Thursday, January 1, 2009

Semua Agama Sama?

Semua agama mengajak ke arah kebaikan, jadi salah ke pernyataan semua agama sama?Bila dah semua agama sama, maknanya tak kisah la pilih agama mana ye?Jom kita tengok dari beberapa aspek.

Agama Dari Tuhan

Agama mestilah dari Tuhan, kalau ajaran baik dari seseorang tanpa punya Tuhan tu kita letak tepi, kita sekarang nak bandingkan agama yang setuju ada Tuhan.Sebabnya? Sebab default settings manusia memang buat baik, jadi sesiapa pun boleh menyeru kepada kebaikan, cuma mungkin dari beberapa aspek, akan timbul perbezaan pendapat kerana fikrah manusia itu unik antara satu sama lain, jadi ada sesuatu perkara itu nilaiannya adalah subjektif, bukan objektif.

Baiklah,kita dah boleh pertikai dah agama yang tak bertuhan ni, ya lah..alam sikit punya besar dan luas, dalamnya pula dipenuhi dengan pelbagai makhluk dan tumbuh-tumbuhan dengan ada bulan , matahari bintang yang beredar mengikut paksi memasing, takkan semua itu terjadi dengan sendiri.

Tak tengok alam pun, tengok diri sendiri, sistem tubuh badan manusia yang kompleks, tindak balas /refleks badan apabila terjadi sesuatu, mestilah ada yang mencipta dan menetapkan sedemikian.Setuju, jadi tak timbul isu betul ke wujud tuhan ni.

Perlu ada Kalam Tuhan

Kita sambung lagi.Kita dah setuju Tuhan wujud, jadi untuk satu cara hidup yang sesuai untuk semua kaum, semua jantina dan semua bangsa/ negara maka logik ke cara yang sesuai itu ditetapkan oleh manusia.Manusia takkan terlepas dari sikap cenderung ke sesuatu pihak seperti kaumnya sendiri, tanah air dia sendiri dan pelbagai lagi faktor lain seperti jantina mungkin.Setuju kan?Jadi kalau manusia yang tetapkan cara sesuai tersebut, pastinya ada yang merasakan tak sesuai.

Jadinya,cara yang sesuai tersebut mestilah dari Tuhan, macam mana nak tau sesuatu itu dari Tuhan?Mestilah kena rujuk sesuatu yang dituntut sebagai suruhan, larangan / kata-kata Tuhan.Dalam konteks ni, semua agama yang mengakui wujudnya Tuhan ada mempunyai kitab sebagai rujukan.

Di sini saya takkan sebut tentang ada agama yang ajaran/kepercayaan nya langsung berbeza apa yang disebut dalam kitab yang diimaninya.Tulisan kali ini mengajak semua untuk berfikir,ya lah, agama dari Tuhan, nak tau apa yang Tuhan suruh buat mesti ada kata-kata dari Tuhan.Agama yang akui ada Tuhan, ada kitab yang diorang imani adalah dari Tuhan, maka sepatutnya ajaran agama adalah selari dengan kitab yang diorang imani.

Berkenaan nak tau manakah agama yang tak selari dengan kitab dari Tuhan mereka anda semua boleh lah mengkaji sendiri.Sungguh pengkajian/ pencarian kebenaran ini terasa nikmatnya bila kita usahakan sendiri.Cubalah =)

Agama Kena Praktikal Untuk Manusia

Kita dah setuju agama kenalah dari Tuhan , barulah tak bias memana kaum/negara/ gender dan sebagainya.Tapi. ..Tuhan adalah satu zat yang nyata berbeza ngan manusia, langsung tak sama dengan manusia..macam manakah cara yang Tuhan suruh kita ikut kita nak percaya memang sesuai dengan kita manusia ni?

Di sini lah wujudnya peranan utusan Tuhan.Utusan Tuhan bukan malaikat, bukan juga anak Tuhan tapi manusia biasa seperti kita.Utusan Tuhan boleh cedera, boleh merasa gembira dan sedih, ada nafsu dan berkahwin dan boleh meninggal sama seperti kita manusia biasa.Cumanya utusan Tuhan position nya lebih tinggi dari manusia biasa kerana tugas yang dipikulnya.

