Sunday, May 25, 2008

Final Exam!!!

Assalamualaikum wbt.Praise be to God,The Cherisher,and Sustainer of the worlds.Peace and blessings be upon our beloved Prophet Muhammad S.A.W.


Currently,i'm preparing myself for the final A-Level exam.So,I'll be stop writing posts and articles for a while,maybe for a month.Insya Allah,I'll resume to write again immediately after my exam ended.

To all readers,please pray for my success because this exam will determine my future,whether I'm going to New Zealand to pursue my studies,or not.

That's all I think.Finally,thanks for your time reading all of my posts here.
Assalamualaikum wbt.

Tuesday, May 13, 2008

Gereja Ketimuran (Eastern Churches) dan Konsep Unitarian...Satu Penilaian

Saya ada terbaca sebuah tulisan yang diposkan di dalam sebuah yahoo group. Tulisan yang disiarkan oleh Utusan Online itu bertajuk `Perkataan Allah Dalam Buku Agama Kristian Boleh Mengelirukan' . Secara ringkasnya penulisnya berhujah bahawa penganut Kristian dari denomination seperti Roman Catholic tidak boleh menggunakan perkataan Allah sebagaimana saudara Kristian mereka di Arab kerana berbeza pemahaman terhadap konsep keTuhanan.

Kristian di negara Arab dikatakan memahami Allah sebagaimana umat Islam memahaminya. Dengan itu melayakan mereka menggunakan kalimah tersebut. Tidak bagi demonination lain yang berpegang kepada konsep triniti.

Saya bukan berhajat membela agama Kristian atau mengulas mengenai pandangan penulis tentang penggunaan nama Allah. Tetapi sekadar terpanggil untuk membetulkan beberapa fakta. Fakta yang pada pengamatan saya yang daif ini, kurang tepat dan melemahkan hujah. Saya merasakan perlu untuk saya adil kepada sesiapa pun tanpa mengira agama.

Dalam tulisan ini akan terdapat beberapa perkataan-perkataan yang tidak saya terjemahkan. Disebabkan saya khuatir akan memberikan terjemahan yang silap. Maka saya lebih selesa menggunakan istilah Inggeris sahaja. Saya juga menggalakkan pembaca mempunyai serba sedikit pengetahuan asas mengenai agama Kristian supaya lebih puas menikmati tulisan ini.

PENILAIAN

Penulis artikel menyebut bahawa,

"Adalah diketahui umum bahawa terdapat perbezaan tentang konsep ketuhanan dalam agama Kristian yang diamalkan oleh penganut Kristian Roman Katolik seperti yang diamalkan di negara Barat dengan konsep ketuhanan dalam agama Kristian seperti yang diamalkan oleh penganut agama Kristian di negara Arab.

Kebanyakan penganut Kristian di negara Arab adalah mengamalkan agama Kristian Timur (Eastern Church) yang berpusat di Iskandariah. Penganut Kristian Arab ini berpegang kepada konsep Unity iaitu tentang konsep ketuhanan bahawa Tuhan itu adalah yang Satu iaitu yang Esa.

Dalam Unity, kefahaman ketuhanan adalah Allah itu tidak mempunyai ciri Bapa, Anak dan Hantu Suci (Father, Son and Holy Ghost). Konsep Tuhan yang Satu ini yang digelar Unity adalah selari dengan konsep Allah yang Esa seperti yang dianuti oleh orang Islam.

Dalam konteks ini, penggunaan istilah Allah yang digunakan oleh penganut agama Kristian Timur tidak bercanggah dengan istilah Allah yang digunakan oleh umat Islam. Tiada pertentangan yang berlaku dalam hal ini."

Pertama, biar kita jelas dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Eastern Church. The Encyclopedia of Christianity mendefinisikannya sebagai:

"Eastern Church is a relative term that goes back to the division of the - Roman Empire in 395 and denotes the church that developed in the eastern branch and that engaged in - mission beyond its borders. After the schism it came to be synonymous with Orthodoxy, in distinction from the Latin church of the West."1

Ringkasnya, Eastern Churches adalah mana-mana gereja (churches) yang tumbuh di luar empayar Rom seperti Parsi, Syiria , Armenia , Mesir, Etiopia dan India .

