Monday, February 23, 2009

Kia Ora....Haere Mai!

Alhamdulillah,saya selamat sampai di Massey University setelah menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan.

Insya Allah,saya akan mendaftarkan subjek-subjek saya besok pagi dan kemudian terus menghadiri kuliah pertama saya di Massey Universiti.....

Untuk mendengar cerita selanjutnya,sila layari

www.nadlyaizat.blogspot.com


Sekian,bertemu di lain kesempatan.

Friday, February 20, 2009

Mastika Terakhir

Sengaja saya letakkan tajuk seperti di atas kerana dua perkara yang berikut:

i)Saya berjaya juga mendapatkan majalah kegemaran saya,"Mastika" edisi Mac 2009 semalam.Dan inilah mastika yang terakhir saya beli dan membacanya kerana tiada lagi peluang seumpamanya di New Zealand kelak.

Untuk pengetahuan pembaca semua,saya mula mengumpulkan majalah mastika semenjak tingkatan 4 lagi.Minat ini diteruskan sehingga sekarang.Teringat lagi saya ketika belajar di Kolej MARA Seremban dulu,di mana bilik saya selalu dikunjungi oleh peminat-peminat majalah ini.Oleh yang demikian saya mewujudkan sebuah "perpustakaan kecil" di dalam bilik saya bagi memudahkan rakan-rakan untuk membaca majalah ini.Namun,ada sedikit perkara yang agak saya kesalkan,iaitu apabila ada di antara mastika ini hilang atau diambil tanpa dipulangkan sehingga kini.


Antara sebab saya suka membaca mastika ialah isi ceritanya yang relevan dengan perkembangan isu semasa dan cara penyampaiannya yang agak santai biarpun berilmiah.Walaupun ia dihasilkan dalam bentuk tabloid bersaiz kompak,tetapi ia tidak seperti majalah-majalah picisan yang lain.


ii)Mastika ialah singkatan bagi dua perkataan,iaitu "Masa" dan "Ketika".Hari ini,hari Jumaat ialah hari terakhir saya di Malaysia.Petang nanti saya akan meninggalkan tanah air menuju ke bumi Aotearoa,New Zealand untuk menyambung pelajaran.Oleh itu,saat inilah "masa" dan "ketika" yang terakhir buat saya di Malaysia.Sudah semestinya saya akan merindukan tanah air saya yang tercinta ini.

Sekali lagi,saya memohon kemaafan atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di Malaysia.Saya juga memohon kepada pembaca-pembaca semua agar mendoakan kejayaan saya semasa belajar di New Zealand nanti.Insya Allah.....di lain waktu dan kesempatan kita akan bertemu lagi.....................



Ameen,ya Rabbal Alameen.....

Wednesday, February 18, 2009

Autisme

Bagaimanakah sebenarnya rupa autisme?

Terdapat ramai individu dengan autisme mempunyai ciri-ciri seperti kekurangan upaya atau defisit dalam kemahiran berkomunikasi dan asas kemahiran hidup akan tetapi ciri-ciri kanak-kanak autisme tidak serupa. Maka ramai ahli profesional merujuk autisme sebagai "pelbagai masalah" (spectrum disorder). Autisme sendiri merupakan gangguan yang berkaitan banyak aspek perkembangan kanak-kanak, ada tiga kumpulan dengan fungsi berbeza yang yang biasa menghadapi masalah, iaitu bahasa, fungsi sosial, dan tingkahlaku repetitif.


Mendefinisikan Autisme

Autisme masih kurang difahami dan dianggap paling misteri dalam kumpulan "pervasive developmental disorders [PDD]." Ramai pula yang tidak pernah berjumpa atau mengenali individu yang mengalami autisme. The National Institute of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme ialah masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi individu sepanjang hayatnya. Individu dengan autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan komunikasi. Jadi mereka menghadapi masalah pertuturan atau mereka tidak dapat menumpukan atau memberikan perhatian kepada anda. Mereka berkelakuan tertentu, atau mengulang-ngulangkan [ekolalia] perbuatan tingkah laku tertentu (seperti tidak mendengar arahan kecuali diletakkan pensil secara selari, atau menyatakan ayat tertentu berulang-ulang kali). Mereka mungkin bertepuk tangan menyatakan mereka gembira dan mencederakan diri sendiri untuk menyatakan sebaliknya.

