Pada 31 Mac yang lepas (iaitu hari Sabtu), saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke satu pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 75 bagi Angkatan Tentera Udara New Zealand (RNZAF . Pertunjukan yang bertempat di Pangkalan Udara Ohakea (dalam setengah jam memandu dari Palmerston North) ini turut disertai oleh beberapa buah negara lain iaitu Australia, Amerika Syarikat, Perancis dan juga Singapura.
Saya dan rakan-rakan serumah bertolak awal sekitar jam 9 pagi untuk menuju ke Ohakea. Tetapi telah berlaku kesesakan jalan raya yang amat teruk sekitar lima kilometer ke arah lokasi. Setelah lebih kurang sejam setengah terperangkap dalam kesesakan itu dan memandangkan pertunjukan telah pun bermula (kelihatan beberapa pesawat sedang beraksi di ruang udara berhampiran dengan jalan), jadi kami memutuskan untuk parking di sebuah pekan berhampiran (Sanson) dan berjalan kaki ke lokasi sejauh tiga kilometer.
Kesesakan jalan raya menuju ke Ohakea.
Kelihatan sebuah pesawat Boeing 757 milik RNZAF sedang melintasi kawasan berhampiran.
Setelah berjalan selama hampir setengah jam, akhirnya kami tiba di lokasi pertunjukan. Sememangnya ramai orang yang berkunjung dan mereka datang dari seluruh New Zealand untuk menyaksikan pertunjukan ini. Ketika sampai, pertunjukan helikopter sedang diadakan.
Pertunjukan ini terbahagi kepada dua, iaitu pertunjukan udara dan pertunjukan statik (boleh juga dipanggil sebagai pameran). Bagi pameran ini, pengunjung boleh menaiki sendiri pesawat-pesawat yang dipamerkan dan meninjau di bahagian dalam. Saya sendiri berpeluang untuk meninjau di dalam pesawat C-17 Hercules milik Tentera Udara Australia.
Pengunjung yang sedang beratur panjang untuk menaiki pesawat milik tentera udara Australia ini, dan tidak kurang juga yang bergambar dihadapannya.
Panjang jugak nak beratur naik ni :)
Pemandangan di sebelah dalam pesawat.
Salah satu pesawat pengangkut dan logistik milik Angkatan Tentera Singapura (RSAF)
Yang ni USA punye kot.
Memandangkan RNZAF tidak mempunyai jet fighters, pertunjukan kebanyakkannya dilakukan oleh pesawat pejuang zaman Perang Dunia Ke-2 seperti Mustang, Kittyhawk, Bristol dan Spitfire.
Selain itu, ada juga pertunjukan dari beberapa jenis helikopter dan skuad penerjun parachut Kiwi Blue. Dan yang dinanti-nantikan oleh semua pengunjung, iaitu pertunjukan udara oleh jet-jet pejuang FA-18A Hornet dari Skuadron 77 Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).
Beberapa buah helikopter menunjukkan kemampuan mereka mengangkut dua buah kereta yang kemudiannya dijatuhkan ke tanah.
Beberapa ketika sebelum kereta tersebut hancur berkecai hehehe :P
Pertunjukan berikutnya ialah dari skuad penerjun parachut Kiwi Blue yang melakukan terjunan dari ketinggian 9000 kaki.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar pertunjukan pesawat pesawat pejuang dari zaman Perang Dunia Ke-2.
Salah sebuah pesawat melakukan aksi stunt "boomerang" di mana ia terbang tinggi secara menegak dan kemudian melakukan "free fall" sambil berpusing-pusing.
Salah satu pesawat yang mengambil bahagian ialah Gyrate yang dibangunkan oleh salah sebuah syarikat tempatan di sini. Gyrate agak unik kerana ia agak fleksibel dari segi perlepasan dan pendaratan serta aspek-aspek yang lain.
Saya sempat melakukan praktis bagi "panning" dan hasilnya agak baik pada saya, seperti beberapa gambar di bawah ini dan yang seterusnya :)
Saya sempat melakukan praktis bagi "panning" dan hasilnya agak baik pada saya, seperti beberapa gambar di bawah ini dan yang seterusnya :)
Pertunjukan seterusnya ialah demo rescue oleh skuad komando yang dibantu oleh sebuah helikopter.
Beberapa orang askar turun dari helikopter untuk menjaga keselamatan kawasan persekitaran sebelum mangsa tiba.
Kenderaan tentera yang membawa mangsa tiba di kawasan pendaratan helikopter.
Salah seorang askar menyalakan suar (flare) untuk memberi signal kepada helikopter untuk datang.
Mangsa dibawa naik dengan menggunakan kabel.
Pertunjukan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengunjung, terutamanya bagi mereka yang terlepas pertunjukan skuadron 77 awal pagi tadi akibat kesesakan lalu lintas. Pesawat ini seperti yang saya sebut pada awal tadi ialah milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Saya tertinggal earmuff saya dalam kereta jadi terpaksalah melayan bunyi bingit yang datang dari pesawat ni.Target saya bila ada pertunjukan jet-jet pejuang ni ialah untuk merakamkan visual ketika berlakunya "sonic boom" apabila jet ini memecahkan sound barrier. Tapi masih tak kesampaian lagi sampai sekarang.
Sebelum mengakhiri entri ini, saya ingin kongsikan beberapa buah gambar random di sekitar event ni.
Sekian, terima kasih.
1 comment:
salam. awak memang hebat lah! berbakat, genius dan gifted. tak tau nak summarise macam mana dah.
rasa macam nak berguru dengan awak.
Post a Comment