah yang pertama,diikuti oleh saudara Zulfadli Zakaria,dan disudahi oleh saudara Izzat Rahman.Isi ceramah yang disampaikan berkisar tentang latar belakang penceramah,pengalaman dan asam garam kehidupan di SBP,input dan ibrah yang ditarbiyahkan sepanjang menjadi pelajar di ASiS,dan kehidupan setelah bergelar bekas pelajar ASiS.

Para pelajar mendengar ceramah dengan khusyuk


Saya sedang menyampaikan ceramah


Giliran saudara Zulfadli Zakaria memberi amanat


Kemuncak majlis....ucapan dari saudara Izzat A.Rahman


Majlis diakhiri dengan tayangan video-video yang menunjukkan pengalaman dan gambar-gambar menarik pelajar-pelajar Malaysia di Australia.Idea untuk menayangkan video ini dicetuskan oleh saudara Zulfadli dan Izzat sendiri.Ternyata,para pelajar tingkatan 4 cukup teruja dan bersemangat apabila melihat video-video ini.Inilah antara objektif program ini dibuat;iaitu sebagai pembakar semangat mereka untuk tidak berputus asa di dalam meneruskan survival sebagai pelajar SBP.

Sebahagian daripada sedutan video "A true Muslim Life"

Selesai sahaja program ceramah ini,kami bertiga makan malam bersama dengan pelajar-pelajar baru ini di dewan makan.Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya oleh para pelajar ini untuk bertanyakan sebarang soalan yang terbuku di hati masing-masing.Mereka juga meminta emel,alamat blog malahan autograf yang mana dengan harapan pertemuan kali ini tidak akan terhenti di situ sahaja,malahan akan berterusan sampai bila-bila.

Sesi menandatangani autograf....

Saudara Izzat juga melayan permintaan para pelajar


Begitu juga dengan saudara Zulfadli

Waktu sudah melebihi waktu "light-off" ketika kami selesai berinteraksi dengan para pelajar di dewan makan.Saudara Izzat dan Zulfadli terpaksa pulang malam itu juga kerana Izzat perlu menyambung tugas "internship" keesokan harinya.Saya pula bermalam di ASiS dan hanya pulang ke Kuala Selangor pada awal pagi Jumaat.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya ringkaskan terhadap program kali ini.Mudah-mudahan sedikit usaha yang kami lakukan sebagai OASiS (Old Boys of ASiS) dapat membantu memotivasikan pelajar ASiS di dalam mencapai cita-cita mereka serta usaha mencapai misi dan visi sekolah.Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Encik Razmi Abd Razak dan Encik Ahmad Shafrin selaku penganjur majlis ini.Insya Allah,ada rezeki kita bertemu lagi,dan doakan kejayaan kami selaku pelajar Malaysia yang berjaya di bumi Australasia,Insya Allah di dunia dan di akhirat...Ameen..

Kalau ada sumur di ladang,
boleh lah kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Insya Allah,kita jumpa lagi.

7 comments:

TyRoX SaN said...

laen kali kenakan caj...

sejam RM 1000000. ahahha

Nadly said...

Heheh...aku tak ar kejam sangat..apatah lagi mata duitan..har3~

erul alambina said...

haha.
bajet rr kowg dpt jd public figure kt asis..
haha.
ko bkn cute pon smpai diowg mtk autograph..
haaha. ;P

nwy,
brapa ramai intake taun ni?
npe cm sikit je?
ASIS sudah x diminati kah?
huuuuuu~

Nadly said...

Hahah...at least deme minx jugak...bukan macam ko.Budak2 pakat lari kalo nmpak ko dtang..kih3~


1st intake la tuh...sok de la 2nd dgn 3rd intake.X ke ramai tuh?Smpai Encik G pn "letih" dengan ramainye populasi students kt ASiS neyh..~~

erul alambina said...

pe kes lak ni??
nk kenakan ak lak...
blasahh kang!
huh!

encik G?
sape kah?
populasi apekah yg kome cuba maksudkn neyh????~

fatah85 said...

batch 4.
oasis.
saya rindu asis.
sangat rindu.
moga effort yg bro keluarkan akan berbekas pada batch baru asis.

marilah pelajar kita semua,
menuntut ilmu amalan mulia. . ..


lalalala.. .. .

Nadly said...

Erul Alambina & anak2---Encik G?Encik Gani ler...lorh.?kan ko cakap, "asal nampak sikit?"...populasi student ASiS yg skang ni ramai actually..bukan sket mcm ko nampak kt dlm gambo tuh...LAMPI sungguh.

Abd Fatah---yeah..me too.Insya Allah~~