Pada 1943, Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner pula (1943/ 1983) menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan diri dari realiti/kehidupan sebenar." Sebelum Kanner, kanak-kanak yang mengalami masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded, idiot, mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism, childhood onset pervasive deveopmental disorder." Anggapan apabila dewasa mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional.

Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama. Perkataan "autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia yang bermaksud menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar.

Pada peringkat awal autisme sudah dapat dilihat tanda-tandanya sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun, Kebiasaanya gejala autisma sudah mulai dapat dikesan seawal secara saintifik di usia 2 hingga 5 tahun. Tapi pada beberapa kes, tanda-tanda autisme hanya boleh dikesan di usia sekolah. Secara umum, gejala autisme berbeza-beza bagi setiap orang yang mengalaminya


Tanda-tanda autisma meliputi beberapa gangguan perkembangan pada anak, iaitu :

1. Gangguan komunikasi, verbal dan non verbal

- Lambat berkomunikasi atau tidak dapat komunikasi.
- Mengeluarkan kata - kata yang tidak dapat difahami oleh orang lain.
- Sukar memahami dan tidak menggunakan kata-kata dalam konteks yang sesuai.
- Tidak bercakap apabila berkomunikasi untuk komunikasi.
- Suka meniru, ada yang pandai meniru nyanyian, nada-nada tertentu atau kata-kata yang mempunyai maknanya.
- Kadang autisme berkomunikasi mendatar seperti robot.
- Mimik muka yang tiada reaksi.
- Keadaanya seperti mengalami masalah pendengaran, tetapi bila mendengar suara yang disukainya,mereka akan bereaksi dengan cepat.

2. Gangguan interaksi sosial

- Mengelak atau menghindari untuk bertentangan muka.
- Mengalami maslahan pendengaran.
- Merasa tidak selesa dan meronta-ronta bila dipeluk.
- Tidak berusaha untuk berinteraksi dengan orang lain.
- Bila inginkan sesuatu, mereka akan menarik tangan orang yang terdekat dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuknya.
- Bila didekati untuk bermain, golongan autisme akan menjauhi diri.
- Kebiasaan golongan autisme kehadirannya memberi ketidakselesaan kepada orang lain..
- Ketidakmahuan untuk berhubung dengan orang lain lebih kelihatan pada rakan-rakan seusia dengannya.

3. Gangguan perilaku dan bermain

- Kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu cara untuk bermain. Jika bermain pun, kelihatan agak mendatar dan melakukan gerakan yang berulang selama berjam-jam.
- Apabila sudah agak selesa dengan sesuatu permainan, mereka akan menolak jika diberi permainan yang lain serta cara bermainnya juga cukup pelik dan aneh.
- Menahan sesuatu benda yang berpusing (memegang tayar kereta permainan secara terus menerus untuk jangka masa yang lama).
- Mengengam sesuatu benda seperti kad, tali, pencil dan sebaginya secara berterusan dan dibawa ke mana-mana.
- Sering memerhatikan jari-jarinya sendiri, kipas angin yang sedang berputar, air yang berterusan bergerak.
- Kerap menunjukan kelakuan bersifat ritualistik.
- Kadang-kadang golongan autisma memperlihatkan seperti golongan hiperaktif, seperti tidak dapat duduk diam untuk seketika, berlari-lari ke sana sini, melompat-lompatdan sebagaiya.
- Kadang-kadang mereka akan menunjukan sifat yang sangat diam dan tenang.

4. Gangguan perasaan dan emosi

- Tidak mempunyai atau kurang perasaan simpati. Kadang-kadang mereka tidak mempunyai perasaan kasihan. Bila ada saja kanak-kanak menangis, ia tidak mempunyai perasaan kasihan tapi malah merasa terganggu. Ia memnghampiri kanak-kanak menagis dan memukulnya.
- Ketawa sendiri, menangis atau marah-marah tanpa sebab yang nyata.
- Sering mengamuk di luar kawalan, terutama apabila mereka tidak mendapatkan apa yang diingini,bahkan mereka juga boleh menjadi agresif dan dekstruktif.

