Monday, September 29, 2008

PENGUMUMAN-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt,

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung blog Tinta Al-Walid ini.Semoga Aidilfitri kali ini memberi makna yang cukup bererti kepada semua,Insya Allah.

Saya akan pulang ke kampung halaman di Batu Kurau dan Selama,Perak bermula Selasa ini (30 September 2008) sehinggalah hari Isnin minggu yang berikutnya.Dan,ini adalah Aidilfitri saya yang terakhir di Malaysia sebelum saya menyambutnya pada tahun berikutnya di Palmerston North,New Zealand,Insya Allah…..

Di sini juga ingin saya maklumkan kepada semua pembaca,saya akan memasukkan dua entri terakhir topik “Quran atau Bible,yang manakah Kalam Allah sebenar?” selepas saya pulang dari beraya nanti.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa,topik ini sebenarnya diolah semula dari buku karangan Syeikh Ahmad Deedat Rahimahullah, “Quran or the Bible,which is the God’s word?” dan juga dari video debat antara beliau dengan Dr.Anis Shorrosh pada tahun 1985.

Harap maklum.Sekian,terima kasih.

Mohd Nadly Aizat Mohd Nudri

Tuesday, September 23, 2008

Pengumuman

Setelah beberapa ketika,saya kini sudah mula berusaha untuk memastikan blog ini dikemaskini.Umum mengetahui,sebagaimana yang dijelaskan pada entry yang lalu,kesukaran saya untuk mengakses internet menjejaskan usaha saya untuk membuat kemaskini ini.


Insya Allah,penulisan berkaitan dengan perbandingan agama akan kembali pada masa yang terdekat ini,sekiranya di izinkan Allah S.W.T.Harapan saya,mudah-mudahan para pembaca memperoleh manfaat dan ilmu daripada penulisan saya.


Ketika ini,saya agak sibuk dengan urusan menyiapkan dokumen perjalanan dan juga visa pelajar,di samping urusan penginapan di New Zealand kelak.


Sekian sahaja kali ini,terima kasih.



Mohd Nadly Aizat Mohd Nudri

Sinppets-NZ and Massey

Tahun 2008 semakin menghampiri penghujungnya. “Foundation years” pun sudah, AS dan A2 pun sudah.Setelah memperolehi keputusan yang agak cemerlang di dalam peperiksaan A2 yang lalu,kini tumpuan saya dan juga rakan-rakan batch yang lain sudah tentunya ke arah tahun 2009,dimana bermulanya kembali pengajaran dan pembelajaran yang semestinya tidak akan serupa lagi seperti sebelumnya-pengajian peringkat ijazah-yang dijangkakan lebih mencabar.


KMS A-Level Batch 7-Majoriti pelajar daripada batch ini telah memilih universiti-universiti di Australia sebagai destinasi pengajian yang seterusnya.Ketika ini,hampir kesemua pelajar sudah pun menerima “Conditional Offer” daripada universiti pilihan.Namun,keadaan agak gawat seketika selepas itu,apabila ramai yang ‘tersangkut’ di dalam usaha mereka untuk mendapatkan “Unconditional Offer” kerana kelayakan Bahasa Inggeris-IELTS yang tidak mengizinkan.Akibatnya,ramai pelajar terpaksa mencari universiti lain yang tidak menggunakan IELTS sebagai pilihan pertama.Contohnya,rakan-rakan yang ingin ke New South Wales (NSW) terpaksa memilih University of Sydney sebagai ganti.


Namun bagi saya yang memilih New Zealand sebagai destinasi pengajian yang seterusnya,Alhamdulillah kerana segala perkara yang perlu dilakukan masih mengikut perancangan yang telah diaturkan.Ketika entry ini disiapkan,saya sudah pun menerima kesemua tiga “Unconditional Offers” daripada universiti-universiti di New Zealand iaitu, University of Auckland, University of Canterbury, dan Massey University.Dan baru seketika tadi,saya sudah menghantar semula “Acceptance of Offer Letter” yang siap diisi kepada SELSET,iaitu ejen yang bertanggungjawab menguruskan pelajar yang akan ke New Zealand.