Sekiranya diperhalusi tidak ada satu pun daripada Eastern Church mempunyai akidah yang sama seperti Islam dalam konsep keTuhanan. John Meyendorff, seorang pakar modern Orthodox di dalam bukunya Christ in Eastern Christian Thought menjelaskan,

"The true concept of God is Trinitarian. � A little earlier we mentioned the Cyrillian christological formula � `One of the Holy Trinity suffered in the flesh.'- A formula sung at every liturgy as part of the hymm `Only Begotten Son'." 2

Sergei Nikolaevich Bulgakov di dalam The Orthodox Church juga menyebut,

"There is one fundamental Christian dogma confessed by St. peter in the name of all Apostles and thus in the name of the Church: " Thou are the Christ, the Son of the living God." This same dogma served as the subjct of the Apostles at the time of Pentecost. Jesus Christ is the eternal Word, the Son of God, Who has taken upon Himself human nature, without division or confusion, true God and true man, Who came into the world to save mankind, died on the Cross, rose again from the dead, ascended into heaven and is seated at the right hand of the Father, and Who will come again to this world for the Last Judgement and for His eternal reign. Concerning this article of faith there is no different whatever between Orthodoxy and and the belief of Catholicism or those Anglicanism - at least Anglo-Catholicism- or those of orthodox Protentantism" 3

Secara amnya, kesemua Estern Church percaya kepada keTuhanan Jesus Christ dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa perkara berkaitan bentuk keTuhanan Jesus. Seperti dalam hal apakah Jesus adalah sepenuhnya Tuhan sahaja ATAU sepenuhnya Tuhan pada masa yang sama sepenuhnya manusia.

Maka sepatutnya yang dikatakan sebagai diketahui umum adalah bahawa samada Catholics, Protestants atau Eastern Churches dalam hal keTuhanan berkonsepkan trinitarian dan bukannya unitarian. Penulis juga menyatakan,

"Kebanyakan penganut Kristian di negara Arab adalah mengamalkan agama Kristian Timur (Eastern Church) yang berpusat di Iskandariah. Penganut Kristian Arab ini berpegang kepada konsep Unity iaitu tentang konsep ketuhanan bahawa Tuhan itu adalah yang Satu iaitu yang Esa."

Katakanlah, yang dimaksudkan penulis adalah Kristian Koptik. Atau nama yang lebih dikenali Coptic Orthodox Church of Alexandria (Iskandariah) . Gereja terbesar bagi penganut Kristian di Mesir. Namun sekali lagi ianya ternyata jauh dari apa yang disebutkan penulis.

Penganut Coptic Church berfahaman bahawa Jesus Christ adalah tunggal, Tuhan sebenar dan manusia sebenar. Jesus Christ mempunyai sifat Tuhan dan juga sifat manusia.4 Pemahaman ini desebut sebagai miaphysitism, bertentangan dengan dyophysitsm yang menjadi keputusan Council of Chalcedon. Sekalipun menolak keputusan Council of Chalcedon, jelas di sini Coptic Orthodox Church of Alexandria turut menggangap Jesus Christ mempunyai sifat keTuhanan. Ini ternyata jauh sekali dengan konsep tauhid Islam.

Sememangnya terdapat mereka yang beragama Kristian berfahaman unitarian dan menolak triniti. Tetapi yang diketahui umum bahawa fahaman unitarian ini `berkembang biak' di sekitar eropah dan bukannya di negara Arab.

Oleh itu, penganut-penganut Kristian di negara Arab yang menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan. Sebenarnya masih berfahaman bertentangan dengan konsep tauhid Islam. Tidak seperti yang penulis sebutkan.


AL-QUR'AN TURUT MEREKODKAN

Selepas kita melihatnya dari sudut pandangan sejarah, mari kita lihat apa yang direkodkan al-Quran. Apakah benar penganut Kristian di tanah Arab sebenarnya berfahaman unitarian dan bukan trinitarian? Firman Allah SWT di dalam al-Qur'an,

"Wahai Ahli kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). " [An-Nisa' 4:171]


Daripada ayat di atas kita dapat melihat bahawa Allah SWT cuba menegur pemahaman salah ahli kitab. Pemahaman bahawa Isa al-Masih atau Jesus Christ adalah lebih daripada sekadar Nabi. Dan pemahaman salah bahawa Tuhan itu tiga (triniti). Secara tidak langsung ayat di atas menampakkan bahawa fahaman triniti bukanlah sesuatu yang asing bagi kaum Kristian di tanah Arab ketika itu.