5. Gangguan persepsi di luar kawalan atau di bawah sedar

- Mencium, menggigit atau menjilat mainan atau benda apa saja.
- Bila mendengar suara kuat bunyinya mereka terus menutup mata.

- Merasa tidak selesa bila memakai pakaian dengan bahan tertentu.

Saturday, February 14, 2009

Minggu Orientasi Tingkatan 4 ASiS 2009

Pada hari Khamis yang lepas,saya telah dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar di ASiS pada Selasa yang lalu.Program ini bermula pada jam 9 malam,bertempat di Dewan Besar ASiS.Turut sama memberikan ceramah ialah saudara Izzat A.Rahman dan saudara Zulfadli Zakaria.Mereka berdua adalah rakan saya semasa bergiat di dalam Lembaga Pengawas dahulu.Kedua-dua mereka kini menuntut di Australia (Izzat di UWA,manakala Zul di UniMelb.) dan pulang ke Malaysia untuk bercuti dan melakukan "internship".

Dari kiri;Izzat A Rahman,SAYA,Zulfadli Zakaria

Idea untuk mengadakan program ini pada awalnya diilhamkan oleh saudara Izzat sendiri.Kebetulan pada minggu lalu,Cikgu Shafrin juga menyatakan idea yang sama kepada saya berkenaan program ini.Jadi,setelah dirancang akhirnya dapat juga dilaksanakan akhirnya.

Antara lain,aktiviti ini antaranya bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tingkatan 4 bahawa mereka sebenarnya amat-amat bertuah kerana terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP),di samping berkongsi pengalaman yang diperolehi penceramah semasa belajar di ASiS sendiri.

Program dimulakan dengan kata alu-aluan serta mukadimah daripada Cikgu Shafrin selaku pengerusi majlis.Kemudian,sesi ceramah dimulakan dengan saya selaku penceramah yang pertama,diikuti oleh saudara Zulfadli Zakaria,dan disudahi oleh saudara Izzat Rahman.Isi ceramah yang disampaikan berkisar tentang latar belakang penceramah,pengalaman dan asam garam kehidupan di SBP,input dan ibrah yang ditarbiyahkan sepanjang menjadi pelajar di ASiS,dan kehidupan setelah bergelar bekas pelajar ASiS.

Para pelajar mendengar ceramah dengan khusyuk


Saya sedang menyampaikan ceramah


Giliran saudara Zulfadli Zakaria memberi amanat


Kemuncak majlis....ucapan dari saudara Izzat A.Rahman


Majlis diakhiri dengan tayangan video-video yang menunjukkan pengalaman dan gambar-gambar menarik pelajar-pelajar Malaysia di Australia.Idea untuk menayangkan video ini dicetuskan oleh saudara Zulfadli dan Izzat sendiri.Ternyata,para pelajar tingkatan 4 cukup teruja dan bersemangat apabila melihat video-video ini.Inilah antara objektif program ini dibuat;iaitu sebagai pembakar semangat mereka untuk tidak berputus asa di dalam meneruskan survival sebagai pelajar SBP.

Sebahagian daripada sedutan video "A true Muslim Life"

Selesai sahaja program ceramah ini,kami bertiga makan malam bersama dengan pelajar-pelajar baru ini di dewan makan.Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya oleh para pelajar ini untuk bertanyakan sebarang soalan yang terbuku di hati masing-masing.Mereka juga meminta emel,alamat blog malahan autograf yang mana dengan harapan pertemuan kali ini tidak akan terhenti di situ sahaja,malahan akan berterusan sampai bila-bila.

Sesi menandatangani autograf....

Saudara Izzat juga melayan permintaan para pelajar


Begitu juga dengan saudara Zulfadli

Waktu sudah melebihi waktu "light-off" ketika kami selesai berinteraksi dengan para pelajar di dewan makan.Saudara Izzat dan Zulfadli terpaksa pulang malam itu juga kerana Izzat perlu menyambung tugas "internship" keesokan harinya.Saya pula bermalam di ASiS dan hanya pulang ke Kuala Selangor pada awal pagi Jumaat.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya ringkaskan terhadap program kali ini.Mudah-mudahan sedikit usaha yang kami lakukan sebagai OASiS (Old Boys of ASiS) dapat membantu memotivasikan pelajar ASiS di dalam mencapai cita-cita mereka serta usaha mencapai misi dan visi sekolah.Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Encik Razmi Abd Razak dan Encik Ahmad Shafrin selaku penganjur majlis ini.Insya Allah,ada rezeki kita bertemu lagi,dan doakan kejayaan kami selaku pelajar Malaysia yang berjaya di bumi Australasia,Insya Allah di dunia dan di akhirat...Ameen..

