Wednesday, November 23, 2011

Interview for E-Magazine Lensa Malaya

Salam guys,

Recently, I was interviewed by the editor of E-Magazine Lensa Malaya (LM). For those who don't know what LM is, it is one of the photography forum / community in Malaysia. The previous version of LM, PhotoSkool once was the biggest and active forum in Malaysia.

This magazine will be released for the first time next month (December). Mostly the interview is all about me and my point of view in photography, especially about black and white photography. Below is the content of the interview :


1. Bolehkah saudara perkenalkan diri saudara serba sedikit?

Nama penuh saya ialah Mohd Nadly Aizat Bin Mohd Nudri dan berumur 23 tahun. Saya berasal dari Taiping, tetapi kini tinggal di Palmerston North, New Zealand kerana melanjutkan pengajian di sini. Saya sekarang menuntut di Massey University, New Zealand dalam bidang kejuruteraan kimia dan teknologi nano. Insya Allah, saya akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan.



2. Bagaimana boleh melibatkan diri dengan fotografi?

Saya mula melibatkan diri dengan fotografi semasa tahun pertama saya di New Zealand, iaitu sekitar dua tahun yang lepas. Hobi ini diperkenalkan oleh senior saya di Massey University iaitu saudara Lutfi. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan pemahaman mengenai asas-asas fotografi serta penggunaan kamera DSLR. Selain itu, saya amat tertarik dengan pemandangan dan landskap di New Zealand yang pada pandangan saya amat baik sekiranya dapat dirakamkan dengan kamera menerusi teknik yang betul.



3. Genre fotografi yang paling diminati, mengapa?

Secara jujurnya, hingga kini saya tidak punya genre yang paling saya minati secara khusus. Semenjak dari permulaan saya di dalam bidang fotografi ini, saya telah mencuba pelbagai genre. Antaranya landskap, sukan, makro, senibina, fotografi jalanan, dan juga journalism. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, landskap di New Zealand sangat menarik dan oleh sebab itu, banyak hasil karya saya terdiri dari gambar-gambar landskap. Namun begitu, tidaklah bermaksud landskap itu genre yang paling saya minati kerana pada masa-masa yang lain saya akan mengambil gambar-gambar makro, senibina dan jalanan. Dan ianya juga bergantung kepada masa dan ketika. Sebagai contoh, sekarang saya menghabiskan masa terluang saya mengambil gambar-gambar makro kerana ia merupakan sesuatu yang baru bagi saya dan sememangnya saya suka mencuba sesuatu yang baru.

Saya suka memetik kata-kata Saiful Nang,

"Mencari pengkhususan terbaik di dalam fotografi itu seumpama membuat tandatangan yang serasi. Kadang kala kita mengambil masa yang agak lama untuk mencari bentuk tandatangan yang sesuai. Akhirnya, apabila kita berjumpa dengan tandatangan yang serasi itu, kita akan terus kekal menggunakannya. Sama seperti fotografi, dalam kita mencuba pelbagai genre fotografi, suatu masa nanti kita akan berjumpa dengan genre yang serasi dengan kebolehan dan citarasa kita".

Dan saya rasa bahawa saya masih lagi dalam proses pencarian tersebut.




4. Boleh berikan beberapa tips dan petua untuk mendapatkan gambar hitam putih yang bagus.

Saya tidaklah begitu arif dalam mengenalpasti situasi-situasi di mana gambar hitam putih yang bagus dapat dihasilkan. Tetapi, setelah mengamati gambar-gambar hitam putih yang dipaparkan di dalam internet di samping mencubanya sendiri, kebiasaannya ia bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut :

a) Keadaan sekitar dalam gambar yang bakal dihasilkan itu mempunyai lokaliti shadow yang agak kontra dengan lokaliti highlight. Contohnya seperti kawasan di dalam rumah yang gelap (shadow) dan pada masa yang sama mempunyai sinar cahaya (highlight) yang menerobos masuk ke dalam kawasan rumah.

Masa itu Emas

"Go my son and sin no more!!!"

Beach Domain, Napier.

The Waiting...

b) Mempunyai corak-corak dan garisan yang menarik. Corak dan garisan ini kelihatan amat menonjol di dalam gambar hitam putih kerana apabila warna-warna dihilangkan, mata kita akan lebih tertarik kepada bentuk corak dan garisan ini. Oleh yang demikian, ia boleh berfungsi dengan berkesan sekali sebagai garis penunjuk (leading line) ke arah subjek ataupun Point of Interest (POI) semasa menyusun komposisi gambar.



c) Mempunyai warna-warna yang menarik dan menonjol sebelum ia di hitam-putihkan. Mungkin berbeza pada pandangan orang lain, tapi pada saya untuk menghasilkan gambar hitam putih yang baik, ia perlu mempunyai kontra yang jelas di antara warna-warna tersebut.



d) Sama seperti tips di dalam menghasilkan gambar landskap, makro dan jalanan yang baik, ia perlulah ringkas dan tidak terlalu padat dengan elemen elemen yang tidak berkaitan dengan penceritaan ataupun mesej yang ingin disampaikan di dalam gambar tersebut ("Less is always more").




5. Pesanan kepada penggiat forum LM.

Pesanan saya ialah, kita perlu berusaha untuk mencuba sebanyak dan sebaik mungkin untuk memperbaiki skil dan teknik yang ada. Anggaplah segala kritikan dan komen yang diberikan kepada hasil karya kita sebagai suatu bentuk input yang positif untuk menghasilkan output yang lebih mantap dan baik.


Namun begitu, segala usaha yang kita lakukan perlu perancangan dan latihan yang baik, terutamanya dari segi teknikal. Sebagai contoh, saya baru sahaja bermula mengambil gambar makro sekitar dua bulan yang lepas. Tetapi, saya telah mula membaca dan mendalami teknik-teknik makro ini lebih awal menerusi internet dan majalah-majalah fotografi. Oleh kerana itu, ramai yang apabila melihat gambar-gambar yang saya ambil, mereka tidak percaya bahawa saya baru sahaja bermula sekitar seminggu lebih (pada waktu itu) dalam fotografi makro ini.


Bagi saya, aspek-aspek teknikal ini perlu dikuasai terlebih dahulu dan sebaik mungkin, diikuti oleh aspek- aspek estetika dan kreativiti yang lebih mengambil masa untuk dikuasai.



1 comment:

Pujangga Sinis said...

proud of you...

arepchepha.com