Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Memandangkan tahun 2011 semakin hampir ke penghujungnya, maka ingin sekali saya menulis beberapa entri yang bersifat "imbas kembali". Dan entri kali ini adalah salah satu darinya yang mengutarakan tentang hobi saya iaitu fotografi.
Sebagai rumusan, tahun 2011 merupakan tahun yang saya sifatkan agak cemerlang bagi saya kerana banyak perkara dan ilmu baru yang saya belajar berkenaan fotografi ini. Mungkin ini bermula dari tindakan saya membeli majalah-majalah fotografi setiap bulan secara kerap dan aktif di dalam forum-forum online.
Saya juga kerap menyertai pertandingan-pertandingan fotografi di peringkat tempatan dan juga antarabangsa dan menang beberapa daripadanya. Hadiah dan wang ringgit bukanlah sasaran saya, tetapi saya jadikannya sebagai kayu pengukur terhadap sejauh mana keupayaan dan kemahiran yang ada serta penerimaan hasil karya saya di dalam komuniti fotografi.
Jadi berbalik kepada tujuan entri ini ditulis, ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian akan gambar-gambar terbaik yang saya ambil sepanjang tahun ini :
Masjid Jamek Kuala Lumpur merupakan salah satu tempat yang saya selalu kunjungi apabila datang ke Kuala Lumpur.
Pinggiran Tasik Putrajaya. Gambar ini diambil sebagai percubaan atas tripod yang saya beli pada waktu itu.
Dance of Light (Tarian Cahaya).
Salah satu realiti hidup sebagai pelajar di luar negara : Masak sendiri.
Gambar salah satu bangunan yang saya ambil di Dunedin, semasa cuti musim sejuk yang lalu. Gambar ini terpilih untuk pameran semasa KL PhotoFest 2011 bertempat di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Juga diambil di Dunedin. Pemandangan sekitar George St, Dunedin.
Jalan Keluar.
Latihan Bola Sepak. Bersatu Games 2011.
Percubaan pertama saya membuat star trails.
Percubaan pertama membuat vertorama (kombinasi dua gambar secara menegak).
Manawatu River dari perspektif infrared.
Pagi yang berkabus.
Seekor labah labah jenis jumping spider. Gambar diambil semasa trip ke FRIM Kepong baru-baru ini.
Salah satu gambar terbaik saya yang disenaraikan dalam Flickr Explore, antara 500 gambar terbaik seluruh dunia.
Padang Bola, SK Selama, Perak.
Snowdrop Flowers (Tidak pasti akan nama bunga ini didalam Bahasa Melayu).
Mencerap bintang di tepian sungai. Gambar ini juga merupakan salah satu gambar yang terpilih di dalam Flickr Explore (#36 dari 500 gambar terbaik seluruh dunia).
Manawatu River. Monotone.
Seekor lalat buah sedang mengutip nektar dari bunga-bunga sekitar.
Steelfort Engineering Limited.
Penceramah Jalanan. Gambar yang memberi saya kemenangan dalam satu pertandingan fotografi baru-baru ini.
Pemandangan matahari terbenam sekitar Festival Belon Udara Panas yang berlangsung di Levin, New Zealand.
Sejenis labah labah dari spesis "Hunstman".
Gambar seekor semut yang mencari jalannya pulang ke sarang.
Sekian sahaja buat kali ini. Mudah-mudahan hobi saya ini memberi manfaat kepada diri saya, dan kepada anda semua yang melihat gambar-gambar ini. Saya berharap agar pada tahun-tahun yang mendatang, saya akan menjadi lebih mahir lagi dan memperoleh kejayaan yang lebih baik lagi Insya Allah.
Salam.
No comments:
Post a Comment