Kalau ada sumur di ladang,
boleh lah kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Insya Allah,kita jumpa lagi.

Wednesday, February 11, 2009

ASiS;Syahbandar

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke sekolah tempat saya pernah belajar,iaitu ASiS (SM Sains Alam Shah) di Bandar Tun Razak.Kunjungan ini telah saya rancang sejak minggu lalu di samping menghadiri taklimat pra-perjalanan anjuran MARA di UniKL.Saya meluangkan masa dari hari Jumaat 6hb hingga Ahad 8hb di sana.

Kali terakhir saya melawat ASiS ialah pada bulan April yang lepas,iaitu ketika Hari Karnival ASiS diadakan.Dan sepanjang tempoh itu,pelbagai perubahan dan kejayaan dikecapi oleh ASiS.Ramai guru-guru ASiS pada zaman saya dahulu berpindah.Tiada lagi cikgu Farihah,Cikgu Farihan,Cikgu Bad,Cikgu Titiyaka,Ustaz Zul,Cikgu Rosemawati dan Ustazah Muhayah.Selain itu,asrama kini tiada lagi katil double decker dan digantikan dengan katil single.Blok tempat Cikgu Rosemawati dan Ustazah Muhayah tinggal dulu kini menjadi blok asrama yang baru.Dewan besar sekolah kini dilengkapi air-conditioner.Bahagian ampaian pula kini sudah berbumbung.



Melihat semua ini,saya pantas mengingat kembali semasa era batch-batch perintis,iaitu batch 1 dan batch 2 (batch saya).Semua itu tidak ada malah kemudahan yang ada cukup terhad.Teringat sewaktu di dalam kelas semasa cikgu mengajar,tiba-tiba ramai kawan-kawan dari kelas lain dan kelas saya berlari-lari sehingga keadaan di luar kawalan cikgu.Rupa-rupanya mereka berlari ke arah ampaian untuk menyelamatkan pakaian masing-masing dari basah kuyup akibat hujan lebat.

Banyaklah lagi dugaan dan cabaran selaku pelajar perintis di ASiS ini.Namun itu semua tidak menjadi penghalang.Kejayaan demi kejayaan dicapai dari segi akademik dan kokurikulum semenjak zaman itu hinggalah sekarang.

"Oleh itu,adik-adik sekalian perlu bersyukur dengan segala nikmat yang anda kecapi sekarang.Syukur itu bukan sahaja perlu terucap secara lisan,malahan perlu timbul dari hati nurani anda sendiri,tatkala kalian menghadapi sesuatu dugaan maka janganlah merungut.Fikirkan bahawa ada lagi insan yang jauh kurang bernasib baik seperti anda.Tatkala itu,Allah akan memberi kita ilham bagaimana untuk mengatasi dugaan itu asalkan ada iltizam dari kalian untuk merubah diri sendiri"

-Inilah antara pesanan saya dalam tazkirah maghrib pada hari Sabtu yang lepas kepada pelajar-pelajar ASiS yang kini menjangkau batch ke-6.Kata-kata ini saya ucapkan di atas kesedaran bahawa ASiS kini tidak lagi boleh memandang ke belakang,sebaliknya terus maju ke hadapan.2010 cuma tinggal setahun lagi dari sekarang.Harapan agar visi ASiS untuk menzahirkan pemimpin bertaraf dunia akan dapat dicapai pada tahun itu.

Syahbandar

Saya berkesempatan meninjau sendiri aras dan dorm tempat saya tinggal dahulu di ASiS.Pemandangannya sudah berubah sama sekali.Dinding dicat dengan baik dan lambang-lambang dan slogan sebagai trademark rumah dapat dilihat di mana-mana.Lantai dorm juga telah berjubin.Dorm kini sudah berkali ganda cantiknya dari dulu.Sekali sekala teringat pujian dari ketua guru rumah terhadap lantai dorm 2B5 yang senantiasa berkilat sehingga menjadi buah mulut semua guru-guru ASiS ketika dahulu.

