Massey University (MU),New Zealand bolehlah disifatkan sebagai Universiti Kebangsaan New Zealand.Terletak di bandar Palmerston North yang sedang membangun,ia adalah universiti yang terbesar di New Zealand.
Populasi pelajar Malaysia yang berada di MU tidaklah begitu ramai.Begitu juga dengan populasi Muslim,namun dijangka ia akan meningkat dari semasa ke semasa.FIANZ telah merekodkan populasi umat Islam di New Zealand telah meningkat sebanyak 50% semenjak 5 tahun yang lepas.
Saya berjaya mencari lokasi Palmerston North dan seterusnya MU menggunakan perisian Google Earth.Sila lihat gambar di bawah.
Ditunjukkan juga dalam gambar ialah Kairanga Court,tempat saya bakal menginap kelak dan juga Marsden Lecture Theatre di mana hampir kebanyakan kuliah dan tutorial saya diadakan.Jarak dari Kairanga Court ke Marsden hanyalah sekitar 3-4 minit,iaitu sama seperti dari asrama Burhanudin ke Bangunan Razak di KMS,ataupun sama seperti dari Blok C ke kelas 5 Bestari di ASiS.
Dengan menggunakan perisian ini,saya juga dapat mencari lokasi-lokasi yang penting seperti lapangan terbang Palmerston North,perhentian bas,kedai-kedai menjual barangan seharian,kedai menjual daging halal dan sebagainya.
Google Earth memang sangat berguna,terutama apabila kita mahu menyesuaikan diri dengan tempat baru.Mungkin rakan-rakan KMS masih lagi ingat bagaimana Mr.Mohamed Bucksey mengajar kita bagaimana untuk menggunakan perisian ini dengan efektif.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke Palmerston North dipermudahkan segala-galanya,dikurangkan dugaannya,dan akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan cara hidup di sana sebagai perantau,Ameen ya Rabbal A'lameen.....
1 comment:
thanks ingat kan aku install Google Earth:D
Post a Comment