Kerana itu, untuk melengkapkan ajaran agama itu, perlunya kepada mengikut kitab Tuhan dan bagaimana utusan tuhan mendemonstrasikan "cara sesuai" untuk hidup dari Tuhan untuk manusia itu.Dalam Islam inilah yang disebut sebagai sunnah rasulullah.

Kitab tuhan, orang Islam percaya Tuhanlah yang akan menjaga keasliannya, kerana ini dijanjikan sendiri oleh Tuhan tapi tidak bagi sunnah rasulullah ini.Lantaran itu ada pengkelasan sunnah ini.Ada yang sahih (sah ianya dari nabi) dan hasan(statusnya baik) dan ada yang dhoif(status sahnya lemah) dan maudhu'(statusnya ditolak terus).

Konsep Ibadat

Kita dah setuju agama dari Tuhan, dan macam mana agama itu adalah dari kitab Tuhan, dan yang menyampaikan kata-kata Tuhan itu maka perlunya kepada wakil Tuhan, dan untuk ianya praktikal kepada manusia, wakil Tuhan juga perlu adalah manusia juga.Maka wakil Tuhan ini mendemostrasikan apa yang Tuhan nak, semua setuju ni tadi kan?

Ok, sebelum wakil Tuhan datang, manusia dah hidup, dah menjalankan kehidupan seharian, dan menyembah/ beribadah mengikut kepercayaan yang dipercayai adalah dari Tuhan.Kemudian datang wakil Tuhan, memberitahu akan hakikat Tuhan sebenar dan cara ibadah sebenar.Kemudian baru manusia ikut, setuju?

Jadi setuju lah, apa yang dipanggil ibadah adalah apa yang didemonstrasikan oleh utusan Tuhan?Dan berkenaan kegiatan kehidupan seharian adalah apa yang ditegur/dilarang dalam kitab Tuhan dan wakil Tuhan ada melarangnya. Setuju?

Contoh kegiatan harian adalah harus kecuali ada larangan dari agama(islam) adalah pengharaman arak.Arak bukannya terus haram masa Islam mula-mula datang.Dan sebelum pengharaman arak, muslim pada masa itu masih lagi minum arak.Pengharaman awal arak juga pada asalnya adalah haram cuma ketika nak menunaikan solat, kemudian barulah arak diharamkan secara total.


Nampak kan?Asalnya kegiatan kehidupan sehari-hari kita ni adalah harus (dibolehkan) , tapi bila ada dalil/ keterangan dari fakta kitab Tuhan atau sunnah wakil Tuhan yang melarang, maka ia dilarang untuk melakukannya.

Berkenaan ibadah juga, semua orang islam tahu sewaktu nabi dilantik menjadi rasul, rasul tak terus di isra' dan mi'raj kan .Kat sini juga jelas awal-awal Islam belum lagi muslim solat, kemudian bila rasul di isra' dan mi'rajkan, baru muslim solat.Jadi, setuju tak ibadah kenalah sesuatu yang berasas, berasas di sini bermaksud berasas kepada dalil yang sahih.Dalil pula sama ada dari kitab Tuhan atau dalil sunnah wakil Tuhan yang sahih.

Sebab kalau nak kata janji benda baik, maka tak perlu kepada wakil Tuhan pun, manusia memang dah ada sifat nak buat baik ni.Cuma benda yang dikira ibadah ni lain sedikit.Ibadah dah tentunya adalah benda baik, cuma ibadah ni adalah sesuatu yang warid dari wakil Tuhan yang benda itu Tuhan iktiraf sebagai sesuatu yang bila dibuat akan mendapat ganjaran dari Tuhan.



2 comments:

joereza said...

tengok cite muallaf..mesej die simple je..semua agama same..bahaya yasmin ahmad tu..

yazrie said...

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru Masihi...