"Lantai 2B5 berkilat.Sampai boleh dibuat cermin.Macam inilah yang saya mahu dari setiap dorm Syahbandar"-Encik Zulkifli Hamzah

"Tiap-tiap kali mesyuarat warden,takde cerita lain yang keluar.Mesti nak cakap pasal lantai dorm 2B5"-Encik Sharil Adha Md Nor

Juga ingatan terhadap rakan-rakan se-dorm yang lain seperti Afif,Ikhwan,Azrin,Ucop,Fikri Azriq,Qawiem,Afiq,Imran,Pi'e dan Joe yang kini sudah pun punya hala-tuju masing-masing.Tidak juga dilupakan senior dorm seperti abang Mat Sharil,Rohaizwan dan ketua Dorm-Encik Kicap.Banyak kenangan,samada yang manis atau pahit sepanjang saya tinggal di dorm ini.




Hanya satu sahaja kebanggaan saya yang masih tinggal bersama Syahbandar,iaitu lagu rasmi yang dinyanyikan tiap-tiap pagi Selasa semasa perhimpunan mingguan rumah.Saya telah mencipta lagu ini setelah lagu yang pertama saya ciptakan untuk Syahbandar "kurang mendapat sambutan".Saya rasa cukup terharu kerana lagu ini masih lagi dinyanyikan oleh ahli rumah Syahbandar sehinggalah sekarang.

Lagu ini diilhamkan dari lagu "Biar Jasa Jadi Kenangan" yang sering dinyanyikan oleh penyokong pasukan bola sepak Kedah.Berikut adalah liriknya:

Yakinkanlah diri sendiri
berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Mengharungi serata negeri

Biar jasa jadi kenangan
hitam kuning lambang kemegahan
penuh semangat dengan harapan
Syahbandar!Syahbandar jadi johan

Korus:

Kami...Kami pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas semula gagah
bujur lalu melintang patah

Hitam kuning tandaku,
Jalur lambang rumahku
Sematkanlah harapan
Cemerlang Gemilang dan terbilang...

Namun begitu,kenangan-kenangan ini mungkin suatu hari nanti akan hilang begitu sahaja tatkala kedengaran dari kalangan guru-guru ASiS sendiri bahawa ASiS bakal berpindah ke premis baru di Sendayan,Negeri Sembilan.Ini kerana Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) akan mengambil alih kawasan ASiS sebagai jajahan takluknya;sesuatu yang amat dikesalkan ramai pihak,termasuklah diri saya sendiri.

Sekarang,usaha-usaha telah dimulakan oleh pihak sekolah sendiri dengan bantuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) untuk membatalkan usaha MPIK tersebut.ASAS merasa terpanggil untuk membantu kerana mereka masih menganggap kawasan ASiS ini sebagai sebahagian daripada Sekolah Alam Shah (SAS) yang sudah berpindah ke Putrajaya.Lagipun Alumni Pelajar ASiS (OASiS) masih lagi belum kukuh untuk turut sama membantu.Namun OASiS tetap akan mengusahakan sesuatu bagi membantu pihak sekolah mengatasi krisis ini.

Biar apa jua kesudahannya,saya amat berharap agar kegemilangan dan kehebatan ASiS sebagai sekolah yang cemerlang dari pelbagai sudut hasil gabungan cetusan minda para guru dengan teknokrat ASiS ini tidak akan mudah pudar,malah terus mencapai kejayaan pada masa akan datang,biarpun diasak dari pelbagai sudut,bak kata lagu Syahbandar tadi;

"Kami pantang kalah,walau sakit jatuh dan rebah,bangun lantas semula gagah,bujur lalu melintang patah."




P/s:Insya Allah,saya akan kembali ke ASiS pada Khamis ini sekiranya saya masih belum berlepas ke New Zealand.Saya dijemput oleh pihak sekolah bersama-sama saudara Izzat A.Rahman,dan Zulfadli Zakaria (kini masing-masing menuntut di University of Western Australia (UWA) dan University of Melbourne) untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar ASiS batch ke-7 yang baru mendaftar.

