Entri ini khas ditulis bagi mengimbas kembali peristiwa peristiwa penting yang berlaku dalam tahun 2011 ini dalam hidup saya. Ilham untuk menulis entri ini datang setelah saya mengunjungi laman web Boston.com - Big Picture. Bagi saya, tahun 2011 ini adalah yang terbaik bagi saya jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya, biarpun ada beberapa peristiwa berlaku yang agak menyedihkan. Diharapkan pada tahun hadapan iaitu tahun 2012, akan jadi lebih baik dari tahun 2011 Insya Allah.
8 JANUARI 2011 - Pi Penang.
Saya kira sudah lama saya tidak ke PPinang, jadi saya dan keluarga berjalan-jalan di Penang pada awal tahun yang lalu.
Pemandangan sekitar Batu Feringgi.
Line Clear.
Sekitar Padang Kota Lama.
31 Januari 2011 - Trip ke Universal Studios Singapura.
Ini merupakan trip pertama saya ke Singapura (selain transit), dan juga merupakan trip kembara pertama saya secara solo.
Beetlejuice.
Lama tak ber HDR :)
Salah satu persembahan yang sedang berlangsung di USS.
18 FEBRUARI 2011 - Pulang Ke New Zealand.
Memandangkan cuti musim panas sudah di penghujung dan semester baru bakal bermula, jadi saya telah pulang kembali ke New Zealand. Saya juga berpindah dari rumah sewa yang lama kepada yang baru.
Rumah sewa di Palmerston North, 8/107A Ferguson St.
Juga tak dilupakan hobi saya, fotografi landskap juga "dibawa balik" ke New Zealand :)
12 MAC 2011 - PROGRAM SUAIKENAL DAN PIKNIK MUMSA 2011.
Ini ialah program yang pertama diadakan oleh MUMSA pada tahun 2011. Ia bertujuan untuk memperkenalkan ahli-ahli MUMSA yang lama serta baru disamping mempereratkan semangat setiakawan antara satu sama lain.
Salah satu aktiviti yang diadakan.
Ahli-ahli (perempuan) MUMSA 2011.
22 MAC 2011 - PERSARAAN PENGETUA ASiS PERTAMA, TUAN HAJI IDRUS ABD HAMID.
Setelah lebih 8 tahun menerajui pentadbiran ASiS, akhirnya Tuan Haji Idrus bersara pada tahun ini. Banyak jasa dan bakti yang telah ditaburkan sepanjang bergelar pengetua ASiS, termasuklah apabila ASiS diumumkan sebagai salah satu sekolah berprestasi tinggi (SBT).
Dan saya secara amnya merasa bangga kerana batch saya (batch ke-2 ASiS 0405) telah memilih untuk menghadiahkan Tuan Haji Idrus sebuah gambar yang dipilih dari gambar-gambar saya yang terbaik.
Hadiah persaraan berupa sebuah gambar "Manawatu River at Dusk" disampaikan kepada Tuan Haji Idrus.
26 MAC 2011 - FESTIVAL OF CULTURES 2011.
Festival tahunan ini adalah antara festival terbesar yang dianjurkan di Palmerston North, dan disertai lebih 100 buah komuniti yang berbeza budaya dan bangsa. Setiap kali festival ini diadakan, MUMSA turut membuka gerai dan terlibat dengan aktiviti pentas bagi mempromosikan budaya Malaysia.
9 APRIL 2011 - MUPSA Super Six Cricket Tournament 2011.
Kejohanan kriket peringkat kampus ini ialah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh MUPSA, dan kali ini merupakan tahun ke-3 saya menjadi jurugambar rasmi kejohanan. Dan sejarah tercipta kali ini apabila pasukan India memenangi kejohanan buat kali pertama setelah menewaskan pasukan Pakistan yang juga merupakan penyandang juara bagi tahun-tahun sebelumnya.