Untuk pengetahuan semua,saya telah memutuskan untuk menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah daripada Massey University.Bidang yang ditawarkan adalah,Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Nanoteknologi.Pengajian ini adalah selama 4 tahun bermula pada tahun depan,bertempat di Kampus Turitea,Palmerston North (2 jam perjalanan dari Wellington).





MENGAPA NEW ZEALAND?MENGAPA MASSEY?

Photobucket

Photobucket

1)Aman dan tenang-New Zealand adalah antara negara yang tercantik di dunia.Ia penuh dengan pelbagai landskap dan keindahan alam semulajadi.Dengan populasi hanya sekitar 4 juta orang,New Zealand menjanjikan ketenangan dan kebebasan daripada gangguan pemikiran.Ini adalah penting bagi pelajar untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran,dan pada masa yang sama membentuk hubungan yang baik terhadap alam sekitar.


2)Kos hidup yang rendah-Berbanding Australia,rata-rata penduduk di bandar-bandar sekitar New Zealand tidak perlu berbelanja lebih untuk keperluan seharian mereka.Hal ini antaranya menjadi keutamaan kepada para pelajar,lebih-lebih lagi kepada pelajar tajaan.


3)Bidang pengajian yang baru dan agak kompetitif-BE (ChemNano) adalah antara bidang baru yang terkehadapan di dalam dunia sains pada masa kini.Oleh yang demikian,prospek pekerjaan di dalam bidang ini dijangkakan cerah pada masa hadapan.Massey University adalah satu-satunya universiti yang menawarkan pengkhususan ini di Australasia.


4)Palmerston North-Bandar Pelajar (Student City)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


-Palmerston North (Palmy) adalah antara bandar yang baru berkembang pesat di New Zealand.Dengan populasi sekitar 79000 orang (majoritinya pelajar berusia 15-25 tahun),Palmy mempunyai tarikannya yang tersendiri.Kos sara hidup di Palmy adalah yang paling rendah di New Zealand,di samping menempatkan hampir 50 buah institusi pendidikan pelbagai peringkat.Ia juga merupakan hab pengangkutan awam terbesar di New Zealand.Keadaan cuaca dan iklimnya yang sederhana menjanjikan kelainan dan keselesaan kepada penduduk Palmerston North.


Sebenarnya,masih banyak lagi sebab mengapa saya memilih untuk ke New Zealand berbanding pilihan majoriti,Australia.Tetapi,buat masa ini,biarlah saya rahsiakan dulu dari pengetahuan umum.Walaupun saya sahaja yang lelaki,tetapi Insya Allah,saya akan pergi bersama-sama dengan hampir 20 orang pelajar A-Level TESL dan IB-Tindikan (hampir kesemuanya perempuan),di samping dua orang pelajar perempuan dari batch saya yang juga akan ke Massey Universiti.


Namun,sesuatu yang sudah pasti bagi saya dan rakan-rakan batch 7,perginya kami ke Australasia bukanlah untuk berseronok,ataupun menghabiskan masa dengan melancong.Akan tetapi,untuk menimba ilmu dan pengalaman yang berguna bagi mencapai cita-cita kami selaku jurutera yang kompetitif.Oleh yang demikian,sasaran baru telah ditetapkan,iaitu mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama bagi pengajian kami di sana.Mudah-mudahan,sebagaimana sasaran A-Level yang lalu telah dipenuhi,Allah memakbulkan hajat kami untuk memenuhi sasaran yang terbaru ini Insya Allah...




Adios,A-Level....

Assalamualaikum w.b.t,praise be to God Almighty,the Cherisher and Sustainer of the worlds,and blessings be upon the Prophet Muhammad.


Pertamanya,marilah kita merafakkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya kepada kita selama ini.Mudah-mudahan Allah S.W.T memurahkan lagi rezeki kita selama mana kita masih hidup di atas muka bumi ini,Insya Allah.


Rasa syukur juga ingin saya luahkan di dalam entry kali ini,kerana inilah pertama kali sejak beberapa bulan yang lalu,saya berkesempatan untuk mengemaskini blog saya ini,walaupun di dalam keadaan yang mana sukar bagi saya untuk mengakses internet dan seterusnya blog ini.