Cikgu Shafrin keluar di TV9 setahun lalu;

Massey University via Google Earth

Massey University (MU),New Zealand bolehlah disifatkan sebagai Universiti Kebangsaan New Zealand.Terletak di bandar Palmerston North yang sedang membangun,ia adalah universiti yang terbesar di New Zealand.

Populasi pelajar Malaysia yang berada di MU tidaklah begitu ramai.Begitu juga dengan populasi Muslim,namun dijangka ia akan meningkat dari semasa ke semasa.FIANZ telah merekodkan populasi umat Islam di New Zealand telah meningkat sebanyak 50% semenjak 5 tahun yang lepas.

Saya berjaya mencari lokasi Palmerston North dan seterusnya MU menggunakan perisian Google Earth.Sila lihat gambar di bawah.


Ditunjukkan juga dalam gambar ialah Kairanga Court,tempat saya bakal menginap kelak dan juga Marsden Lecture Theatre di mana hampir kebanyakan kuliah dan tutorial saya diadakan.Jarak dari Kairanga Court ke Marsden hanyalah sekitar 3-4 minit,iaitu sama seperti dari asrama Burhanudin ke Bangunan Razak di KMS,ataupun sama seperti dari Blok C ke kelas 5 Bestari di ASiS.

Dengan menggunakan perisian ini,saya juga dapat mencari lokasi-lokasi yang penting seperti lapangan terbang Palmerston North,perhentian bas,kedai-kedai menjual barangan seharian,kedai menjual daging halal dan sebagainya.

Google Earth memang sangat berguna,terutama apabila kita mahu menyesuaikan diri dengan tempat baru.Mungkin rakan-rakan KMS masih lagi ingat bagaimana Mr.Mohamed Bucksey mengajar kita bagaimana untuk menggunakan perisian ini dengan efektif.

Mudah-mudahan perjalanan kami ke Palmerston North dipermudahkan segala-galanya,dikurangkan dugaannya,dan akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan cara hidup di sana sebagai perantau,Ameen ya Rabbal A'lameen.....

Tuesday, February 10, 2009

Semangat

Saya tujukan posting ini kepada sesiapa yang merasa tension kerana MARA masih tidak memaklumkan tarikh sebenar penerbangan ke New Zealand hingga ke hari ini,yang tak lain dan tak bukan iaitu sedari Fairuz,sedari Ain dan.....saya sendiri.

Tapi,usah bimbang.MARA sudah berjanji bahawa ESOK ADALAH HARINYA.Oleh itu,sama-sama kita menantikan detik bersejarah ini dengan penuh kesabaran dan SEMANGAT.

SEMANGAT yang bagaimana?Sila lihat video-video dibawah.



Wednesday, February 4, 2009

Arsenal's New "Tikvah"


Arsenal Football Club is delighted to announce that Russian international midfielder, Andrey Arshavin has joined the Gunners from Zenit St. Petersburg on a long-term contract for an undisclosed fee.

Arshavin, 27, who played a key part in Zenit’s UEFA Cup winning campaign last season, was also a member of the Russian EURO 2008 squad in which he scored two goals from his three appearances, earning him a place in the ‘Team of the Tournament’.

Arshavin won the Russian Premier League with Zenit in 2007, making a total of 232 appearances for his previous club, scoring 51 goals. During his time with Zenit, he was also part of the winning team that picked up the Russian Super Cup in 2008, the Russian Premier League Cup in 2003 and featured in the UEFA Super Cup victory over Manchester United in Monaco last August.

With 41 international caps for Russia, Arshavin has scored a total of 15 goals for his country. His versatility has allowed him to play in a variety of positions; the 2006 Russian Footballer of the Year started his career as a right midfielder, but has since played as an attacking midfielder and more recently has filled the ‘second striker’s’ role.

Manager Arsène Wenger said: “We are delighted to have signed Andrey Arshavin, he is a player I have admired for a long time. He is a versatile player with great experience, who will add real quality to our squad. Andrey is an exciting impact player with a huge amount of ability and has been an influential force with both Zenit St Petersburg and the Russian national team in recent seasons.”