23 APRIL 2011 - LIFT OFF LEVIN 2011.
Lift Off Levin ialah suatu festival belon udara panas yang diadakan pada cuti Easter setiap tahun. Program yang bertempat di Horowhenua, Levin ini menarik ramai pengunjung dari bandar-bandar besar seperti Palmerston North dan juga Wellington, New Zealand. Ia juga merupakan hari yang bertuah bagi saya kerana saya telah memenangi satu pertandingan fotografi yang diadakan pada waktu itu dan menang tiket untuk menaiki belon udara panas pada festival yang akan berlangsung tahun depan, Insya Allah :).
1 JULAI 2011 - BERSATU GAMES 2011.
Kejohanan sukan tahunan yang disertai oleh semua persatuan - persatuan pelajar Malaysia di New Zealand. Pada tahun ini ia diadakan di Dunedin, New Zealand. Dan ini merupakan kali ke - 2 saya ke Dunedin.
Ucapan dari wakil penganjur, saudara Imran Fauzi.
Turut dianjurkan ialah pertandingan bahas Bahasa Melayu di antara wakil Kelab-Kelab UMNO seluruh New Zealand.
15 OGOS 2011 - Salji Turun Di Palmerston North.
Pada pertengahan bulan Ramadan yang lepas, telah berlaku suatu fenomena luar biasa apabila salji turun dengan lebatnya pada sekitar waktu berbuka puasa pada hari itu. Difahamkan bahawa kawasan Palmerston North ini tidak pernah menerima salji sejak 100 tahun yang dulu. Alhamdulillah, dapat jugak saya nak merasa salji.
Salji turun sekitar kawasan rumah.
Jiran sebelah rumah yang suka bergambar.
31 OGOS 2011 - EIDUL FITRI.
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya hari raya sampai jugak. Walaupun pada waktu itu hari raya jatuh lewat sehari dari Malaysia, namun saya bersyukur kerana ibadat puasa dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Walaupun pada tahun ini warga Malaysia di Palmerston North berkurangan kerana tamat pengajian, namun suasana hari raya tetap meriah dan diraikan dengan rumah terbuka, sama seperti di Malaysia.
Solat Sunat Hari Raya.
Warga Malaysia di Palmerston North.
7 SEPTEMBER - TRIP KE NAPIER, NEW ZEALAND.
Melancong ialah antara hobi saya, dan jika ada masa terluang pasti saya akan merancang untuk melancong. Termasuklah juga trip ke Napier ini yang dianjurkan oleh International Student Support (ISS) Massey University. Saya juga adalah peminat fotografi jalanan, dan peluang untuk melancong ini saya gunakan untuk mempraktikan semua skil yang berkaitan. Ia membuahkan hasil kerana salah satu gambar yang saya ambil semasa trip ke Napier ini memenangi satu pertandingan fotografi di Malaysia. Lebih menggembirakan saya lagi apabila gambar tersebut dijadikan gambar muka depan bagi satu majalah fotografi baru yang dilancarkan beberapa minggu lepas.
Lautan Pasifik.
Pengkhutbah Jalanan. Gambar ini memenangi pertandingan "Foto Terbaik November 2011" yang dianjurkan oleh Komuniti Fotografi LensaMalaya.
Gambar muka depan majalah terbaru keluaran LensaMalaya.
18 SEPTEMBER 2011 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA MUMSA DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA BARU MUMSA 2011/2012.
Program ini merupakan acara tahunan dan dihadiri oleh semua warga Malaysia di Palmerston North dan juga tetamu kehormat dari Kedutaan Malaysia di Wellington. Alhamdulillah, proses perlantikan jawatankuasa baru MUMSA berjalan lancar dan MUMSA akan dipimpin oleh gabungan muka lama dan muka baru pada tahun depan. Saya pula telah diberi kepercayaan untuk meneruskan jawatan saya sebagai Exco Multimedia pada tahun depan.