KESIMPULAN

Pandangan yang saya berikan bukanlah bertujuan merendah-rendahkan penulis artikel tersebut. Bahkan saya menghormati semangat beliau yang tidak ingin melihat ada kekalutan dan kekeliruan. Di saat sesetengah orang Islam boleh lepak sahaja tanpa hirau, beliau mencoretkan pandangan untuk dikongsi. Saya mengasihi beliau sebagai saudara Muslim saya, namun kebenaran itu lebih saya cintai. Apa yang saya pelajari dan tahu merupakan amanah untuk disampaikan.

Saya terbuka untuk sebarang perbincangan. Sebagaimana saya mempunyai tanggung jawab menegur sekiranya nampak ada perkara yang perlu diperbetulkan. Saya juga berharap ada yang membetulkan saya sekiranya tersilap.

Wallahua'lam


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

1 Fahlbusch E. & Bromiley G.W. The Encyclopedia of Christianity, Wm. B. Eerdmans Publishing, ms.867

2 Meyendorff J. Christ in Eastern Christian Thought, St. Vladimir's Seminary Press, ms.181

3 Bulgakov S.N. The Orthodox Church (Translation by Pravoslavie) , St. Vladimir's Seminary Press,ms. 100-101

4 Lihat Two Thousand Years of Coptic Christianity oleh Otto Friedrich August Meinardus, American Univ in Cairo Press, ms 54.

Monday, May 12, 2008

Badar Al-Kubra

Muqaddimah:

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Sejarah :

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.

Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.

“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan

Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.

Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.

Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :

“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”

(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:

“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”

Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.

Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :

“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”

Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.

Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.

Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :

“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”

Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.

Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

Hikmah didalam peperangan Badar

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam

Kesimpulan

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

Friday, May 9, 2008

Muhammad (saw) di dalam Old Testament

Ada beberapa ayat yang popular di dalam Old Testament yg menyebut tentang kedatangan Nabi Muhammad(saw) di mana ia menerangkan beberapa perwatakan dan sifat fizikal baginda(saw). Old Testament adalah sebahagian kitab Bible yg ditulis sebelum kedatangan Jesus(as), jadi terdapat kemungkinan ia ditulis dgn merujuk kepada ramalan terhadap perwatakan Jesus(as) atau Muhammad(saw). Sekuat mana ia lebih berat menceritakan tentang salah seorang antara kedua utusan Allah tersebut akan diterangkan secara ringkas dalam post ini.

Contoh Pertama:
Bab ke-5 buku Song of Solomon (An-Nasyidul Ansyad atau Shir Hashrim) dengan jelas membicarakan tentang seseorang. Orang Yahudi akan mengatakan ia menceritakan kisah Solomon (Sulaiman)(as) manakala orang Kristian pula akan mendakwa ia meramal tentang sifat Jesus(as). Memandangkan ia adalah buku ‘Song of Solomon’, akal fikiran kita lebih logik mengatakan ia merujuk kepada kisah Solomon(as). Ini disokong oleh ayat-ayat tersebut yg menceritakan peribadi lelaki misteri ini seolah-olah menggambarkan ia ditulis oleh seorang perempuan (dgn kata yg lebih mudah, penerangan tentang perwatakan lelaki tersebut diceritakan oleh seorang perempuan), jadi kemungkinan yg wujud ialah; ia merupakan kisah Solomon(as) yg diceritakan oleh salah seorang isterinya. Bagaimanapun, menurut fahaman kristian, ia adalah satu ramalan terhadap seorang ‘lelaki’ yg akan muncul selepas zaman tersebut. Adakah ‘lelaki’ itu Jesus(as) atau Muhammad(saw)?

Pada keseluruhannya, bab tersebut membicarakan tentang seorang lelaki. Ayat ke-15 bab 5 tersebut menyatakan,

His countenance (face) is as Lebanon”, secara tidak langsung merujuk kepada seorang lelaki berbangsa Arab (atau wajah seperti orang Arab).