After completing his move to the Gunners, Arshavin said: “I am so happy to be joining Arsenal. They are one of the leading football clubs in the world, with a group of fantastic young players and a great manager. I am looking forward to making the Arsenal supporters happy and helping this great Club win trophies.”

Ivan Gazidis, Chief Executive of Arsenal Football Club added: “Andrey was identified by Arsène as a quality creative player that would add something special to this youthful but talented squad. The Board has always backed the manager with his transfer targets and we are delighted to welcome Andrey to the Club where he will help us to challenge for honours this season.”

Due to his participation in the UEFA Champions League with Zenit St Petersburg this season, Andrey will not be available to play for Arsenal in this competition for the remainder of the 2008/09 season.

Andrey will wear the number 23 shirt.


Ulasan:Diharapkan dengan kehadiran Andrei Arshavin,Arsenal akan bermain lebih mantap dan bertenaga serta dapat mengatasi masalah corak permainannya yang selalu tidak konsisten.Tahniah diucapkan kepada Arsenal dan selamat berjuang buat Arshavin.


P/s:"Tikvah" adalah perkataan Hebrew yang bermaksud "harapan"


Monday, February 2, 2009

Rasional Memboikot

Saya merasa tertarik dengan tulisan terbaru saudara Irfan Jusoh berkaitan pendekatan memboikot produk-produk syarikat yang diyakini menyokong dasar ketenteraan Israel yang tegar menumpahkan darah umat Islam di Palestin khususnya.Seperti mana kata beliau,tindakan memboikot ini perlu dikaji secara teknikal,bukan sahaja atas sebab kewajipan umat Islam,tatkala rakan seagama kita ditindas tanpa belas kasihan di Gaza.Turut disertakan di dalam entri terbaru beliau itu ialah emel dari seseorang yang berpangkat di dalam KFC yang mana memberi penjelasan tentang dasar francais KFC di Malaysia serta hubungannya dengan KFC Amerika Syarikat.

Saya agak kurang membaca berkenaan sistem francais,tetapi sistem ini memberi peluang kepada sesebuah perniagaan untuk mengembangkan lagi operasinya dengan menjual penggunaan nama eksklusif dan latihan kepada syarikat-syarikat yang berminat,di mana syarikat-syarikat ini perlu membayar sejumlah wang yang dipersetujui setiap tahun.Begitulah juga dengan KFC dan juga McDonald,dimana syarikat induknya memperolehi pendapatan setiap tahun hasil dari sistem francais ini yang dikembangkan hampir ke seluruh dunia.Dan dari hasil pendapatan inilah,syarikat-syarikat ini menyumbang sebahagiannya kepada Israel untuk misi ketenteraan mereka itu.

Jadi,bagaimana boikot ini berfungsi?Seperti mana yang kita sedia maklum,Pengguna Muslim adalah antara populasi pengguna yang teramai di dunia.Jadi,sekiranya kita memboikot syarikat-syarikat penyokong Israel ini,ia dijangka akan memberi tekanan secara ekonomi kepada syarikat tersebut.Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa hanya sekitar berapa puluh peratus umat Islam yang memboikot sahaja,bakal menjadikan syarikat-syarikat ini di ambang muflis,lalu mereka akan berfikir dua kali sebelum ingin meneruskan sokongan kewangan mereka terhadap Israel.Contoh yang kita dapat lihat baru-baru ini ialah di Denmark,di mana kerajaan Denmark sendiri terpaksa merayu kepada umat Islam seluruh dunia agar menghentikan tindakan boikot ekoran kes karikatur menghina Rasulullah SAW.Ini adalah salah satu contoh tindakan yang berhasil.Mengapa kita tidak lakukan perkara yang sama terhadap Israel?

Ada yang berpendapat,kalau syarikat-syarikat ini dipulaukan serta dijatuhkan sehingga muflis,mana pekerja-pekerja mereka hendak cari kerja?Bukankah ramai orang Islam juga yang bekerja di syarikat-syarikat ini?