31 SEPTEMBER 2011
Tiada apa-apa yang istimewa pada tarikh ini, tapi saya merasakan bahawa saya berada pada masa dan ketika yang betul semasa saya cuba untuk merakam gambar Galaksi Bima Sakti ini buat kali pertama :
6 OKTOBER 2011 - HOME FUNCTION 2011
Program anjuran ISS untuk meraikan pelajar-pelajar antarabangsa yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini. Tahniah kepada kawan-kawan yang sudah pasti tamat pengajian (ditentukan melalui keputusan peperiksaan yang lepas). Semoga berjaya dalam hidup masing-masing.
5 NOVEMBER 2011 - MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 2011.
Peperiksaan yang berlangsung selama lima hari ini berjaya ditempuhi dengan jayanya. Alhamdulillah, keputusan baru diperoleh beberapa minggu yang lepas dan saya berjaya lulus kesemua kertas yang diambil dengan baik. Cuma saya mengharapkan pada masa-masa yang akan datang saya bersedia lebih awal dan tidak perlu untuk tidak tidur semalaman sebelum hari peperiksaaan.
18 NOVEMBER 2011 - TT LENSA MALAYA
Saya pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas pada 16 November. Dan antara aktiviti pertama yang saya buat ialah menghadiri sesi teh tarik (TT) bersama komuniti Lensa Malaya (LM) Zon Tengah. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli komuniti dan juga untuk merancang aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan pada tahun hadapan. Lebih menarik lagi program ini apabila ia dihadiri oleh pengasas dan pengendali Lensa Malaya, iaitu Saiful Nang (SN). SN ialah salah seorang jurugambar yang terkenal di Malaysia dan merupakan jutawan hasil dari mengambil gambar perkahwinan. Dia mempunyai syarikatnya sendiri iaitu CandidSyndrome International (CSI). Melalui program ini, banyak juga tips dan pengalaman yang dikongsikan oleh SN untuk faedah semua yang datang.
SN (duduk paling kiri) bersama ahli-ahli Lensa Malaya yang lain.
30 NOVEMBER 2011 - BERKUNJUNG KE ASiS.
Ini merupakan aktiviti kemestian bagi saya setiap tahun setelah tamat pengajian di ASiS pada tahun 2005. Pada kali ini, saya datang ketika pelajar ASiS tingkatan 5 sedang bersedia untuk menghadapi subjek-subjek terakhir mereka dalam peperiksaan SPM. Saya juga merasa bertuah kerana dapat bertemu dan beramah mesra bersama pengetua ASiS yang baru, iaitu Encik Baharuddin Burhan, di samping diberikan kepercayaan untuk menjadi jurugambar sempena lawatan kerja dari SMAN 1 Praya Lombok Tengah ke ASiS yang kebetulan sama tarikh dengan kunjungan saya ke ASiS ini. Saya juga bertuah kerana berkesempatan untuk bertemu dengan mantan pengetua, Tuan Haji Idrus yang turut sama hadir bagi meraikan delegasi SMAN 1 Praya ini.
Pelajar-Pelajar bersalaman dengan Cikgu Azwan setelah tamat kelas Kimia terakhir sebelum menduduki peperiksaan bagi subjek tersebut pada besoknya.
Pelajar-pelajar ASiS mendengar dengan tekun amanat yang disampaikan oleh Pengetua ASiS sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Saya berkesempatan untuk bersarapan dan berbual bersama dengan pengetua ASiS, Encik Baharuddin Burhan.
Kunjungan delegasi dari Lombok Tengah ke ASiS, disambut oleh Encik Baharuddin Burhan.
2 DISEMBER 2011 - PERGINYA NENDA TERCINTA.....
Nenda tercinta dalam kenangan. Al Fatihah.....
AKHIR KATA....
Tinggal beberapa hari lagi sebelum ketibaan tahun baru 2012. Semoga masa yang ada kita manfaatkan sebaiknya, Insya Allah. Dan semoga tahun baru 2012 membawa lebih kebaikan kepada kita bersama .
1 comment:
nice timeline nad....all da best for year 2012...
Post a Comment