Sebenarnya saya tak pun merancang nak shoot kedua-dua subjek ni tetapi memandangkan di luar rumah, cuaca yang pada awalnya mendung tiba-tiba bertukar clear tanpa awan tebal jadi saya pun bawak kamera dan tripod saya ke halaman depan rumah untuk shoot.
Walaupun sepatutnya saya pergi ke tempat yang tiada lampu untuk mengambil gambar yang lebih baik namun usaha saya membawa keluar details dari gambar RAW yang saya ambil agak menjadi. Mungkin pada masa yang lain saya akan pergi ke lokasi2 lain yang lebih sesuai untuk shooting.
Saya juga membuat startrails di mana kali ini saya cuma shoot JPEG berbanding RAW sebelum ini untuk menjimatkan masa post processing. Dedahan selama 30 saat bagi 106 keping gambar dalam tempoh sejam digabungkan menggunakan perisian Startrails.de dan kemudiannya dibuang noise menggunakan plugin Noiseware di dalam perisian Adobe Photoshop.
Jadi ini hasilnya. Semoga bergumbira :)
1 comment:
CANTIKNYAAAAAAAAAAAA
Post a Comment