Cuba kita tanyakan soalan ini kepada diri kita;Wajarkah perempuan melacurkan diri mereka hatta untuk menyara hidup mereka dan keluarga mereka?Patutkah?Jelas sekali,matlamat tidak menghalalkan cara.Bekerja di syarikat-syarikat ini umpama anda bekerja di kilang-kilang menghasilkan peluru dan senjata untuk Israel.Carilah kerja di tempat yang lain.Biarpun sekarang kegawatan ekonomi melanda negara dan peluang untuk mencari pekerjaan terlalu terhad,pasti akan ada kerja yang lebih baik untuk kita;asalkan kita tidak terlalu memilih pekerjaan sehingga ia dimonopoli oleh pendatang asing dari Indonesia,Bangladesh,Vietnam dan lain-lain.

Seterusnya,ada juga yang berpendapat bahawa tindakan memboikot ini akan menyebabkan ekonomi Amerika Syarikat merudum,seterusnya menyebabkan kita terasa tempiasnya.Bagi saya,mungkin ini hanya akan berlaku pada jangka masa yang singkat,lebih-lebih lagi Malaysia kini tidak terlalu bergantung terhadap pasaran Amerika Syarikat.Kalau kita lihat dengan lebih mendalam dan dalam jangka masa yang panjang,senario memboikot ini mampu membuka peluang pasaran produk yang baru dari dunia Islam khususnya.Saya ingin memberikan contoh;Coca-Cola.Coca-Cola semenjak zaman berzaman lagi telah memonopoli pasaran minuman ringan sedunia.Namun,akibat tindakan boikot oleh negara-negara Arab telah menyebabkan ia terpaksa menutup perniagaannya di negara-negara Arab ini,dan seperti lazimnya,ramai yang hilang pekerjaan.Peluang ini lantas direbut oleh pengeluar minuman ringan dari Iran,Zam-Zam Cola.Hasilnya,perniagaan ini berkembang maju di negara-negara Arab malahan pasarannya sampai ke Denmark.

Apa yang ingin saya sampaikan dalam senario di atas ialah,produk-produk baru dunia Islam perlu diperkenal dan diketengahkan supaya tindakan memboikot ini dapat berterusan dalam jangka masa yang panjang sehingga boleh mencapai tahap di mana umat Islam tidak perlu lagi bergantung kepada Barat.

Di Malaysia juga kita ada alternatif kepada KFC mahupun McDonald seperti Radix Fried Chicken,Malaysian Chicken Curry dan lain-lain lagi.Tetapi alternatif ini jarang menjadi pilihan.Mungkin kerana pemikiran dan mindset orang kita masih lagi terlalu kebaratan.Sudahnya,sesiapa yang mengidam atau teringin sangat nak makan segala KFC dan McDonald itu,saya tidak dapat halang,tetapi fikir-fikirkanlah,setiap belanja yang kita keluarkan itu akan digunakan untuk membunuh masa depan sahabat-sahabat kita di Palestin.
Mungkin akan ada di antara kita yang berkata sebegini;

“Alah,aku sure sangat Yahudi tu x pakai duit aku nie wat peluru dengan bom”

“Alah,mintak2 la duit aku ni Yahudi x guna nak bunuh orang Palestin”

“Alah,xpakai kot duit aku ni Yahudi tuh”

Itu tanggapan anda SEORANG.Tapi bagaimana pula kalau ada berjuta-juta manusia di dunia ini yang berfikiran seperti anda?

“Lu pikirlah sendiri” tatkala umat Islam di Palestin terus tertindas dan ditindas.Apa kita nak jawab depan Allah nanti?Apa kita nak jawab?

Mungkin kita tidak mampu memboikot kesemua barangan dan produk Amerika Syarikat ini atas keperluan yang mendesak.Tapi,usaha ini perlu dilakukan terhadap penyokong Zionis TEGAR seperti Coca Cola,McDonald,Starbucks dan lain-lain.Amalkan juga “Buy American Last”.Dan yang paling penting,tanamkan semangat dalam diri kita bahawa suatu hari nanti,kita tidak perlu lagi bergantung dan menjadi kuda tunggangan Barat.Insya Allah,tiada lagi penindasan dan Islam akan kembali sebagaimana zaman kegemilangan Daulah Khilafah suatu ketika dahulu….Wassalam.

Perjuangan Yang Belum Selesai



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.



- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)