Di dalam kesempatan kali ini,saya ingin kongsikan bersama dengan rakan-rakan pembaca sekalian,suatu pengalaman atau kejayaan peribadi yang cukup manis bagi saya,iaitu ketika keputusan peperiksaan A-Level diumumkan.


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR A-LEVEL


Telah saya maklumkan dalam entry yang lalu,saya telah pun menghadapi peperiksaan A-Level,di mana keputusan peperiksaan ini bakal menentukan hala-tuju saya selepas ini,sama ada di universiti pilihan di luar negara di bawah Skim Pelajar Cemerlang Mara (SPC),ataupun terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan di bawah Skim Pembiayaan Terbuka (SPT).


Alhamdulillah,keputusan peperiksaan ini telah pun diumumkan pada 10 Ogos yang lepas melalui laman web CIE.Rasa syukur yang tidak terhingga saya ucapkan setelah mendapat tahu bahawa saya telah melepasi poin minimum yang ditetapkan oleh MARA,iaitu 13 poin.Malahan,saya mendapat keputusan yang tidak dijangka-jangka,iaitu 15 poin penuh yang merupakan sasaran yang ditetapkan untuk setiap pelajar A-Level di Kolej Mara Seremban (KMS).





Secara jujurnya,saya tidak langsung menyangka bahawa saya akan mendapat keputusan yang sedemikian.Peperiksaan A-Level pada tahun ini boleh dikatakan cukup susah dan mencabar.Ini di akui oleh rakan-rakan batch,setelah setiap kertas di ambil.Apatah lagi bagi saya,yang terpaksa mengulang dan mengambil hampir 12 kertas di dalam peperiksaan kali ini.Tekanan amat dirasai,lebih-lebih lagi dengan bayangan keputusan peperiksaan Advanced Subsidiary (AS) yang di ambil tahun sebelumnya amat teruk (Hanya mendapat 11 poin).Terus terang saya katakan,pada jangkaan saya,saya hanya akan mendapat 12 poin sahaja,dan mengharapkan keajaiban berlaku,supaya saya dapat memperolehi keputusan yang lebih baik.Jelaslah,keajaiban telah berlaku dengan izin Allah pada masa itu terhadap hamba-Nya.

Photobucket

Dari kiri;Nadly,Sabah dan Pian.(Gambar ehsan daripada Pian)

Bersempena dengan Hari Graduasi A-Level Batch 7 pada 28 Ogos yang lalu,saya berpeluang datang ke KMS untuk bertemu guru-guru sambil bertanyakan khabar.Rata-rata,mereka juga terkejut dan tidak menyangka saya akan memperoleh keputusan yang sedemikian.Bagaimana seorang pelajar yang mulanya terpaksa mengulang (repeat) kesemua 14 kertas dan pada masa yang sama juga merupakan pelajar “Clinical Class” untuk subjek Fizik dan Kimia mampu mendapat 15 poin?


Di dalam kesempatan itu,saya menyemak keputusan bagi komponen ataupun kertas bagi setiap subjek.Dari situ saya memahami bahawa untuk subjek Fizik,”Paper 4” dan “Paper 1” telah membantu saya untuk mendapatkan “A” untuk subjek itu (Paper 2,3,5 diberikan gred “B”).Dan untuk subjek Kimia,Alhamdulillah,saya mendapat “A” untuk kelima-lima komponen dalam subjek itu.Begitu juga dengan subjek Matematik.


Kesimpulannya,apabila kita ditimpa bala dan kesusahan,jangan anggap ia sebagai suatu kecelakaan bagi kita sehinggakan ia menjadi suatu alasan untuk kita merungut kepada Allah;sebaliknya anggaplah ia sebagai suatu ujian daripada Allah,dimana jika kita berjaya menghadapinya,Allah menjanjikan kemenangan dan rezeki yang melimpah ruah buat kita,Insya Allah….Sekian sahaja tulisan saya pada kali ini,mudah-mudahan anda mendapat sesuatu yang baik,Insya Allah…..Jazakallah………