Assalamualaikum w.b.t,praise be to God Almighty,the Cherisher and Sustainer of the worlds,and blessings be upon the Prophet Muhammad.
Pertamanya,marilah kita merafakkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. di atas limpah kurnia dan rahmat-Nya kepada kita selama ini.Mudah-mudahan Allah S.W.T memurahkan lagi rezeki kita selama mana kita masih hidup di atas muka bumi ini,Insya Allah.
Rasa syukur juga ingin saya luahkan di dalam entry kali ini,kerana inilah pertama kali sejak beberapa bulan yang lalu,saya berkesempatan untuk mengemaskini blog saya ini,walaupun di dalam keadaan yang mana sukar bagi saya untuk mengakses internet dan seterusnya blog ini.
Di dalam kesempatan kali ini,saya ingin kongsikan bersama dengan rakan-rakan pembaca sekalian,suatu pengalaman atau kejayaan peribadi yang cukup manis bagi saya,iaitu ketika keputusan peperiksaan A-Level diumumkan.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR A-LEVEL
Telah saya maklumkan dalam entry yang lalu,saya telah pun menghadapi peperiksaan A-Level,di mana keputusan peperiksaan ini bakal menentukan hala-tuju saya selepas ini,sama ada di universiti pilihan di luar negara di bawah Skim Pelajar Cemerlang Mara (SPC),ataupun terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan di bawah Skim Pembiayaan Terbuka (SPT).
Alhamdulillah,keputusan peperiksaan ini telah pun diumumkan pada 10 Ogos yang lepas melalui laman web CIE.Rasa syukur yang tidak terhingga saya ucapkan setelah mendapat tahu bahawa saya telah melepasi poin minimum yang ditetapkan oleh MARA,iaitu 13 poin.Malahan,saya mendapat keputusan yang tidak dijangka-jangka,iaitu 15 poin penuh yang merupakan sasaran yang ditetapkan untuk setiap pelajar A-Level di Kolej Mara Seremban (KMS).
Secara jujurnya,saya tidak langsung menyangka bahawa saya akan mendapat keputusan yang sedemikian.Peperiksaan A-Level pada tahun ini boleh dikatakan cukup susah dan mencabar.Ini di akui oleh rakan-rakan batch,setelah setiap kertas di ambil.Apatah lagi bagi saya,yang terpaksa mengulang dan mengambil hampir 12 kertas di dalam peperiksaan kali ini.Tekanan amat dirasai,lebih-lebih lagi dengan bayangan keputusan peperiksaan Advanced Subsidiary (AS) yang di ambil tahun sebelumnya amat teruk (Hanya mendapat 11 poin).Terus terang saya katakan,pada jangkaan saya,saya hanya akan mendapat 12 poin sahaja,dan mengharapkan keajaiban berlaku,supaya saya dapat memperolehi keputusan yang lebih baik.Jelaslah,keajaiban telah berlaku dengan izin Allah pada masa itu terhadap hamba-Nya.
Dari kiri;Nadly,Sabah dan Pian.(Gambar ehsan daripada Pian)
Bersempena dengan Hari Graduasi A-Level Batch 7 pada 28 Ogos yang lalu,saya berpeluang datang ke KMS untuk bertemu guru-guru sambil bertanyakan khabar.Rata-rata,mereka juga terkejut dan tidak menyangka saya akan memperoleh keputusan yang sedemikian.Bagaimana seorang pelajar yang mulanya terpaksa mengulang (repeat) kesemua 14 kertas dan pada masa yang sama juga merupakan pelajar “Clinical Class” untuk subjek Fizik dan Kimia mampu mendapat 15 poin?
Di dalam kesempatan itu,saya menyemak keputusan bagi komponen ataupun kertas bagi setiap subjek.Dari situ saya memahami bahawa untuk subjek Fizik,”Paper 4” dan “Paper 1” telah membantu saya untuk mendapatkan “A” untuk subjek itu (Paper 2,3,5 diberikan gred “B”).Dan untuk subjek Kimia,Alhamdulillah,saya mendapat “A” untuk kelima-lima komponen dalam subjek itu.Begitu juga dengan subjek Matematik.
Kesimpulannya,apabila kita ditimpa bala dan kesusahan,jangan anggap ia sebagai suatu kecelakaan bagi kita sehinggakan ia menjadi suatu alasan untuk kita merungut kepada Allah;sebaliknya anggaplah ia sebagai suatu ujian daripada Allah,dimana jika kita berjaya menghadapinya,Allah menjanjikan kemenangan dan rezeki yang melimpah ruah buat kita,Insya Allah….Sekian sahaja tulisan saya pada kali ini,mudah-mudahan anda mendapat sesuatu yang baik,Insya Allah…..Jazakallah………
1 comment:
congrats nadly.. that's the reward for your effort n doa... selamat menyambung pelajaran next year!!
Post a Comment