Ayat ke-11 (bab yg sama) menyatakan,

“his head is as the most fine gold, his locks are wavy, and black as a raven.”
[Kepalanya bagaikan emas yang terbaik, rambutnya berikal-ikal, warnanya hitam seperti burung gagak.]

Ayat ke-10 menerangkan lelaki ini sbg ‘radiant and ruddy’ yg bermaksud dia adalah seorang yg mempunyai kulit yg sederhana cerah dan kemerahan seperti merah bunga mawar. Di dalam Hadis Sahih Bukhari, Jilid 4, buku 56, hadis no. 747:

“Narrated Rabia bin Abi Abdur-Rahman:
I heard Anas bin Malik describing the Prophet saying, “He was of medium height amongst the people, neither tall nor short; he had a rosy color, neither absolutely white nor deep brown; his hair was neither completely curly nor quite lank. Divine Inspiration was revealed to him when he was forty years old. He stayed ten years in Mecca receiving the Divine Inspiration, and stayed in Medina for ten more years. When he expired, he had scarcely twenty white hairs in his head and beard.” Rabi’a said, “I saw some of his hairs and it was red. When I asked about that, I was told that it turned red because of scent.”

mengatakan Muhammad(saw) adalah seorang lelaki yg berkulit sederhana cerah dengan warna kemerah-merahan serta mempunyai ciri-ciri rambut seperti yg tertera pd ayat ke-11 itu tadi.

Pada ayat ke-14 menceritakan lelaki ini mempunyai perut seperti ‘gading’. Di sini ia mungkin membawa maksud, bahagian yg biasanya terlindung drpd cahaya matahari (bahagian di bawah baju - perut dsb.) adalah berwarna putih seakan-akan warna putih gading gajah. Ciri-ciri ini(berwarna kemerah-merahan dan keemasan serta mempunyai warna putih di perutnya) adalah seperti yg terdapat dlm Sahih Bukhari, Jilid 2, buku 17, hadis no. 141:

“Narrated Anas bin Malik:
The Prophet never raised his hands for any invocation except for that of Istisqa’ and he used to raise them so much that the whiteness of his armpits became visible. (Note: It may be that Anas did not see the Prophet raising his hands, but it is narrated that the Prophet used to raise his hands for invocations other than Istisqa. See Hadith No. 807 & 808 and also see Hadith No. 612, Vol. 5)

yang mengatakan warna putih pada badan baginda boleh dilihat bila mana baginda mengangkat tangannya dan menampakkan bahagian bawah celah ketiak baginda. Di dalam sesetengah riwayat menceritakan di mana seorang arab badwi yg terlibat di dalam satu perang menentang tentera Rasulullah (saw) dan kemudiannya menjadi tawanan baginda telah meminta utk melihat perut baginda (saw) di mana dia kemudian mendapatinya berwarna putih. Wallahua’lam.

Dengan hanya membincangkan warna kulit dan rambut sahaja adalah sesuatu yg masih tidak mencukupi untuk membuktikan identiti lelaki misteri ini adalah Muhammad (saw). Di dalam Songs of Solomon 5:16 (chapter 5,verse 16), ayat terakhir bab tersebut tercatat, He is altogether lovely. Perkataan ‘altogether lovely tersebut telah diterjemahkan drpd perkataan asal (dlm bahasa Hebrew), mahmad. Cara perkataan mahmad ditulis dlm bahasa Hebrew adalah (). Cara yg sama juga digunakan utk menulis Muhammad di dalam Hebrew.

() diwakili oleh empat huruf Hebrew (dibaca dari kanan ke kiri) iaitu:

Di dalam tulisan Hebrew, tidak terdapat perbezaan di antara perkataan mahmad() dan Muhammad(). Satu-satunya perbezaan yang terdapat di sini terletak pd cara perkataan () disebut. Hebrew adalah satu bahasa lama di mana ia hanya terdiri daripada huruf konsonan dan tidak mempunyai huruf vokal. Huruf vokal mula diperkenalkan pada awal kurun ke-8, beserta baris dan titik. Jadi ia terpulang kepada pembaca cara mana sesuatu perkataan itu hendak disebut (Keadaan yg sama berlaku jika kita lihat pada sejarah awal ayat-ayat Al-Quran ditulis di mana tidak terdapat baris dan titik. Baris dan titik dalam Al-Quran diperkenalkan kemudian). Bagaimanapun, perkataan mahmad() pada zaman ia ditulis mungkin pernah dibaca sebagai ‘mahamad’.

Menurut Kamus Hebrew-Inggeris karangan Ben Yehuda, lebih tepat disebut sebagai ‘mahamad’ (bukan mahmad), yg mana ia lebih hampir dgn nama Muhammad(saw). Ia juga menterjemah sebagai ‘lovely, coveted one, precious one, praised one. Ajaibnya, ‘praised one’(yg terpuji) di dalam bahasa Arab adalah Muhammad!

Selepas kurun ke-8 di mana baris dan titik diperkenalkan, perkataan Hebrew untuk ‘praised one’ ialah:

dan perkataan perkataan Hebrew utk Muhammad(saw) ialah:

Dengan ini, adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Songs of Solomon bab 5 yg membicarakan tentang seorang lelaki yg didakwa oleh orang Kristian sbg Jesus(as) adalah sebenarnya Muhammad(saw). Bahkan ia memberi nama kpd ‘lelaki’ tersebut. :)

Contoh kedua:
Nama Muhammad terdapat di dalam Kitab Perjanjian Lama(Old Testament), buku Haggai 2:7 (dibaca: Haggai, chapter 2, verse 7) di bawah perkataan Hebrew mahmad () yang bermaksud ‘yang terpuji’ (Muhammad adalah perkataan Arab yg bermaksud ‘yang terpuji’). Dengan ini adalah tidak diragui lagi ia merujuk kepada Nabi Muhammad(saw) yang berbangsa Arab.

Contoh Ketiga:
Di dalam Isaiah chapter 29 verse 12:

“And the book is delivered to him that is not learned saying, “Read this, I pray thee”, and he saith, “I am not learned”. [Dan kitab itu diberikan oranglah kepada seorang yang tiada tahu membaca, serta katanya: “Baca ini!” tetapi jawabnya: “Aku tidak tahu membaca!” - Bible versi Indonesia]

Semasa malaikat Jibril mengarahkan Nabi Muhammad(saw) membaca dgn mengatakan ‘Iqra’ (Bacalah!), baginda (saw) menjawab dgn mengatakan, ‘Aku tidak tahu membaca’. Ini dipastikan di dalam hadis nabi yang diriwayatkan Aishah (ra), Hadis Bukhari, Jilid 1, Buku 1, hadis no 3.

Contoh ke-empat:
Di dalam Deuteronomy 18:18, Tuhan berkata kpd Moses(as):

“I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him.” [”Bahwa Aku akan menjadikan bagi mereka itu seorang nabi dari antara segala saudaranya, yang seperti engkau, dan Aku akan memberi segala firman-Ku dalam mulutnya dan iapun akan mengatakan kepadanya segala yang Kusuruh akan dia.” - Bible versi Indonesia.]

Di sini, ‘like unto thee’ merujuk kpd persamaan di antara Moses(as) dan Muhammad(saw) iaitu:

  • mempunyai ibu dan bapa.
  • Berkahwin dan mempunyai anak.
  • Diterima sebagai nabi oleh kaum masing-masing.
  • Selain nabi, adalah juga raja yang berkuasa untuk menjatuhkan hukuman mati.
  • Membawa undang-undang dan peraturan-paraturan baru untuk kaum masing-masing.
  • Wafat atas kematian semulajadi.
  • Muhammad (saw) berasal dari cabang persaudaraan yang sama dengan Musa (as). Maka, orang Arab dan orang Yahudi mempunyai keturunan yang sama. Arab dari Ismail (as), Yahudi dari Ishak (as) dan Ismail (as) dan Ishak (as) pula adalah sebapa.
dan ‘will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him.’ pula merujuk kepada situasi di mana, Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang buta huruf. Apa-apa wahyu yang diterimanya dari Allah, diulanginya perkataan demi perkataan.

Sekian sahaja untuk kali ini.Insya Allah,pada masa yang akan datang saya akan mengupas ramalan tentang kedatangan rasul Khatamul Anbiya',iaitu Muhammad S.A.W di dalam Kitab New Testament,yang mana ia datang sendiri dari mulut Jesus Christ A.S.Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dari Allah SWT,Insya Allah...